ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Proton S50 – Gambaran pengganti Prevé versi Theophilus Chin!

Gambaran Artis

Views

Seperti yang pernah kami war-warkan dalam artikel terdahulu, Proton telah mendaftarkan cap dagang beberapa nama untuk model baharu mereka di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Antara nama yang telah didaftarkan ke portal tersebut termasuklah S50.

Mengikut firasat kami, nama yang menggunakan abjad S di depan sebagai seperti  S30 dan S50 mungkin dikhususkan untuk model sedan. Ini bermakna sekiranya ada model pengganti Prevé atau Persona, salah satu daripadanya mungkin menggunakan salah satu daripada nama-nama tersebut.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Setakat ini masih belum ada model pengganti Prevé dan model sedan Geely Bin Rui pernah dicanang sebagai penerus legasinya. Sementara menunggu ketibaan moden sedan generasi baharu Proton, khususnya model gantian Prevé, mahaguru manipulasi digital, Theophilus Chin sekali lagi mencurahkan idea kreatifnya untuk menghasilkan gambaran model Proton S50.

Menurut Theophilus, karya terbaharunya ini adalah untuk memberi bayangan awal kepada model Prevé generasi baharu. Dengan membawa pengaruh reka bentuk pada model SUV kompak X50 kepada penggayaan sedan, ternyata ia membuahkan hasil yang cukup baik.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Lekuk sisi badan X50 yang atletik itu cukup sesuai untuk memberikan bentuk tubuh yang mantap pada model sedan segmen-C seperti ini. Meskipun wajah X50 kelihatan amat ketara dari arah depan, namun ia tidaklah nampak janggal dan ‘sedap mata memandang’.

Rekaannya belakangnya pula persis BMW 3-Series dan ia digayakan dengan cukup ringkas dan kemas tetapi nampak moden dan mewah. Kami rasa, anda juga bersetuju dengan pandangan kami mengenai karya baharu Sifu Theo ini. Apa pula pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply