ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai Mistra ekslusif untuk pasaran China

Views

Hyundai-Mistra-Concept-43

Hyundai-Mistra-Concept-33

Hyundai-Mistra-Concept-23

Hyundai juga mengikut jejak langkah KIA untuk memperluaskan pasarannya di negara China dengan memperkenalkan Mistra model ekslusif untuk pasaran negara tersebut. Nama Mistra telah diambil sempena nama sebuah wilayah Laconia yang terletak di selatan Greece. Menurut Hyundai lagi, nama China bagi model ini ialah Mingtu yang bermaksud “integriti dan kualiti”.

Hyundai Mistra jika diperhatikan sudah hampir ke fasa produksi dan model ini akan berada di antara Sonata dan Elantra. Produksi model ini dibuat di kilang pemasangan Beijing Hyundai Motor Co. di China. Model ini telah dibangunkan oleh Pusat R&D Hyundai di Korea bersama dengan Pusat Teknikal Hyundai di Beijing. Setakat ini masih belum diketahui bilakah model ini akan diperkenalkan secara rasmi di China.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif