China kini menjadi tumpuan pengeluar kereta yang berlumba-lumba untuk menguasai pasaran di negara tersebut. Bukan setakat jenama dari Eropah dan Asia, kini jenama dari Amerika Syarikat, Ford cuba untuk menguji pasaran dengan memperkenalkan model sedan konsep di Shanghai. Yang menarik, model konsep ini menggunakan kembali nama Escort yang amat dikenali suatu ketika dahulu. Model konsep Ford Escort merupakan sebuah sedan kompak dengan rekaan yang ringkas dan moden. Bilakah model produksinya bakal diperkenalkan masih lagi tidak dapat dipastikan buat masa ini.
Ford hidupkan kembali nama Escort, perkenal model sedan konsep di Shanghai
posted on

KOMEN TERKINI