ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ikon telah kembali, Volkswagen Beetle terbaru diperkenalkan

Views

Volkswagen Beetle kini telah kembali. Ikon yang menjadi simbol kemegahan jenama dari Jerman itu telah diperkenalkan ke pasaran Malaysia sempena Das Auto Show edisi 2012 semalam. Kereta ikonik itu buat masa ini hanya diperkenalkan untuk satu varian sahaja, 1.2L TSI. Dengan enjin pengecas turbo berkuasa 105hp dan 175Nm tork, dipadankan dengan dengan kotak gear tujuh kelajuan Direct Shift Gearbox (DSG).

Model ini mampu mencapai kelajuan dari 0-100km/h dalam masa 10.9 saat dengan kelajuan maksimum yang boleh mencecah 180km/h. Dari segi kecekapan bahan api, model baharu Beetle ini mampu mencatat penggunaan petrol 5.9 liter/100km. Beetle baharu ini juga mempunyai tahap keselamatan yang tinggi dengan 4 beg udara dan ESP, melayakkannya untuk mencapai tahap lima bintang Euro-NCAP.

Rekaan model Beetle baharu lebih dinamik dan lebih maskulin, selain lebih besar berbanding model sebelumnya. Terdapat tujuh pilihan warna yang menarik ditawarkan iaitu Candy White, Tornado Red, Saturn Yellow, Reflex Silver, Deep Black, Platinum Grey dan Graciosa Brown. Melengkapi penampilan luarannya, ia dipadankan dengan rim aloi 16″ selain tema warna luarannya juga menambah seri pada papan pemukanya.

Harga yang ditawarkan untuk model ini bermula dari RM139,888 dan kini berada disemua pengedar sah seluruh negara.. Semasa pelancaran, model 2.0TSI turut dipertontonkan tetapi bakal diperkenalkan kemudian, kemungkinan sebelum akhir tahun ini bergantung pada jualannya. Sempena Das Auto Show 2012 yang bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (Dewan 5 dan 6), pengunjung juga boleh melihat model-model lain seperti Amarok dan Multivan. Jadi kepada sesiapa yang berada di sana boleh berkunjung ke sana kerana pameran tersebut bermula hari ini 8hb hingga 9hb September.

sumber : Top Gear Malaysia

 

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Dari segi design;
    Cantik minimalist. Memang gaya Euro. Tambah bodykit boleh gayakan 911.

    Dari segi marketing;
    Untuk wanita dan LGBTs yang berkemampuan. Lelaki mana yg nak sanggup diperhati keluar dari kereta ni?

    Dari segi teknikal;
    Waja MMC Powerzone aku pun laju macam tu. Kenapa nak berhutang doubledouble utk bendalah ni? Kalau 1.6 = 1.2 Turbo, apsal mahal jauh dari Polo Sedan. Pintu kurang 2 biji. Neo CPS yg rege kurang dari separuh senang-senang tapau nih. Swift pun senyum aje. Sahih untung VW pasal buat kat Mexico.


    • sangat bersetuju..terutama DARI SEGI MARKETING.. design que 911.. kalau dah anak beranak tu, iras mesti ade lah.. kalau betul2 VW nak conquer Malaysia, mereka kena cari cara runding dgn MITI utk turunkan harga setaraf atau kurang dengan harga Toyota, Honda etc. di Euro, VW bukan jenama Mewah pun, kat sini bapaknya mahal!!!

Leave a Reply