Berita terkini mengenai cadangan penggabungan antara Proton & Perodua ialah mereka tidak perlu bergabung tetapi disaran untuk menghasilkan model terbaru secara bersama demi kepentingan sektor automotif tempatan. Ini dilihat lebih baik daripada bergabung kerana mereka mempunyai segmen pasaran & teknologi yang berbeza. Selain itu mereka juga dapat menggunakan vendor yang sama & dengan jumlah yang banyak mampu mengurangkan kos komponen tersebut, secara tidak langsung harga kereta lebih kompetitif. Cuma yang menjadi persoalan bagaimana Perodua boleh menyumbang dari segi teknologi kerana Perodua cuma “rebadge” kesemua model mereka. Tapi dari segi pengurusan “kualiti” Perodua mempunyai kelebihan. Apa pendapat anda semua?
Proton & Perodua tak perlu bergabung!!!
posted on
Tags:Automotive
lepas ni akan berlaku monopoli vendor .
kerana proton-perodua menggunakan vendor yg sama..
Sekarang pon guna vendor sama. tak kisah lah Perodua, Proton, Toyota, Honda, Nissan, Suzuku, hatta Mercedes and Ford pon. Latest to join: Volkswagen. Tak percaya check dgn kelab vendor perodua/Proton. Sama semua hahah
pusing2 tu gak vendornya.. huhu..
tak gitu bro.. huhhu
Perodua owner, UMW dan Daihatsu dah sangat selesa dengan keadaan sekarang. Mereka juga reluctant untuk sebarang pemindahan teknologi kepada Proton atas sebab copyrights dan nilai harta intelek. mustahil nak bergabung mahupun hasilkan model yang sama. Apa yang boleh dialkukan adalah, produk kedua-dua company ni tak perlu bersaing sesama mereka. Sebelum sesuatu kereta baru nak dikeluarkan perlu ada perbincangan terlebih dahulu. Kita tak mahu kes Savvy dan Myvi berentap dalam market kecil kat Malaysia ni. Bagi after sales pula, service centre Proton-Perodua wajar bergabung untuk network yang lebih luas. Untuk pasaran eksport pula, Proton dan perodua boleh kongsi resources contohnya guna kapal yang sama (logistik) untuk bawa kereta eksport dan guna showroom yang sama di luar negeri. Macam ni baru win-win situation.
Relief for Perodua
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), which has been adamant against merging with rival Proton Holdings Bhd, would have let off a sigh of relief after news broke that the Government will not force the two national car companies to merge.
-Thestar.com.my
salam,sy turut tertarik memberi sdikit komen,sbnarnya pada pandangan saya xsehebat mana aftersales service Produa,model yang lama berada di jepun direbadge kembali untuk pasaran di Malaysia maknanya setiap masalah,part problem,ketidak puasan hati pelangan pada kereta tu telah diatasi diJepun so bukan satu masalah bagi pihak Produa untuk counter segala masalah yang berlaku pada kereta mereka disini….Proton berlainan kerana setiap masalah berbangkit akan dibuat beberapa penilaian sebelum dapat atasi segala masalah,tp sy percaya Proton sedaya upaya meningkatkan aftersales service mereka..tq.
bagi aku umpama mcam student la, setiap tahun dia akan tambah subject exam dia dan subject lama pn dia still blaja. so tak hairan la dia pnye result kadang2 tak bagus, ada yang bagus.
But the other student amek 3 subjek je, itu pun 1 subjek dia dah drop out. klau tak reti pa and ma leh tunjukkan jawapan dia..
yes, aku sokong dgn pandangan bro azrai…. Mmg agak sukar utk bergabung buat aftersales rasanya boleh dan patut perodua dan proton bergabung. Perodua menang dalam pasaran coz aftersales mereka yg superb dan boleh dipercayai, so customer selesa berbanding proton punya aftersales yg byk kekurangannya. Walaupun proton mengeluarkan kereta yang hebat dan bagus but if aftersales mereka hancus mmg susah nk berjaya. Like perodua, aftersales mereka blh dipercayai berbanding kenderaan yg dikeluarkan mereka, dan kita dpt lihat bertapa lakunya kenderaan perodua ini…. cheers~
Saya nak somebody rectify, siapa yg reluctant dgn forced merge ni. Adakah Proton atau Perodua atau Toyota?
Pada pandangan peribadi saya, ini cuma strategi kerajaan utk memperkasakan portfolio automotif dalam negara bahkan di luar negara pula. Kita perlu berfikiran bahawa negara perlu menjadi pembekal teknologi dan bukan lagi menjadi pembeli teknologi.
Seperti perbincangan kita sebelum ini, ramai antara kita mempersoalkan, apa Proton dapat jika merge dengan Perodua? Tecnology transfer? Sudah tentunya tidak. Perodua bukan sebuah syarikat pembuat kenderaan. Dengan hanya memasang kenderaan, saya tidak hairan jika Perodua sangat hebat dalam isu kualiti. (Bukan saya cakap laa, nak kata kualiti,saya lihat kebanyakan splash guard Myvi,Alza dan Viva semuanya terkopak atau terlondeh-mungkin perlu redesign semula.)
After Sales Service adalah perkara yg sangat2 perlu dititik beratkan oleh Proton. Staff2 Proton Service khususnya perlukan lebih banyak latihan mengenalpasti/mengendalikan masalah2 kereta Proton. Kita lihat Savvy,ramai orang gelarkannya kereta banyak masalah. Cmon, Savvy bukan model kebanyakan. Ia adalah Conti. Kulit dan platform je kita buat..(Tambahan, pembeli sering dimomokkan dgn kejatuhan resale value kereta conti, semakin teruklaa Savvy dibelasah)
Perodua juga tidak kurang hebatnya apabila mempamerkan Bezza pada KLIMS 2010. Ia menunjukkan Perodua juga berkeupayaan mereka-cipta model sendiri. Harapan rakyat Malaysia ialah ingin melihat Bezze menyusur di atas jalanraya2 Malaysia. Perodua juga menjadi pengeluar tertinggi kenderaan utk 3 tahun berturut2. Kami juga berharap Perodua dikenali di luar Malaysia selepas ini. Myvi Cusco? Kita harap begitulah..
Ringkasnya, Proton dan Perodua adalah different player. Biarlah Perodua menjadi pengeluar segment compact di Malaysia. Proton bagi segment sedan/family car dan menjadi duta peroduk negara (Global car). Kami tak harap lebih. Cuma kami hendakkan persaingan industri ini dapat memacu kearah Negara Maju. Amin..
Sorry bro. Panjang..hoho
X perlu Myvi Cusco sebab mungkin lebih mudah Passo Cusco atau Boon Cusco gitu.
perodua berjaya memikat hati kita kerana ia jenama malaysia dan berkualiti. proton buatan malaysia tp kurang kualiti. cuba tukarkan jenama perodua tu kepada daihatsu je. proton patut mencontohi aftersales perodua.
Saya rasa tak jugak bro..Saya jangkakan kejayaan Perodua bukan disebabkan kereta2nya. Tetapi hasil usaha gigih dealer perodua menarik hati pembeli.
byk lagi sebenarnya faktor2 yg myumbang ke arah kejayaan P2, ini termasuklah perangai melayu itu sendiri yg di dalam Proton dan kekuatan P2 yg punyai company parent yg telah matang dan lama di dalam industri.
things needed to really2 change in proton:
1. cut of the GLC contract and any political intention.
2. polish up those malay looseness attitude, enough of those stupid acts n kronism.
3. bigger and faster marketing effort, a solid fast plan needed to be implemented in 5 years time to be a global player.
Saya rasa kita leh compare kan p1 and p2 apple 2 apple.. Kedua2 syarikat nh berbeza dari banyak segi…. mmg x dinafikan aftersales proton agak kurang, tetapi ada yg lebih teruk dari proton tapi kenapa org x kata…. ada kereta kualiti lagi teruk tapi kenapa org x kata.. ada syarikat setakat tukar logo je dari jenapa terkenal tapi mengapa org x kat… saya bukannya mengiyakan segalanya bagi p1 dan menidakkan bagi p2, Tapikite kene lihat dari segi operandi/operasi sesebuat syarikat…
adik – Bagi saya P2 x berjaya memikat pelanggan tempstsn sebab ia produk malaysia.. tapi ianya disebabkan oleh ianya adalah sebuah toyots yg ditukst logo… cube tanya org ramai… adakah die beli kereta p2 sebab ianya sebuah p2… saya yakin 90% akan kata macam nh..’ eh.. nh engin toyota, mmg banyak jimat minyak”.. jadi adakah anda pernah dengar ” nh engin, body P2, bagus punya”.
Saya rase baik kita lihat je perkembangan yg seterusnya.. dan saya rase P2 and P1 x bodoh untuk duduk dalam keadaaan selesa macam nh…. Mungkin ada perubahan tapi belum tiba masa(Fund) untuk berbuah demikian…
Pendapat saya je…
JD Power Result,CSI(Customer satisfaction index) Mitsubishi second last tahun lepas,semalam sy chat ngan Manager after sales Mitsubishi tahun ni baru nk implement Booking system & Call customer after service..
Orang Malaysia beli Perodua sebab sangkakan Perodua tu ‘Toyota in disguise’.
pendapat saya plak bagus jugak kalau p1 dgn p2 bergabung tapi still masing2 ada produk sendiri, dgn itu p2 leh start buat rnd dan melahirkan perodua bezza dalam klims takde la bergantung sangat dgn toyota dan daihatsu untuk produk mereka (part2 komponen kecik2 ok la kot) dalam masa yang sama lagi mengukuhkan industri malaysia, mana tahu ada P3 (bkn naza ye) terlahir dari gabungan kedua-dua company ini..
Proton boleh bantu dengan melesenkan platform Saga untuk Perodua jadikan Bezza dengan rekaan mereka tersendiri, enjin & gearbox diorg boleh dapatkan dari Daihatsu/Toyota..betul x?
mmm…. selagi perodua menawarkan kereta2 murah berbanding proton, perodua tetap akan lead sales domestik. Cuma proton bleh bersaing dgn segmen murahnya saga. Apa yg penting masing2 mencapai target jualan dgn margin untung yg besar.
3 biji seringgit karipap dgn nasi lemak satu seringgit. ada beza?:)
cheers!
bro, kalau ikutkan harga kereta Perodua agak mahal kalau nak ikutkan kepada saiz & cc enjin dia..saga pun lebih kurang harga viva..persona dengan myvi xde la beza ketara sangat..yang jadikan Perodua laris bukan sebab jenama nya tetapi persepsi yg mengatakan teknologi, design & barang Jepun lebih baik..lepas tu after sales diorang bagus.. 🙂
penat nak terangkan kat org ramai… ini kite yg berapa kerat je berbincang… mcm mana la PR Proton handling perkara mcm nh.. mesti penat..
diorang sebenarnya tau, tapi biasalah sengaja buat tak faham atau memang susah nak dengar cakap orang kecuali perkara yang tak elok, yg tu mudah sangat terpedaya..benda yang baik ni cakap banyak kali pun x reti2 gak..lumrah manusia tapi bukan semua la macam tu
Betulla. Perodua lagi mahal sebenarnya. Viva 1.0l kontot pun 40k, sedangkan Saga 1.3 sedan 40k juga.
kalu merge, nnt vendor akan dikurangkn?
kalu vendor dikurangkan, ada org kena berenti keje?
kalu vendor dikurangkan, maka saingan akan kurang?
lps saingan kurang, vendor yg tinggal satu tu boleh monopoli pasaran?
lps monopoli pasaran, ble buat produk cincai2 sbb org nk xnk terpaksa beli gak produk dia?
sorry, aku agak pesimis bab ni.
pada aku, elok perodua&proton kekal sbg entiti berlainan.
supaya ada check&balance.
kalu merge, mmg susah gak nnt.
susah drp segi nk buat decision.
byk sangat suara utk didengar.
cukupla perodua dgn toyota&daihatsunya.
betul tu..maintain je la yg ada sekarang, cuma diorang boleh share vendor yg bagus & layak sahaja utk supply komponen kereta diorg, yang haprak terminate terus, tak kira la kroni ke pe..kasi ajar sikit sama itu orang
salam perkenalan bro campro dan juga geng2 funtasticko design.
bagi saya,kalo vendor bergabung kita dapat perkasakan vendor2 tempatan yg ada.kita xmau vendor2 ni bersaing sesama mereka je.kita nak mereka bertaraf global,bersaing dgn vendor asing.bkn stakat supply proton dan perodua je tp jg supply utk jenama global yg lain spt honda,toyota,VW,kia.bl bergabung,modal diorang jd lg besar jd blh bt rnd sendiri atau tarik vendor asing utk partner dgn diorang.kalo proton nak jd pemain global,vendor2 pun kne bertaraf global.
mungkin ada pekerja yg laid off tp tu risiko yg kt kne amik kalo kt nak jd pemain global.mn2 yg xmau tingkatkan kemahiran sendiri xkan kemana.
kalo proton dan perodua bergabung atau tidak,mn2 situasi pun bg saya xde mslh.kalo xbergabung kt harap ada kerjasama erat antara proton dgn perodua dlm pembangunan model bersama nnt.mgkn gne chasis proton enjin toyota atau sebaliknya dgn design anak tempatan.kalo xde tecnology transfer dr perodua pun mgkn at least boleh fully utilies kilang proton kat tg malim tu atau kurang kos pembinaan chasis atau enjin proton sekiranya perodua gne chasis atau enjin prton.
Proton kan ada lotus right and handling, jadi takde masalah diorang nak ‘handling’ benda2 ni. 🙂
maksud saya bukan pasal pemanduan… tapi macam mana Pr Proton nak jaga/sekat/handle masalah/isu yg berbangkit yg sekejap je jadi isu besar..
Public relation proton…
comment di FB gear Tinggi:D54T: memandangkn dh x berapa hr lg nk masuk market, gua brani nk cerita detail sket… hehe… basically Myvi, besar skit, lebar skit, penggunaan garis kontur ketara pd sisi & back door utk menampilkan imej lebih sporti dan segar. Kalu basic model, kelihatan togel tanpa bodykit. Ada digital gauge berbentuk bulat betul2 ditgh speedometer mcm Passo. Siap ada function MID mcm Vios.
Harap2 bumbung tak bunyi macam atap zink.
Rasanya saya lebih teruja nak tunggu engine Proton baru.hehe
y family engine. aluminium blok.
saya lebih teruja nak test driver 2011 Exora CFE…
x sbb tunggu family Y engine
d54t ni gear kt lantai ke kt steering?
interior lari byk x drp spec jepun?
gear tinggiFB:D54T : Hr ni masuk JPJ.Electric Power Stereng tu Bro!!!!Interior ada efek ala2 carbon fibre, trimming pintu mengingatkan gua pd Waja, first time P2 buat design mcm ni
Tun Mahathir melawat kilang Perodua hari ni..Tun kan pengasas Perodua gak..siap melawat R&D diorang lagi, ntah pe teknologi Jepun la yang Perodua tunjuk kat Tun tadi, hehehe…
teknologi ‘copy n paste’ agaknya,hehe.
lebih baik kekal sebagi entiti berasingan mcm sekarang.. perodua ada kelebihan tersendiri, proton pun ada keunikan nya jugak
tun jadi spy proton gamak nya..
Antara punca viva popular dikalangan anak2 muda yang paling ketara adalah kerana sekolah memandu. Kalau lihat sekrang jarang sekali nampak kete memandu tu proton saga. Semua kete kompak. Mcammana pembeli baru nak beli kereta proton. Bg mereka proton sangat besar. Proton perlu buat tindakan drastik untuk mengalih perhatian sekolah memandu drpada terus membeli kereta kompak. Anak muda/org baru dapat lesen kalau di beri pilihan untuk beli kereta baru, kompak car yg dipilih. Proton ni dah jadi persepsi kereta jika bekerluarga dan kampung jauh.
Mungkin kerajaan boleh mainkan peranan untuk menukarkan kereta latihan pemanduan tukar kepada sedan. At least semua pemandu baru berani bawa kereta berbontot. Dan mereka mula mencitai proton semula.
After sales proton teruk? Tak tau la org lain. Tp saya puas hati dengan cara proton edar service (saya service di lon.g, panel proton club).
kalau mcm tu saya nak service sekali la kereta lama saya tu kat proton service…. nak rasa..
aku harap ada satu pembaharuan aftersales proton. maklum balas yg aku dpt service kat eon lain, proton service lain bende2 nye. harga pun lain.
Tadi tengah dok layan youtube…terjumpa link Perodua Myvi 2011…sapa2 nak tengok boleh laaa….layannnn….panassss2….terbaik dari kilang..
http://www.youtube.com/watch?v=ZFeAi3Vkq9w
Memang tak dinafikan memang cantik,tapi bahagian hujung pintu belakang tu memang huduh,tapi macam ceduk design Hyundai pun ada jugak,macam ni susah lah Proton nak tingkatkan sales diorang,mungkin lepas pelancaran engine baru,Proton sedikit sebanyak boleh tingkatkan sales terutama sekali tiga kereta utama Proton.
Yang penting sekarang ialah kualiti.
Saya harap persepsi rakyat Malaysia terhadap Proton akan berubah lepas ini.
Tapi Proton kena jugak fokus kepada pasaran luar negara.
design sedikit sebanyak sedok dari Hyundai.. kalau org tak tahu ini perodua, mesti deorang anggap nh pengganti Atos ke..
cam jazz sikit.. sbb dia dah meng eyelidkan lampu bulat tu jadi tajam..
mcm nie.. proton dan perodua hanya perlu berkongsi membeli barang2 yg mereka leh pakai bersama
did u know, kilang perodua menghasilkan cylinder campro?
spark plug, tayar, abs system, airbags, radio, seat belt, lining kereta,bolt, nuts, mentol lampu..bende2 ni.. kita tak nampak, tapi its the same thing..
mereka patut bergabung dan cari jalan supaya dua2 syarikat leh berkongsi alat2 seperti ini..
memang kita semua dah tau Perodua buat cylinder head Campro.. tapi masalahnya sekarang Toyota/Daihatsu xkan bagi lubuk emas diorang hilang camtu je bila dah bergabung..mungkin Proton & Perodua boleh jv new model senyap2 tanpa perlu campur tangan diorang..