ARKIB

KATEGORI

Buletin

Alfa Romeo MiTo generasi baharu bakal berubah menjadi sebuah SUV kompak

Views

Walaupun menjadi model keluaran Alfa Romeo yang mampu milik, jualan MiTo sebenarnya tidak seperti yang diharapkan. Sejak kebelakangan ini trend pembeli kereta baharu telah beralih kepada genre crossover dan SUV, namun jenama dari Itali itu hanya mempunyai satu sahaja SUV dalam barisan modelnya iaitu Stelvio.

Bos FCA, Sergio Marchionne memberi satu petunjuk kepada AutoExpress semasa ditemubual oleh sekumpulan media di Geneva Motor Show 2018. MiTo generasi baharu dikatakan akan berubah bentuk dari sebuah hatchback kompak dua pintu yang pasarannya semakin menguncup kepada sebuah crossover bersaiz kecil.

Bos Alfa Romeo, Reid Bigland mengakui model MiTo dan Giulietta adalah kereta yang bagus, namun kedua-duanya tidak mempunyai tahap yang sama dengan Giulia dan Stelvio. Dilancarkan sepuluh tahun yang lalu dan berkongsi pelantar bersama dengan Fiat Grande Punto dan Opel Corsa D, Alfa Romeo MiTo sehingga kini masih lagi kekal dalam bentuk yang sama. Ia ditawarkan dengan pelbagai pilihan enjin petrol, LPG atau diesel yang dipadankan dengan tiga pilihan transmisi – dua manual (lima dan enam kelajuan) dan dwi-klac enam kelajuan.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply