ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusingan ke-4 Ferrari Challenge Asia Pacific 2012

Views

Baru-baru ini berlangsungnya perlumbaan Ferrari Challenge Asia Pacific 2012 di Litar Antarabangsa Sepang sempena Malaysia Merdeka Endurance Race. Cabaran di Malaysia memang terkenal dengan faktor cuaca yang panas dan kelembapan tinggi yang boleh mempengaruhi kereta, pemandu serta krew yang terlibat semasa perlumbaan di litar yang sangat mencabar.

28 buah kereta Ferrari458 Challenge telah mengambil bahagian dalam perlumbaan tersebut yang terbahagi kepada dua kategori Trofeo Pirelli dan Coppa Shell. Dalam pusingan pertama bagi kategori Trofeo Pirelli, Philippe Prette dari Itali telah berjaya menduduki tempat pertama, di hadapan Pasin Lathouras dari Thailand dan Philip Ma dari Hong Kong,  China. Dalam kategori Coppa Shell, kemenangan telah berjaya dicapai oleh Francis Hideki Onda dari Jepun, diikuti oleh Gregory Teo dari Singapura dan Eric Cheung dari Kanada.

Untuk perlumbaan pusingan kedua kategori Trofeo Pirelli, Pasin Lathouras dari Thailand telah muncul juara diikuti oleh  Philippe Prette dari Itali dan Motoaki Ishikawa dari Jepun, setelah bersaing sengit sesama mereka sepanjang perlumbaan tersebut. Bagi kategori Coppa Shell pula, tempat pertama berjaya dimenangi oleh Jacky Yeung dari Hong Kong,  China, yang telah berjaya menewaskan Eric Cheung dari Kanada dan Alex Au juga dari Hong Kong,  China.

Pasukan NAZA Racing Team juga telah membuat kemunculan semula dalam arena permotoran tahun lalu setelah menyepi buat sekian lama dengan kemenangan bergaya ditempat kedua kategori Coppa Shell . Dipandu oleh pelumba veteran dari Itali, Angelo Negro dan merupakan satu-satunya pasukan dari Malaysia yang bertanding dengan 11 pasukan lain dari Itali, Perancis, Australia, Jepun, Hong Kong, Thailand dan Singapura dalam kategori Coppa Shell.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply