WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), pengedar rasmi jenama GAC di Malaysia secara rasminya telah memulakan pengeluaran massa bagi model pemasangan tempatan (CKD) kedua mereka, GAC EMKOO, di Segambut.
Ia bukan sekadar memperkukuh hubungan teknikal antara WTCA dan GAC International, malah turut menandakan kelangsungan usaha penyetempatan selepas kejayaan model CKD pertama, GAC GS3 EMZOOM yang dilancarkan tahun lalu.
Acara perasmian Permulaan Pengeluaran (SOP) untuk EMKOO menjadi simbol kesinambungan kerjasama erat antara kedua-dua syarikat dalam mempercepat pengeluaran kenderaan berkualiti tinggi di Malaysia.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!
Majlis bersejarah ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif WTCA, Tan Keng Meng dan Naib Pengurus Besar GAC International, Ye Shao Jian, bersama wakil-wakil kanan kedua-dua pihak.
Turut serta ialah COO Operasi Perniagaan WTCA, Yap Yoke Moi, COO Komersial WTCA, Loh Ling Howe, serta wakil dari GAC Group iaitu Pengarah Pusat Teknikal, Li JianLu dan Pengurus Projek KD, Carrie Liu.
Ketua Pegawai Eksekutif WTCA, Tan Keng Meng berkata, pihaknya berbangga meneruskan fasa baharu dalam perjalanan CKD kami dengan pelancaran produksi EMKOO.
JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua
Sementara itu, Ye Shao Jian pula menambah, pelancaran SOP EMKOO mencerminkan sinergi kukuh antara WTCA dan GAC.
Pihaknya yakin EMKOO bakal menjadi penanda aras baharu dalam segmen SUV di Malaysia, hasil reka bentuk futuristik, ciri keselamatan canggih, dan kejuruteraan berprestasi tinggi.
GAC EMKOO dijadualkan untuk dilancarkan secara rasmi ke pasaran Malaysia pada suku ketiga (Q3) 2025. SUV ini saiz sederhana disasarkan untuk golongan pengguna yang mengutamakan gaya rekaan pintar dan teknologi moden.
Dengan model CKD kedua kini dalam pengeluaran penuh, WTCA mengukuhkan lagi peranannya dalam menyokong aspirasi penyetempatan automotif Malaysia sambil menawarkan produk yang inovatif dan bertaraf global.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
KOMEN TERKINI