Empat dekad berlalu, namun Proton Saga masih berdiri teguh sebagai lambang mobiliti rakyat Malaysia. Sejak diperkenalkan pada 9 Julai 1985, model ini bukan sahaja menjadi kereta nasional pertama negara, malah mencatat sejarah sebagai model Proton terlaris dengan lebih dua juta unit terjual di seluruh dunia.
Kini memasuki usia 40 tahun, Saga terus menjadi pilihan utama pembeli kereta kali pertama, terutama golongan muda dan siswazah baharu.
Dengan rekod prestasi cemerlang dalam menawarkan pemanduan praktikal, mampu milik dan selesa, model ini membuktikan bahawa ia kekal relevan dalam landskap automotif Malaysia yang kian berkembang.
Dikenali sebagai sedan segmen-A yang ringkas tetapi serba boleh, Saga memenuhi keperluan pengguna moden dengan ruang dalaman luas, kos penyelenggaraan rendah, dan penggunaan bahan api yang cekap.
Lebih menarik, ia turut hadir dengan skrin terapung 7 inci, sistem inforia moden dan sambungan Bluetooth, ciri-ciri yang menarik perhatian pembeli muda yang mengutamakan nilai serta gaya.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!
Berdasarkan tinjauan pasaran terkini, 64 peratus pemilik Saga adalah pembeli kali pertama. Bagi mereka, Saga bukan sekadar sebuah kenderaan, tetapi simbol permulaan hidup berdikari, fasa dewasa dan mobiliti sebenar.
Kualitinya juga kian meningkat. Audit Produk Pengguna (GCPA) menunjukkan penurunan skor ketara, dari 2,580 mata pada Ogos 2024 ke 1,050 mata pada Mei 2025, menandakan peningkatan kualiti pengeluaran yang signifikan menurut piawaian kumpulan Geely.
Sempena ulang tahun bersejarah ini, Proton menganjurkan pertandingan “Saga, Ikon Malaysia Sejati“, yang berlangsung dari 3 Mei hingga 31 Julai 2025.
Rakyat Malaysia diajak untuk pandu uji Saga di mana-mana pusat jualan Proton di Lembah Klang, kemudian memuat naik foto atau video ke media sosial bersama tanda pagar #SAGATrueMalaysianICON.
Peserta berpeluang memenangi pengalaman eksklusif menaiki Saga bersama duta kempen popular seperti Irfan Haris, Jayden Chong dan Mimiflyy, dengan pemilihan pemenang dilakukan secara langsung di saluran rasmi media sosial Proton.
JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua
Fenomena die-cast Proton Saga Hot Wheels pula membuktikan betapa ikoniknya model ini. Edisi merah yang dilancarkan hujung 2023 habis terjual dalam sekelip mata, malah dijual semula dengan harga berlipat ganda.
Kini, sempena ulang tahun ke-40, edisi putih klasik yang menyerupai warna model asal 1985 diperkenalkan dalam bungkusan edisi terhad dengan ilustrasi oleh Saw Jane Harn, pemenang Hot Wheels x Proton Kids Design Competition 2023.
Model ini mula dijual pada 7 Julai 2025 di kedai terpilih dan turut tersedia melalui promosi eksklusif di pusat jualan Proton seluruh negara.
Eksekutif Program Kenderaan Proton, Desmond John Pinto berkata, dengan sokongan rakyat Malaysia selama empat dekad, Saga bukan sekadar model ikonik, tetapi lambang kemajuan dan mobiliti negara.
Pihaknya yakin, dengan pelancaran model baharu yang akan datang, Saga akan terus menjadi pilihan utama generasi baharu.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
KOMEN TERKINI