ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Adakah pembangunan Proton Saga EV masih diteruskan?

Views

saga ev 1

Saya baru sahaja mendapat beberapa keping foto Proton Saga EV ini yang telah dikirim oleh seorang sahabat yang ingin dirahsiakan identitinya. Jika diperhatikan pada foto di atas Proton Saga EV ini sedang dicas di stesen pengecasnya, namun tidak dipastikan di mana lokasi foto ini diambil. Ada kemungkinan ini adalah sebahagian kereta EV termasuk Exora REEV yang telah diserahkan oleh Proton kepada Kerajaan Malaysia untuk digunakan dan dalam masa yang sama Proton mengumpul data-data untuk R&D sebelum ia dikomersilkan.

Timbul persoalan adakah projek Saga EV ini masih diteruskan setelah DRB-HICOM mengambil alih Proton? Atau projek ini tidak diteruskan atau ditangguh terlebih dahulu. Jika ada sebarang info sila kongsikan di ruangan komen ye. 🙂

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

22 Comments


  • lebih bagus diteruskan.. kereta masa depan memang pakai letrik, so kalau proton teruskan research, nanti takdela ketinggalan jauh sangat macam sekarang


  • efficiency internal combustion engine (ICE) spark ignition (SI) rendah, tidak seperti elektrik motor, tinggi.

    jika ia full-time elektrik, pastinya pemilihan motor yg bagus (hi-efficiency) menyumbang kpd penjimatan.

    memandangkn ia REEV, guna ICE utk janakan elektrik, maka ICE itu pn kena hi-efficiency & motor itu hi-efficiency.

    mgkn chassis weight reduction boleh main peranan.
    sebenarnya aku kagum cmne jepun ble buat kete ringan tp dapat capai crashtest result yg gempak.
    material selection? stamping process? welding technique?


    • kalo malaysia..caj elektrik boleh dikira masih murah jika nak banding dgn negara lain yg jauh lg miskin..kalo negara caj elektrik lebih tggi bleh buat nape kite xbleh plak?


  • mcm dekat dalam proton jer nie.. tepi kantin jer nie.. hahaha.. mmg takde berita pn pasal EV ni..tech battery masih belum ada di malaysia.. kalau ada pun kereta akan mahal.. mgkn depa mengahala ke arah tuju yg lain tu


  • Kwn saya ada cerita, bahan yg telah diproses oleh Lynas boleh digunakan utk pembuatan bateri… mungkinkah kesinambungan dr Lynas ialah teknologi EV dan seterusnya Malaysia menjadi pemain utama bersama negara2 maju lain dlm sumber tenaga alternatif…..


  • depa dpt buat crashtest byk kali sbb eos,dpt cover cost tinggi n pengalaman yg byk sbb meka dh lama n mcm2 kete dh kuar. tp walupun gitu,masih lg ada yg depa gagal. cntoh tdkt,accord. maknenye, rnd utk kete,bkn perkara mudah atau kecik. org yg dh ada pengalaman bykpun bleh gagal. toyotapun sama,ada yg dihantar kali kedua ke euroncap,revision,sbb xdpt rating baik. biasanya toyota tmbh knee airbag pd kete dia yg asalnya xdpt rating baik frontal crash test ncap. bleh check kat ncap.

    engineer malaysia kira hebatlah,dgn limitation,pengalaman cetek,walupun xsehebat yg lain dr segi result crashtest,tp masih mampu hasilkn result yg ok.

    ada engineer crashtest prtn,thn ni masuk company volvo,duk dlm dept hnt bhagian safety chasis development. xslh,diapun terlibat dgn preve sblm ni.

    klu volvopun iktiraf engineer prtn,xkanlah depa nk amik org cikai2. bhagian safety plak tuh. kite sume tau volvo antara otai2 bab safety nih.


  • kmpung sy ada sebijik keta ni tak sure siapa drive engineer proton or gov staff,kira mcm keta kerja dia kekadang dia drive exora reev.


  • teknologi reev proton dah ada..tapi susah nak komersial kan. pengeluar yg lain pun sama..

    why not proton buat juga hibrid/ turbodiesel?


  • salam.sepatutnya proton kena buat benda ni dah lama dah..gen.2 hybrid dah tengok beritanya pada tahun 2006…takkan 7 tahun tak boleh kuar lagi…patutlah proton lambat sangat progress dia…kenapa tak keluar je..REEV dah menang berapa kali pertandingan tapi kita masih tak dapat naka pakai exora reev…

    benda ini ialah masa depan..dah proton tak dapat sangat nak kuar enjin yang berprestasi dan dalam masa sama jimat minyak,proton kena tumpu kekuatan dekat sini…REEV tu proton dah maju dah..kenapa bila keputusan nak kuarkan dengan mass produce lambat..kadang2 kita asik duk pakai teknologi orang padahal yang tempatan punya lagi maju..

    macam2 boleh berlaku…ya..banyak benda kena abik kira…tapi takkan 7 tahun pembangunan masih tak boleh keluar…


    • huhu….janji proton makin sukar dipercayai….kata kata CEO pon camtuh…kata kata SC nyer technician lagilah tinggi integritynya..come on proton…


  • Untuk pengetahuan Cik Suraya Natasha yang dihormati, Malaysia telah lama ada sebuah reaktor nuklear di Bangi. Tahukah anda? ha…
    Lynas pula adalah kilang memproses nadir bumi, seperti kata campromania.

Leave a Reply