ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton dan Grab Malaysia jalin kerjasama strategik perkukuh komuniti e-hailing

Berita Tempatan

Views

Proton dan Grab Malaysia terus memperkukuh komitmen terhadap komuniti e-hailing menerusi peluasan kerjasama strategik yang menyaksikan pengenalan lebih banyak pilihan model kenderaan, termasuk Proton S70 dan siri kenderaan premium X-Series ke dalam ekosistem Grab.

Langkah ini merupakan kesinambungan kejayaan kempen “Saga Power Up for Grab Driver-Partners” yang dilancarkan pada November 2024, yang mencatatkan 220 petunjuk jualan dan 148 pendaftaran kenderaan Proton Saga.

Dengan peluasan kerjasama ini, rakan-pemandu Grab kini mempunyai akses kepada model-model baharu Proton, termasuk kategori GrabCar Plus dan GrabCar 6-Seater.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!

Selain perluasan pilihan model, kerjasama ini turut menawarkan insentif menarik kepada rakan-pemandu, antaranya:

  • Rebat tunai sehingga RM13,000
  • Diskaun servis 5 peratus selama dua tahun pertama atau 40,000km
  • Sokongan petrol bernilai RM500 untuk meringankan beban kos operasi awal

Majlis menandatangani perjanjian kerjasama telah diadakan di ibu pejabat Proton Centre of Excellence, dengan penyertaan barisan kepimpinan utama kedua-dua pihak, baru-baru ini.

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Timbalan CEO Proton Edar, Zhang Qiang, dan Pengarah Operasi Negara dan Mobiliti Grab Malaysia, Rashid Shukor. Turut hadir ialah barisan pengurusan kanan Proton dan Grab Malaysia.

JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua

Menurut Timbalan Pengarah Jualan Proton Edar, Ong Chee Wooi, pihaknya berbesar hati dapat menyediakan pilihan seperti S70 dan siri premium X kepada rakan-pemandu Grab.

Program ini bukan sahaja menawarkan kelebihan eksklusif, tetapi juga menekankan aspek kebolehpercayaan dan kos penyelenggaraan mampu milik.

Sementara itu, Rashid Shukor dari Grab Malaysia pula menambah, kerjasama ini mencerminkan komitmen kami untuk membuka lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia.

Dengan akses lebih mudah kepada kenderaan, rakan-pemandu boleh meningkatkan taraf pendapatan, memenuhi permintaan pelanggan, dan menambah baik pengalaman memandu mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply