Ejen perisik prolifik, Mat Bond baharu sahaja pulang dari menjalankan satu ‘misi rahsia’ dan telah menyalurkan beberapa info terkini kepada kami. Ada beberapa info yang pastinya akan membuatkan anda teruja dan juga kecewa. Berikut adalah antara info yang disampaikan kepada kami:
Proton X70 MC1 dijangka diperkenalkan dalam tahun ini
Dalam diam-diam Proton sedang mempersiapkan model X70 MC1 (Minor Change 1) yang dijangka bakal mengalami beberapa perubahan. Model ini boleh lah dianggap sebagai versi facelift pertama untuk X70 yang dijangka bakal ditawarkan dengan pilihan enjin tiga-silinder 1.5L TGDi (1.5TD).
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
Kami meramalkan, model X70 MC1 adalah versi kembar kepada Geely Bo Yue PRO di China yang juga dikenali sebagai Azkarra di Filipina. Model ini tampil dengan rekaan hadapan serta belakang yang lebih moden serta papan pemuka serba baharu. Desas-desus mengatakan, pengeluaran massa X70 MC1 akan bermula pada separuh kedua tahun ini.
Buat masa ini masih belum ada individu yang mengesan kelibat unit ujian model tersebut di jalan raya dan kami berharap foto intipnya dapat diperolehi dalam masa terdekat. Anda boleh lihat gambaran secara digital yang dilakukan oleh ‘Sifu Theophilus Chin‘ untuk model X70 MC1 di bahagian galeri foto.
Proton Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT?
Ini berita yang bakal membuatkan ramai peminat Proton sedikit kecewa. Nampaknya hasrat untuk melihat Iriz dan Persona MC2 mendapat transmisi 4-kelajuan automatik baharu mungkin tidak kesampaian, kerana menurut Mat Bond, ia dijangka masih mengekalkan transmisi CVT.
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
Sebenarnya, Proton telah melakukan penalaan semula pada transmisi CVT pada model sedia ada dan dikhabarkan untuk versi MC2, unit kawalan transmisi (TCU)nya akan dipertingkatkan. Jika anda perasan, CVT pada model sedia ada ketika ini jauh lebih responsif dan agak kurang menerima rungutan dari penggunanya.
Kilang enjin Proton (Fasa Pertama) di Tanjung Malim akan mula beroperasi
Ingat lagi tak kami pernah bercerita mengenai kilang enjin baharu Proton di Tanjung Malim? Kilang ini akan menghasilkan enjin yang dibekalkan oleh Geely untuk model terbaharu Proton. Mat Bond berkata, kilang tersebut telah pun siap dibina.
Namun, disebabkan pandemik COVID-19, ujian pemasangan enjin di kilang tersebut terpaksa ditangguhkan buat seketika. Dijangka ia akan mula melakukan ujian pemasangan pada suku kedua tahun ini. Kilang enjin terbaharu Proton dibangunkan dalam dua fasa, dan fasa yang pertama hanyalah untuk kerja-kerja pemasangan sahaja.
Kilang fasa kedua dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh beberapa tahun lagi dan ia mampu menghasilkan enjin yang lengkap, termasuk blok dan sebagainya. Tambah Mat Bond lagi, selepas ini enjin bagi model X70, X50 serta model baharu Proton akan datang bakal dihasilkan di Tanjung Malim.
KLIK UNTUK BESARKAN
Gambaran Proton X70 MC1 dari Theophilus Chin
Foto intip Iriz crossover dan Persona MC2
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
1 Comment