Tahniah kepada 2 orang pemenang I-Race yang bakal merasai pengalaman menjadi pemandu kereta F1 selama sehari, memandu kereta F1 sebenar di atas litar lumba F1 yang sebenar di Eropah semuanya ditaja sepenuhnya oleh Proton. Mereka ialah Cheong Wai Soon dari Rawang dan Siti Adzilah Salleh dari Balakong. Mereka adalah antara 54,565 pengunjung POWER OF 1 yang bertuah untuk dipilih sebagai pemenang utama peraduan tersebut.
Mereka akan dilatih oleh jurutera perlumbaan pasukan Lotus F1 Team untuk memandu Lotus GT4 terlebih dahulu sebelum dibenarkan merasai pengalaman memandu kereta lumba F1. Cheong terpilih untuk memenangi hadiah tersebut setelah membuat membuat tempahan model terbaru P3-21A, manakala Siti Adzilah pula dipilih setelah menyertai peraduan“Buy and Win” kerana membeli barangan Proton lifestyle .
Sebanyak 500 tempahan model terbaru P3-21A telah dibuat seluruh Malaysia. Pameran POWER OF 1 yang telah berlangsung selama 5 hari di Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan pameran luar terbesar dari Proton setakat ini. 669 unit kereta Proton, termasuk Exora, Satria Neo dan Saga telah terjual pada acara tersebut selain peningkatan jualan barangan Proton lifestyle. Seramai 2,000 orang pengunjung juga telah menghantar resume mereka untuk memohon pekerjaan di Proton.
Selain itu, tiga unit Proton Savvy telah menjadi rebutan dalam peraduan “SMS and Win” yang menyaksikan sebanyak 11,359 SMS diterima. Sarah Helmi dan Alexius Sagun, kedua-duanya dari Sabah dan Mohamad Nazib Ithnin, dari Johor telah berjaya membawa pulang kereta tersebut, manakala lebih 7,000 hadiah lain telah diberikan kepada pemenang yang bertuah di acara tersebut.
Suzuki wins ‘GTI’ name fight with VW
FRANKFURT, March 21 — Volkswagen suffered a legal defeat over its alleged brand infringement case against estranged partner Suzuki, after the General Court of the European Union ruled today in favour of the Japanese carmaker.
In 2004, Volkswagen contested an application granted by the EU’s Office for Harmonisation in the Internal Market (OHIM) the previous year that allowed Suzuki to use the vehicle nameplate “SWIFT GTi” as a trademark for a derivative of its small car.
*Lepas ni Satria boleh guna nama GTi balik la nampaknya
untuk peraduan sms tu… lepas antar dia antar satu lagi sms tanya model keta dan reg no… saya tak reply.. dapat hadiah rm50…. isteri saya yg reply tak dapat apa2… cakap kat dia baik takyah reply…. walau masa nak amik hadiah kena isi borang dgn maklumat yg sama.. kurang2 kompem dpt hadiah dah.. nampaknya proton nak maklumat pengunjung jer…