ARKIB

KATEGORI

Buletin

Opel Astra generasi baharu lebih mantap

Views

Opel-Astra-15

Inilah Opel Astra generasi baharu! Astra serba baharu sebenarnya lebih kecil dibahagian luar tetapi lebih besar di bahagian dalam. Ia juga telah turun berat badan sehingga 200 kg (441lbs) berbanding dengan model sebelumnya hasil penggunaan platform serba baharu yang lebih ringan selain dilengkapi dengan enjin generasi baharu.

Astra baharu ditawarkan dengan pilihan enjin petrol dan diesel yang berkapasiti sehingga 1.6 liter, yang mampu mengerahkan kuasa antara 95PS ke 200PS. Kesemua unit enjin diesel mempunyai enjin 1.6 liter bermula dari 95PS, manakala unit petrol turut menawarkan enjin bermula dari 1.0 Ecotec Direct Injection Turbo yang berkuasa 105PS. Enjin aluminium empat-silinder 1.4 Ecotec Direct Injection Turbo yang mampu meledakkan 145PS dan 250Nm (184 lb-ft) tork pula adalah yang terbaharu dalam keluarga Astra.

Sistem infotainmen IntelliLink juga bakal membuat penampilan pertama untuk model baharu Astra yang menggunakan aplikasi Android Auto dan Apple CarPlay . Buat pertama kalinya untuk model segmen-C, Astra baharu akan menawarkan lampu hadapan yang menggunakan teknologi IntelliLux LED matrix. Selain itu ciri-ciri keselamatan yang canggih turut ditawarkan, seperti sistem bantuan pemandu dan keselesaan termasuklah Traffic Sign Assistant dan Lane Keep Assist with Lane Departure Warning dan lain-lain.

sumber : carscoops.com

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Opel-Astra-3 Opel-Astra-4 Opel-Astra-5 Opel-Astra-10 Opel-Astra-12 Opel-Astra-13 Opel-Astra-14 Opel-Astra-15 Opel-Astra-19 Opel-Astra-20 Opel-Astra-21

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

6 Comments

Leave a Reply