Ini berita baik buat peminat setia jenama Proton. Pengeluar kereta nasional itu bakal melancarkan sekurang-kurangnya empat model, berkemungkinan dua model baharu dan dua model yang dinaik taraf pada tahun 2025.
Perkara tersebut telah didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, menerusi satu persembahan slaid semasa majlis makan malam bersama media sempena sambutan Tahun Baru Cina, baru-baru ini.
Dua model baharu Proton pada 2025 berasaskan dua pelantar berbeza iaitu, AMA dan GMA. Model yang akan berasaskan pelantar AMA sudah semestinya Saga MC3@AMA01.
Ketika ini, unit ujian olok-olok (mule), Saga MC3@AMA01 mula turun ke jalan raya. Ia bakal menampilkan perubahan kosmetik pada luaran dan juga dalaman, selain bahagian pada struktur kerangkanya juga telah diperkukuhkan.

Saga MC3@AMA01 akan ditawarkan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) aspirasi alami (NA) berkapasiti 1.5 liter yang dipadankan dengan transmisi CVT (penukar daya kilas@ torque converter).
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Ia dijangka diluncurkan pada suku keempat (Q4) tahun ini, manakala pengeluarannya dijangka bermula pada penghujung suku ketiga (Q3).
Model kedua adalah berasaskan pelantar GMA dan merupakan model kenderaan elektrik (EV) dengan saiz lebih kecil dan juga lebih mampu milik.

Ia adalah kembar kepada model hatchback elektrik Geely Geome Xingyuan. Dari segi dimensi, Geome Xingyuan berukuran 4,135 mm panjang, 1,805 mm lebar, dan 1,570 mm tinggi, manakala jarak tapak rodanya 2,650 mm.
Geome Xingyuan didatangkan dengan suspensi bebas yang merupakan ciri standard untuk semua varian, sistem pemacu elektrik pintar 11-dalam-1, dan sistem operasi kokpit pintar Flyme Auto.

Varian asasnya dilengkapi dengan motor elektrik TZ160XS001 yang dibekalkan oleh GLB Power yang menawarkan output sebanyak 78 kuasa kuda. Kelajuan tertingginya mampu mencecah 125 km/j.
Varian lebih berkuasa pula didatangkan dengan motor elektrik TZ160XS002 yang dibekalkan oleh syarikat yang sama, memberikan menawarkan output sebanyak 114 kuasa kuda.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Namun, Proton mungkin juga membuat kejutan dengan melancarkan sebuah lagi model menggunakan rangkaian kuasa PHEV.
Seperti yang pernah kami ceritakan dalam artikel terdahulu, Proton telah membuat permohonan beberapa tanda dagang baharu atas nama e.MAS 3, e.MAS 5 dan e.MAS 7 PHEV di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

e.MAS 7 PHEV berkemungkinan besar adalah model kembar kepada Geely Galaxy Starship 7 yang dikuasakan oleh sistem Thor generasi baharu dari Geely.
Selain model baharu, Proton bakal melancarkan dua lagi model dari Siri X dan S yang dinaik taraf tahun ini. Salah satunya adalah X50 FL (facelift) yang menggunakan rekaan Geely Binyue L dan enjin baharu 1.5 liter empat-silinder turbo yang mampu menjana 180 PS dan 290 Nm daya kilas.

Ketika ini unit ujian X50 FL yang lengkap dengan pelitup penyamaran sudah mula dikesan oleh orang awam. Satu lagi model naik taraf adalah sedan segmen-C, S70 MC. Namun buat masa ini tiada info lanjut mengenainya dan ia mungkin akan menerima beberapa perubahan kecil serta ciri-ciri yang dikemas kini.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Zhen Feng Yap
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI