Sebanyak 2,716 unit Proton e.MAS 7 telah diserahkan oleh PRO-NET kepada pelanggan di seluruh Malaysia dan pasaran eksport, hanya empat bulan selepas penghantarannya dimulakan pada Januari lalu.
Ini bermakna, secara purata seorang rakyat Malaysia telah menjadi pemilik satu unit e.MAS 7 pada setiap jam, satu petanda jelas penerimaan kukuh terhadap SUV elektrik sepenuhnya ini.
Bulan April sahaja menyaksikan 863 unit baharu berada di atas jalan raya, sekali gus membantu Proton e.MAS 7 mengekalkan kedudukan teratas dalam segmen EV tempatan dengan 26 peratus penguasaan pasaran untuk empat bulan berturut-turut.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang:
“Satu unit yang terjual setiap jam membuktikan bahawa rakyat Malaysia benar-benar bersedia menyambut era mobiliti elektrik. Sokongan yang luar biasa ini menjadi pendorong utama kepada kejayaan Proton e.MAS 7.”
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!
SUV elektrik ini menjadi pilihan utama untuk keluarga moden, profesional bandar serta pemilik kenderaan enjin pembakaran dalaman yang ingin beralih kepada kenderaan lebih lestari dan cekap.
Kombinasi teknologi canggih, praktikaliti harian, serta harga yang mampu milik menjadikannya pilihan yang sukar ditandingi dalam segmennya.
PRO-NET kini sedang giat untuk memperkasakan ekosistem EV yang lengkap melalui inisiatif seperti:
- Peta Pengecasan Langsung Bersepadu dengan lebih 2,500 titik pengecasan, merangkumi 90 peratus kawasan di seluruh negara
- Sokongan pengecasan di lebih 1,000 titik di 397 kediaman bertingkat, mesra pengguna untuk pemilik kondominium atau apartmen
- 24 pusat 3S dan 10 pusat Badan dan Cat tersedia untuk servis selepas jualan, dengan lebih banyak bakal dibuka tidak lama lagi
JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua
Proton e.MAS 7 ditawarkan dalam dua pilihan varian:
- Prime – Harga bermula dari RM105,800
- Premium – Harga bermula dari RM119,800
Dengan harga ini, pengguna mendapat prestasi elektrik berkuasa, ciri keselamatan moden, dan konektiviti pintar yang setanding jenama antarabangsa, menjadikan e.MAS 7 antara pilihan EV paling bernilai di pasaran hari ini.
Dengan rekod cemerlang dan momentum yang kukuh, Proton e.MAS 7 kini bukan sahaja menjadi simbol transformasi industri automotif tempatan, malah sebagai pencetus kepada gaya hidup mobiliti hijau rakyat Malaysia.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
KOMEN TERKINI