Sime Darby Auto Italia (SDAI) telah memperkenalkan model terbaru Giulietta, yang dijana oleh enjin 1.4 Turbo MultiAir dengan transmisi 6 kelajuan TCT (pengganti Selespeed, dalam erti kata lain kotak gear twin-clutch). Bukan sekadar rekaannya yang menarik dan seksi, sesuatu elemen rekaan yang sinonim dengan jenama kereta yang berasal dari Itali, malah ia amat sesuai dijadikan kereta keluarga kerana mempunyai 5 pintu dan ruang boot 350 liter.
Enjin 1.4 Turbo MultiAir boleh menjana 170hp dan 230Nm, namun kuasa turbonya dapat dirasai walaupun pada 1,750RPM. Melalui pengecas turbo, sistem MultiAir yang mempunyai teknologi electro-hydraulic variable valve actuation mampu membuat kereta tersebut mengekalkan penggunaan minyak yang baik, iaitu 5.2L/100km. 0-100km/h cuma mengambil masa 7.7 saat dan boleh mencapai kelajuan maksima 218 km/h.
Spesifikasi standard termasuk sistem Start/Stop (yang boleh dipadamkan), dual zone climate control, sistem Blue & Me (Bluetooth yang boleh diguna bersama telefon pintar), sistem DNA Alfa Romeo (tiga mode pemanduan – Dynamic, Normal dan All-Weather), lampu hadapan bi-Xenon dengan fungsi AFS (sistem Adaptive Front-lighting System, yang mengikut arah kereta ketika sedang membelok), ruang dalaman bersalut kulit dan banyak lagi.
Dari segi keselamatan pula, anda akan mendapat 6 beg udara, ABS, EBD, HBA, Vehicle Dynamics Control, MSR (Modular System Regulator), CBC (Control Brake Cornering System), HHC (Hill Holder Control), ASR (Anti Slip Regulation System), DST (Dynamic Steering Torque System), TTC (Torque Transfer Control System) dan beberapa lagi akronim. Paling penting, model ini telah menerima penarafan 5 bintang untuk Euro NCAP.
Seperti kereta Alfa Romeo yang lain, pengendalian merupakan ciri utama bagi model ini. Menggunakan platform C-Evo terbaru dari Fiat (juga digunakan oleh Fiat untuk model baru Viaggio dan Dodge Dart), bahagian hadapannya menggunakan MacPherson strut yang menjimatkan ruang, manakala bahagian belakangnya menggunakan sistem multilink dengan aluminium wishbone. Dengan itu, ia dapat mengurangkan berat sehingga 10 kg berbanding dengan yang lain.
Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu (Putih Ghiaccio, Merah Alfa dan Hitam). Harganya pula RM178,888, tidak termasuk cukai jalan dan insuran. Semua model Alfa Romeo diberi jaminan 2 tahun jaminan pengeluar.
SDAI mengumumkan bakal membawa masuk model Giulietta versi Quadrifoglio Verde (QV) pada masa akan datang. Model tersebut menjana 232 hp dan 340N tork, manakala kelajuan maksimanya ialah 242 km/h. 0- 100km/h hanya mengambil masa 6.8 saat.
SDAI juga bakal membuka Pusat Servis dan Alat Gantinya di Kuantan. Ini membolehkan warga Kuantan menghantar kereta mereka untuk diservis dengan lebih mudah, tanpa perlu ke Kuala Lumpur.
KLIK UNTUK BESARKAN GAMBAR
engin 1.4 jer, tapi hp tinggi. Europe 1.4 multiair boleh letak dlm mpv besar exora dan x d sebarang masalah pun. Malaysia, letak 1.6 PLUS turbocharge pun boleh deorg kata x cukup pawer untuk sebuah saloon dan jugak mpv.
berkenan sungguh aku kt dashbord dia.
nape la saga blm tu huduh (dashbordnye)
tengok harga and spec sudeh..
cfe – 1.6 138 hp/205 Nm
multiair – 1.4 170 hp/230 Nm
prince thp – 1.6 148 hp/240 Nm
dasat giler enjin fiat ni. dulu ura2 proton nak buat jv dgn fiat x jadi dah kot.
ntah a, Tapi sebab tu proton jv dengan banyak syarikat. Belajar engine.
MultiAir ni direct injection kan? mmg la lg efisyen
tggu enjin gen Y kot huhu
opps family y engine hehe
igt kan projek family y enjin dah kena scrap. katanya kos yg mahal. en wiki kata enjin multiair ni pun amik masa lebih 10 tahun utk develop dgn kos melebihi 100 juta dollar.
Enjin ni mmg high tech, jd mmg cfe x leh lawan, direct injection pun cfe x de, mmg susah nak tuned utk high hp dan torque sambil dpt maintain emmision yg sesuai, direct injection boleh dapat lean burn utk low dan moderate load mcm kat highway dan normal burn utk traffic, multi point injection x leh buat mcm tu
dash dan steering mcm e90..smart. harga pn sedap juga le
pronounciation is = julita
= julieta
Comparison with other makes:-
http://img40.imageshack.us/img40/8827/67680878.jpg
gambar katak bro!
Lagi comparison?:-
http://img513.imageshack.us/img513/8089/15780502.jpg
yang clear copy takde ker? ni macam dah fotostat atas fotostat..renyuk dan buang dalam tong kemudian fotostat dan scan..hehe
kereta test drive preve diorang tak jual ke? sayang kalau scrap.. kalau jual, bagi half price jela..hehe
Sebab barang smuggle lagu tu…
test drive yang eksiden langgar divider tur diorang nak jual… Nak tak???
kalau RM15k je..boleh angkat terus..haha
multiair system
http://www.youtube.com/watch?v=BK3CLMr8qwg&feature=relmfu
Proton dan lotus patut cooperate to invent new technology especially pasal engine efficiency dan performance. Setiap manufacturer lain dah ade their own unique technology tp proton almost zero dan masih meniru sahaja ape saja menufacturer dh guna. Expertise dah ade guna kan sepenuhnya. Wat bazir duit je kalo labur berjuta2 ringgit dlm lotus tapi technolgy enjin masih pakai conventional type dan simple vvt je. Sbb tu DRB mula2 nk discard je lotus sbb contribution technology amat slow tp debt makin menimbun.
off topic kjap .. mintak maaf klau ada yg tak suka .. tapi tnggungjwab nk sebarkan …
Minta TOLONG semua sahabat
Menukar gambar profil anda
Tahanan Palestin yang berada di Mogok Lapar memerlukan Bantuan anda,
Sila Kongsi Status ini dengan kawan anda untuk menyebarkan KESEDARAN tentang Mogok lapar yang terbesar dalam sejarah ..
Bilal Thiab … 76 Hari
Thaer Halahleh … 76 Hari
Hassan Safadi … 70 hari
Omar Abu Shallal … 68 Hari
Mohammedd Al-Taj … 60 hari
Mahmoud Sarsak … 54 Hari
Faris Al-Natur … 47 hari
Jafar Ezz Al-Din … 53 Hari
Abdallah Al-Barghouthi 32 Hari
lebih daripada 2000 Banduan …. 27 hari
Berkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka, semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, hak Lawatan, Hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.
*mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja, ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh, dan gigi pun luruh,,, sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana,tolong sebarkan ke semua group yg ada, ini antara usaha kecil yg boleh kita buat , Perang Media !
Pilihan lain yang boleh digunakan bagi lelaki dan perempuan..
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.422581691093615.107174.174750862543367&type=1