ARKIB

KATEGORI

Buletin

Air Bag diwajibkan, adakah ia mampu mengurangkan kadar kemalangan?

Views

Semalam Menteri Pengangkutan mengumumkan semua kereta termasuk Proton & Perodua wajib memasang “air bag” pada model keluaran mereka mulai tahun hadapan. Tujuannya untuk mengurangkan kadar kematian & kecederaan semasa berlakunya kemalangan. Cadangan ini amatlah baik tetapi sepertimana undang-undang sebelum ini mewajibkan penumpang belakang memakai tali pinggang keledar masih lagi tidak memberi kesan kepada peningkatan kadar kemalangan jalan raya di negara ini. Pemasangan “air bag” juga akan menaikkan harga kenderaan tersebut secara tidak langsung.

Sebenarnya kemalangan yang sering berlaku di negara ini bukanlah di sebabkan oleh faktor kenderaan & jalan raya semata-mata. Antara punca yang utama ialah sikap segelintir pemandu di negara ini yang memang mencari nahas & mengundang bahaya kepada orang lain. Pendek kata pemandu negara kita antara yang teruk di dunia. Kenapa perkara ini berlaku? Adakah pemandu kita ni tak reti bahasa ataupun sengaja tak ambil kisah mengenai keselamatan diri & orang lain? Setiap tahun ketika musim perayaan akan ada OPS SIKAP, tetapi masalah tidak juga selesai.

Untuk mencari puncanya kita perlulah balik kepada permulaan seseorang itu layak untuk mendapat lesen memandu. Ini adalah faktor-faktornya :-

1. Untuk melayakkan seseorang itu ada beberapa ujian di jalankan, tetapi adakah ia secara telus atau sebaliknya? Sebagai contoh sebelum layak pegang steering kereta mestilah menjalani ujian STATIK secara berkomputer atau bertulis. Diperingkat ini sahaja banyak unsur-unsur penyelewengan berlaku. ” Saya mengalami sendiri perkara ini dahulu, saya pernah beratur di belakang seorang wanita yang ingin mengambil kertas jawapan untuk ujian tersebut. Tetapi apa yang mengejutkan kertas jawapan itu telah siap bertanda. Tiba giliran saya kertas jawapan saya kosong sebab ujian kan belum bermula lagi. Bila saya tenung muka pegawai JPJ yang bagi kertas tu saya memang syak dia ni dah buat “duit haram”. Jadi saya dengan selamba je jawab soalan dengan letak buku atas meja sebagai tanda “protes”. Kebetulan pulan wanita tu duduk sebelah saya & siap main SMS lagi. Celaka sungguh pegawai tu, kata saya dalam hati.”

2. Setelah LULUS ujian tersebut tibalah masa untuk belajar memandu. Kadang-kadang tenaga pengajar yang melatih kita juga bersikap buruk ketika memandu, tetapi nak suruh kita ikut peraturan & undang-undang. Macam ketam nak ajar anaknya berjalan betul, dia jalan senget.

3. Lepas cukup jam berlatih memandu tibalah masa untuk ujian jalan raya dengan pegawai JPJ. Di sini juga berlaku penyelewengan & pakatan antara pegawai JPJ & pihak sekolah memandu. Apa yang dimaksudkan saya ialah “Special Test”, dalam bahasa mudahnya bagi rasuah pada pegawai tersebut melalui sekolah memandu. Dulu kita biasa dengar “lesen terbang”, ni la dia bendanya. Ada antara pegawai terbabit telah merancang untuk menggagalkan orang yang tak bagi dia duit ni, sampai 3-4 kali ambil test dengan orang yang sama tak lulus-lulus, padahal ada yang dah mahir sebenarnya. Bila bagi duit ni boleh lulus walaupun kita buat silap, kecuali kita terlanggar pegawai ni je, hahaha..

4. Jika ini la diambil kira berapa ramaikah yang sebenarnya LAYAK mendapat lesen di negara ni? Sebab itulah kemalangan sukar dibendung. Saya bukan nak tuduh semua yang terlibat, tapi ada sebahagian dari mereka ini telah mengkhianati amanah yang diberikan demi mengejar kemewahan hidup. Bayangkanlah pegawai yang saya cakap tu boleh pakai kereta mewah yang tak padan dengan pendapatan dia, dah la berlagak.

Jadi kesimpulannya, untuk mengatasi masalah ini kita balik semula ke asal bagaimana cara sesorang tu dapat lesen. Jika dia dapat lesen dengan cara yang saya cakap tu tak mustahil orang seperti ini akan melakukan kesalahan jalan raya. Maka saya ingin bagitahu pada pihak SPRM, pantaulah pegawai-pegawai ini & sekolah memandu yang ada di negara ini. InyaAllah jika perkara ini dibendung dari awal, kita akan dapat melahirkan pemandu yang berhemah & benar-benar layak mendapat lesen memandu. Tu belum sentuh bab lain lagi, nanti penat pulak saya nak taip. Bagi yang pernah melalui pengalaman ini boleh la berkongsi di sini & dijadikan bukti bahawa perkara ini memang berlaku. 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

29 Comments


  • Setuju sangat.. Mmg ada sesetenga sekolah , cikgu, dan pegawai yg mmg talam 2 muke.. menyampah… Tapi alhamdulillah, di tempat saya amik lesen staf, cikgu dan pegawai deirg mmg ok.. Siap cikgu tu marah saya pasal clutch.. ye la belajar dari kesilapan..
    Setakat 2 airbag je x gune gak.. ia ibarat manusia berkulit, bertulang tapi x d antibody… Org kalau leh nak elak kemalangan bukan elak kecederaan..
    my 2 sen…


    • tu la pasal, sebab yang paling penting ialah struktur kerangka kenderaan tersebut. airbag adalah benteng terakhir utk menyelamatkan pemandu & penumpang. tak guna ada sepuluh airbag tapi struktur kereta masa crash test tanpa airbag cuma 1 star sahaja. untuk pengetahuan airbag & isofix ni adalah gajet tambahan utk menaikkan star crash rating kereta tersebut. banyak airbag & isofix naik la rating dia..padahal bila buang semua tu paling tinggi leh dapat 3-4 star je bergantung pada kekuatan rangka kereta tersebut


  • airbag hnya berkesan menyelamatkan apabila pelanggaran berlaku kelajuan kenderaan kurang dr 70kmh sejam dan seatbelt dipakai. masalahnya ada 10airbags pun tp seatbelt tak pkai tak guna jgk. satu lg jpj wajib ubah sistem utk mengambil lesen moto atau kereta esp mcm nak guna abs, srs, esc, seatbelt etc pemanduan active. pernah memandu kereta di us yg mana seatbelt auto psg.


    • cadangan yg baik tu bro..sebab kereta zaman sekarang makin lama makin banyak safety feature..proton pun boleh ajar pengguna memandu macam bmw train dia punya pembeli..tapi kena buat road show lagi la


    • memang betul tu bro, ayah sy pun pesara kerajaan juga, tapi xla buat benda2 macam ni..sebenarnya segelintir sahaja yang terlibat, tetapi impaknya besar…seolah2 mereka mengkhianati amanah & tanggungjawab yang diberi demi kepentingan peribadi & mengejar kekayaan sementara..harap mereka ini semua diberi hukuman setimpal & diisytiharkan “muflis” saje..


  • sebagi contoh kalau ambik lesen. kita blajar cara mana nak paking dengan betul, kerate dapat masuk cantik ok, beres.
    tapi di luar negara, ada orang cerita di united kingdom, kalau masuk paking untuk ambik lesen salah satu perkara yang di tekankan adalah ‘pastikan keadaan selamat kepada pengguna jalan raya lain, kanak kanak ,pejalan kaki, atau kenderaan lain barulah perlahan lahan masuk paking, setalah semua cermin pangdang belakang di gunakan dan mestikan berpalig juga.’
    so the VALUE yg di tekan kan adalah CARING. IA ITU mengambil kira orang lain


  • alah.. canggih mcm mn pun kereta tu… atau full safety mcm mn pun… ttp gak berlaku kemalangan…. sbb peratus kemalangan yg berpunca dr kelemahan kenderaan berapa peratus je… tp kemalangan yg berpunca dr sikap pemandu paling tinggi peratusnya… sepatutnya kenakan tindakan undang2 yg tegas kepada pemandu yg menyebabkan kemalangan… bkn sekadar saman je… klu blh biar lesen d tarik blk dan diwajibkan mengikuti kursus keselamatan jalan raya serta teknik pemanduan yg selamat…. lps kursus ada ujian… klu lulus baru blh dpt lesen semula… klu didapati memandu tanpa lesen plak terus penjarakan je…. rasanya bila undang2 ketat pemandu takut nak melakukan kesalahan…. bila kurang pemandu melakukan kesalahan.. kuranglah kemalangan


  • berkata mengenai keselamatan, saya sebenarnye dah servey beberapa kereta yg full equip ( safety antara yg best la) and affordable bagi saya.. jadi saya nak tanya pendapat anda la, ok ke maintanance dan spare parts bagi kereta2 yg saya dah list kan nh..
    1. Fiat Ulysse 2.0L (2003)
    2. Renault Grand Scenic 2.0L (2005)
    3. Citroen C8 2.0L (2003)
    4. Peugeot 807 2.0L (2003- 2004)
    5. Saab 9-3 2.0L T (2005)
    6. Peugeot 407 Avante Wagon 2.0L (2005)

    Saya bukan la minat sangat denga kereta conti tapi nih la kereta yg sesuai untuk family sebab safety and power…


  • susah nak ubah sikap orang ni.tp dari peringkat awal dh ajar ttg keselamatan dan semua ciri2 yg perku..kta bole ikut cra org US,UK bila memandu.


    • mmg btl susah nak ubah sikap orang… tp klu dah kena sampai tahap dipenjarakan… rasanya dorang akan serik gak… dgn harapan dorang akan lbh berdisiplin d jalan raya…


  • Saya setuju dgn pendapat tuan2 semua. Dan saya rasa regulation utk pemasangan airbag sepatutnya dah perlu ada sejak 10 tahun dulu lagi. Tapi xpelah, daripada xde regulation langsung, start dgn single airbag pun dah ok. Harap 1tahun lagi 2airbag jadi keperluan minimum.

    Tapi harap juga course latihan belajar memandu akan inject isu airbag dan seatbelt ni. Atau lebih tepat, silibus sekolah memandu perlu dikaji semula.

    Selain itu, harap tiada penyelewangan dalam ujian memandu. Sekolah memandu janganlah sengaja ambil untung. JPJ janganlah makan duit haram.


  • Saya sokong wajibkan airbag dan ABS sekali…sekurang-kurang dapat minimakan kesan perlanggaran dan juga mengelakkan kecederaan yang lebih serius…

    Pada saya antara sebab-sebab yang utama kemalangan dilebuh raya adalah disebabkan kelajuan, keletihan atau mengantuk dan juga mengikuti kenderaan hadapan terlalu rapat.

    Sementara dijalan persekutuan pula adalah kerana memotong tapi tidak berjaya dan memandu laju.

    Untuk itu tumpuan harus diberikan utk melebarkan atau membuat laluan memotong utk kawasan berisiko, membuat divider jalan(double line tidak berfungsi utk rakyat Malaysia kecuali jika dipasang kamera utk setiap laluan double line).

    Sistem kamera haruslah dizahirkan kpd semua pemandu. Maksudnya pemandu mengetahui kedudukan setiap kamera dan sistem denda dilaksanakan dgn cekap. jangan main sorok-sorok. tujuan kamera adalah utk mengelakkan/mengurangkan kemalangan dan bukan utk cari duit.jika denda kesalahan dr kamera berkesan dan pemandu mengetahui setiap kedudukan kamera, mereka akan menghormati setiap kamera yg mereka hadapi dan secara langsung ini boleh mengurangkan kemungkinan terjadinya kemalangan kerana memandu laju atau memotong double line.kalau main sorok-sorok, pemandu tetap memandu laju atau memotong double line dan kemalangan mungkin berlaku walaupun selepas itu pemamdu akan dapat saman. cara main sorok-sorok ini tidak sesuai kerana tidak dpt mencegah. mungkin dapat mendidik tapi kemalangan dah berlaku terlebih dahulu.

    Rakyat Malaysia memang kena dipaksa utk mengikuti undang-undang jalanraya dan juga perlu mencari penyelesian secara POKA YOKE.


  • Airbag ni bukan dapat kuragkan kemalangan pun. Cuma dia dapat kurangkan kadar kematian. Sebagai contoh gunung berapi meletus kita memang tak boleh elak, tapi kan bila ada amaran awal kita boleh evacuate penduduk sekitar gunung berapi tu jadi takdelah ramai yang mati.
    Cerita pasal dapatkan lesen di Malaysia, syllabus kita terlalu loose. Rujuk TopGear tentang belajar memandu di Finland. untuk mendapatkan lesen penuh perlu perlbagai ujian, termasuk power slide yang mana memang utamakan skil berbanding pematuhan undang-undang. Proses dapatkan lesen penuh pula sehingga 3 tahun. Jadi pemandu yang dialhirkan memang penuh skil.


  • bagus cadangan ni.. sebelum ni airbag hanya ada kat trim medium atau premium version, tapi ada gak yang harga mahal sebab tukar warna tapi airbag elok2 ada 2 jadi satu…

    lepas ni harap mandatori ada abs, ebd, dgn esp kat lower entry kereta..


  • mmm… wajib pakai seatbelt penumpang plakang dah ditunda ke tahun 2012 kn?

    apa2 pun cara pemanduan yg berhemah perlu la ditekankn. Semua nie berkenaan attitude. Sikap pemanduan rakyat m’sia sebenarnya menjadi penyebab kemalangan meningkat disamping kecuaian. Letak ar airbag sampai 10 pun dlm kereta, guna la super safety car sampai 5 star ncap. Kalau pandu kereta mcm org giler, sendiri mau ingat ar…

    cheers!

Leave a Reply