ARKIB

KATEGORI

Buletin

Apa pendapat anda mengenai AES

Views

* gambar sekadar hiasan

Sejak pengenalan sistem penguatkuasaan secara automatik atau AES, banyak kedengaran suara dari orang ramai mengenainya. Ramai yang menyokong perlaksanaan sistem ini dan tidak kurang juga yang membantah. Isu ini juga telah diambil kesempatan sebagai modal politik dan ini membuatkan orang ramai bertambah keliru kerana kekurangan fakta yang sebenar. Sistem ini sudah lama dilaksanakan di negara-negara lain dan terbukti mampu mengawal dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Di negara kita, perlaksanaan sistem ini masih lagi diperingkat awal dan pemasangan kamera AES sedang dibuat secara berperingkat-peringkat.

Apa itu AES?

AES merupakan penguatkuasaan secara automatik iaitu kesinambungan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010. Ini merupakan usaha berterusan aktivis keselamatan jalanraya (JPJ, PDRM, JKJR, MIROS, JKR) dan ianya memberi tumpuan kepada 4E (Engineering, Enforcement, Education and Environment). Perlu adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AES, sila muat turun fail PDF ini : Info mengenai AES

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menanyakan pendapat anda mengenai sistem ini. Sama ada kita setuju atau menentang perlaksanaannya, kita mestilah bersedia menerimanya serta berfikiran terbuka dan rasional, selain cuba memberikan komen yang boleh membantu untuk menambahbaik lagi sistem ini untuk kepentingan kita semua. Saya ingatkan supaya jangan jadikan topik ini sebagai medan perang ideologi politik, harap memberi kerjasama. Terima kasih. 😉

Jom pilih calon hos Auto Anda! http://funtastickodesign.wordpress.com/2012/10/13/jom-pilih-calon-hos-auto-anda/

Teringin nak jadi Tony Stark aka Iron Man? KLIK SINI http://funtastickodesign.wordpress.com/2012/10/09/advertorial-tempahan-t-shirt-arc-reactor-edisi-khas-kini-dibuka/

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

26 Comments


  • Sudut pandangan seorang Jurutera:
    AES satu sistem yang berkesan untuk memastikan kurangnya kadar kemalangan di sesuatu lokasi Blackspot. Lokasi Blackspot ni sering terjadinya kemalangan maut tak mengira masa. Jika dikaji, semuanya berpunca dari sikap pemandu memandu laju, memotong garisan berkembar dan membahayakan pemandu lain di arah bertentangan.
    Dengan adanya AES, pemandu lebih berhati-hati kerana mereka AMAT SAYANGKAN DUIT dari nyawa sendiri. Mereka rasa kemalangan itu takkan berlaku pada diri mereka, sanak saudara mereka dan rakan-rakan mereka, tapi bila ia berlaku, semuanya dah terlambat.
    Bagi kerajaan pula, seorang rakyat yang meninggal dunia kerana kecelakaan jalanraya mengakibatkan kerajaan kerugian ‘modal insan’ untuk pembangunan dan perkembangan sesebuah negara. Kemalangan juga mengakibatkan kerugian dari segi perabot jalanraya rosak, serta mengakibatkan kesesakan jalanraya yang teruk terutamanya ketika menjelang hari perayaan.
    Kaedah BOT..Built Operate Transfer adalah kaedah yang terbaik digunakan jika sesebuah kerajaan itu tidak mampu dari segi kewangan, tetapi perlu memastka keberlansungan sesuatu projek itu dilaksanakan. contohnya sistem Toll, jika tiada kutipan tol, segala rutin penyenggaraan jalan akan ditanggung siapa? Jika ada jalan runtuh, cerun runtuh, dan kes kecemasan, jika tiada kutipan tol oleh konsesi, betapa lama prosedur untuk pembaikian perlu dilalui kerana birokrasi dalam prosedur kewangan kerajaan. Jadi jika diurus konsesi, semuanya ditanggung oleh meraka. Begitu juga dengan AES,kerajaan mungkin tiada peruntukan untuk melaksanakan AES tetapi keperluan mendesak untuk memastikan adanya satu sistem yang boleh mengurangkan kadar kemalangan jalanraya, dengan melantik pihak swasta yang berkemampuan dari segi teknikal dan kepakaran dan bila tempoh kutipan yang dipersetujui dicapai, mereka menyerahkan semuanya beserta technology transfer kepada kerajaan(PDRM/JPJ/MIROS) untuk memastikan sistem AES terus berjalan lancar. Dalam tempoh pembayaran kepada swasta tu, lantiklah jawatankuasa dari semua parti politik untuk memastikan duit yang dibayar kepada pembekal telus dan mengikut jumlah yang betul.

    Sudut pandangan Ahli Politik(Pembangkang):
    Ahli politik akan mengambil isu ini sebagai satu batu loncatan untuk meraih undi sebilangan mereka-mereka yang telah disaman oleh AES. Kita sedia maklum ahli politik sendiri pun perlu memandu laju ke destinasi mereka hendak tuju. Jadi mereka pun takut jika disaman AES sebenarnya. Ada mereka kisah keselamatan pemandu lain? Adakah kita boleh menyaman ahli politik, jika ahli keluarga kita terlibat kemalangan, kerana mereka melengahkan penggunaan AES yang terbukti di beberapa negara telah berjaya mengurangkan kadar kemalangan maut?

    Sudut pandangan Ahli Politik(Pemerintah):
    Jika sistem AES ni berjaya, mereka akan menjaja sana sini kononnya idea mereka yang telah berjaya mengurangkan kadar kemalangan. Dalam pemilihan pembekal sistem juga, TIADA seorang pun ahli politik perlu libatkan diri, semuanya perlulah justifikasi mengikut kepakaran teknikal daripada jurutera bertauliah yang cukup mahir untuk menentusahkan siapa yang layak untuk memasang sistem AES ni.

    Personal:
    Apply je AES di seluruh negara. sekarang rakyat dah cerdik, lebih 20 buah universiti dah wujud dan ramai berpendidikan tinggi. nanti mereka tahu mana kaca mana permata.

    p/s: AES ada kelemahan…Hujan..Hehehe..


  • Kalau letak di kawasan yang betul banyak kemalangan, memang wajar. Kalau di lihat perlaksanaannya sekarang, kebanyakkan adalah bertumpu pada jalan besar. Sedangkan, kalau kita lihak statistik kemalangan (selain dari 2012) semasa Ops Sikap atau sejenis dengannya, jumlah kemalangan tinggi adalah pada jalan kecil dan luar bandar. Menjadi sukar implementasi kerana infrastruktur untuk menghantar data pada kawasan ini belum sedia ada dan akan memerlukan perbelanjaan yang lebih dan pancaran secara radio frekuensi rendah. Sedangkan di jalan highway, data senang kerana wifi atau 2.4GHz senang mendapat line of sight dan senang dipancarkan. Menara pancaran mesti diletak pada tiang tinggi untuk menjangkau ke pusat penerimaan. Di kawasan berselekoh dan pendalaman, data sukar dihantar sebegini. Jadi minta janganlah buat cerita mengatakan lokasinya adalah semata-mata untuk keselamatan. Ia juga mengambil kira keupayaan teknikal dan jumlah trafik yang tinggi. Jumlah trafik tinggi menjaminkan pulangan modal yang cepat, sambil memastikan hasil lumayan.

    Belum lagi saya nampak laporan atau kertas kerja yang membuat survey pada kemalangan di luar bandar dan jalan kecil. Kalau kita perlihatkan webiste MIROS, tiada data atau kajian dibuat. Saya tidak nafikan, kelajuan boleh membunuh. Tetapi sama juga pembinaan jalan yang tidak mengambil ciri keselamatan, jalan licin waktu hujan, jalan berlubang dan beralun juga menyumbang. Sedangkan laporan yang sedia ada, tidak diguna pakai untuk memperbaiki jalan raya. Pokok yang di tanam ditengah jalanraya adalah satu penjana kemalangan yang membawa maut. Namun sampai sekarang Putrajaya masih ada jalan yang ada pokok dan tiang lampu di tengah-tengah tanpa batas penghalang yang memadai.

    Sekiranya panduan yang dibuat oleh MIROS atau agensi lain dijadikan piawaian pembinaan jalan raya, nescaya ia dapat mengurangkan kemalangan maut. Namun begitu, ia memerlukan kesungguhan untuk melaksanakan piawaian tersebut.


    • Jalan sering rosak sebab kenderaan berat LEBIH MUATAN. JPJ pemalas tak buat kerja. duk kutip duit hasil jual no. tender je.patut JPJ kena saman tiap lori dan kenderaan yang lebih muatan tu. mereka penyumbang kepada kerosakan jalanraya.

      Bila Jalan raya rosak, kos senggara kenderaan rakyat meningkat. tayar cepat botak sebab jalan tak elok, alignment lari, mounting engine cepah sebab jalan tak rata, absorber kena tukar, rim sport patah sebab masuk lubang, bodykit tersangkut dalam lubang yang dalam, lori bawa pasir muatan lebih habis rosakkan cat kereta, tiap hari kena basuh sebab jalan raya berdebu sebab lori tak basuh tayar dulu..

      ha pegawai JPJ.. korang tido ke???


  • AES bagus, cuma perlu la ada papan tanda yang menunjukkan ada kamera AES di hadapan.. kalau pemandu tu pecut jugak, memang salah dia la..

    So, saya sokong AES tatapi bersyarat supaya papan tanda AES diwujudkan sebagai peringatan kepada pemandu.


  • Saya cadangkan sistem AES turut menyaman kereta yang membawa terlalu perlahan di lane tengah dan kanan.. ikut pengalaman saya, ada beberapa kali saya terserempak dengan org yg bawa 80km/h di lane tengah di highway 110km/h.. sedikit sebanyak menambahkan kesesakan dan meningkatkan risiko berlaku kemalangan akibat orang yang hendak memotong..

    Kerajaan sepatutnya meletakkan had laju minima bagi setiap lane di highway.. contohnya 60-80 di lane kiri, 90-110 di lane tengah dan 120-130 di lane kanan.. Hal ini boleh menambahbaik kelancaran traffik tidak seperti jalanraya kita sekarang yang agak chaotic.

    Bagi pengguna kereta lama, saya cadangkan anda kaji halaju anda yang sebenar menggunakan GPS, kemungkinan besar kelajuan anda kurang 10-20km/h dari halaju yang sebenar.


    • betul bro.
      AES PLUS dr Selatan ke KL, kt area KLIUC tu mmg org bawa pelahan gile, sbb tau situ ada kamera.
      60km/h dpn kamera?
      menyusahkan org lain yg bawa within speed limit, bro.


  • 1. Ramai yang timbulkan isu ni sebab 2 company yang dapat kontrak built-lease-transfer ni company orang MCA. Jadi nampak macam menangguk di air yang keruh.

    2. Tapi saya sokong pelaksanaannya. Cara nak ‘ajar’ 2 company ni senang aja. Kita patuhi had laju dan jangan langgar lampu merah. InsyaAllah tak kena saman. Bila saman takde, company ni nak dapat percent daripada saman yang dibayar macam mana? Cuba fikirkan.

    3. Satu lagi kebaikannya ialah penguatkuasaan 24 jam, tak macam sekarang. Hari ni ada speed trap, esok takde, hari ni pagi, esok malam. Jadi ada yang terlepas la.

    4. Selain tu, rasuah dan gejala ‘duit kopi’ dah takdela. Sebab semua kesalahan direct ke JPJ dan pos dalam masa 2 minggu kat kita beserta foto.

    5. Kalau ada orang lain guna nombor plate kita pun, sebab ada gambar jadi bukti yang bukan kereta kita yang langgar undang2.

    6. Pihak penguatkuasa boleh juga guna AES dalam banteras jenayah, contohnya curi kereta. Sebab kalau kereta bawa lari manapun, kamera ni dapat ambik boleh jadi sumber yang penting nak selesaikan dan cegah kes-kes jenayah. nak cari penjenayah macam yang bawa lari Porsche panamera tu pun senang.


    • saya cadangkan kadar had laju dikaji semula… 110 tu terlalu perlahan dengan kemajuan dan kecanggihan highway di Malaysia… kemudian AES ni saya setuju diletakkan di kawasan kemalangan.. dan kadarnya janganlah tinggi…


  • AES kat negara maju sangat berkesan sebab no plate kereta HANYA dikeluarkan oleh JPJ negara masing2. So masalah kamera tak dapat detect nombor dgn baik x timbul.
    Berlainan di Malaysia, walaupun ada garis panduan dan peraturan untuk plate no, org masih bebas nk buat plate no yg fancy2 yg dapat mengelirukan kamera AES. kamera boleh trkeliru dgn nombor 0, 9 dgn 6, 8 dgn B, 4 dgn A dan sbgainya.

    Lagi satu harapan saya, had laju di highway tolong lah dinaikkan sedikit selaras dgn penguatkuasaan AES ini. dah tak relevan dah 110km/h ni. cube tanye org kat sini, brp org je yg betul2 follow had laju tu. kete skrg power..even Saga FLX 1.3 pun senang2 je naik 120 kmh pada rpm yg rendah. Bak kate Jeremy Clackson,”Speed never killed anyone”. Asalkan keadaan selamat, tak salah nk memandu laju. Tidak perlu kita hipokrit di sini. Punca kemalangan ialah kecuaian.
    Seterusnya, lokasi kamera pun perlu di kwsn yg betul2 kritikal. Sekian


    • james may bawak bugatti sampai 415 pun tak accident… mmg setyuju ngan ko.. 110 tak releven dah… cam german, xde speed limit… bawak 200 pun masih ok…


  • Saya cadangkan juga AES di letakkan dilaluan motor, terutamanya federal highway…sesetengah penunggang motor sgt laju dan tergopoh2 sehingga membahayakn penunggang lain( speed limit 70km ditekannya smpai 100km)..mencelah x igt smpai menyebabkan kemalangan.


  • speed limit kena naik la. 110 tu 1 hal. tapi ada jalan atas highway (Hutang Kg-Jitra 90 km/h je). agak2 la atas highway 90 km/j. rasa macam tak bawa kereta je. kemut je. tu kereta biasa2. kalau keta yg bagus2.

    lg 1 isu BOT. x patut guna konsep ni. x kisahlah BOLT ke PFI ke BOMT ke apa ke. semua ni buat orang nampak cara buat duit mudah. kalau betul2 serius gov should guna dana sendiri. ni bisnes byk untung ooo.

    1 kamera = 4 saman/ hari@ RM 150/ sama (assume bayar cepat) = RM 600/ hari
    30 hari = RM 18, 000, 12 bulan@ 1 tahun = RM 216, 000. 5 tahun TAK ke RM 1 JUTA@ RM 1, 000, 000. 00

    senang kan buat duit. kalau betul2 x da duit better open tender. Gua pun nak saham AES gak. nak bina 2 AES utk gov. bulan2 leh dpt income free RM 36, 000 utk 2 AES. tu belum masuk musim perayaan konpem2 boleh kutip byk saman. lepas 5 tahun gua serah pada kerajaan. free of charge. beres. x macam company ni maybe kontrak 10 tahun-20 tahun (itupun kalau tak lanjut)


    • mungkin ramai boleh masuk tender, tapi yang berkemampuan dari segi teknikal tak ramai..
      contohnya mudah, nak bina bangunan tertinggi di dunia, ramai kelulusan kejuruteraan, tapi yang betul2 mahir dan berpengalaman bina bangunan tinggi juga yang dipilih, play safe.

      dicadangkan buat audit la atas ‘hasil pendapatan’ company yang handle AES ni.. no pain no gain..


      • kemampuan teknikal. 2 company tu ada experience ke bang? bukan ke masing2 pun tumpang kepakaran sykt supplier dari jerman ngan 1 lagi negara mana dah lupa dah


  • apapun benda ni ada pro dan con

    PRO/ CON

    1- mgkn mendidik patuhi keselamatan jalan raya. tp itu just untuk rakyat biasa ja lah gua rasa. untuk kenderaan rasmi kerajaan ataupun kenderaan org2 yg kaya raya rasanya dia tak kisah pun saman2 ni. termasuklah mereka yg ada agen2 di agensi kerajaan untuk clear nama dari sistem

    2- kalau time hujan ngan lampu lip lap tu tak bahaya ke. silap2 leh jd punca kemalangan baru pulak. itu belum citer bab ada yang sengaja brake emergency. yg jd mangsa org belakang yang tak sempat mem brake. flash tu membahayakan. maybe engineer kena cipta AES yang tak bagi silau mata

    3- bagaimana kes AES yg dipasang di lampu isyarat yang rosak. adakah pengguna jalan tetap kena saman sebab lampu isyarat rosak. ataupun lampu isyarat tak rosak tapi sebab sesak polis ambil alih tugas lalulintas. so lampu2 di lampu isyarat akan diabaikan pengguna jalanraya

    4- bagaimana kes kereta2 sewa/ kereta bg pinjam. saman dikeluarkan atas kereta bukan pemandu

    rasa mekanisme tangkap kemudian tahan lg bgs kot. cuma yg itu con melibatkan kesesakan jalan. maybe akan jd kes saman ekor gak


  • Sebenarnya kalau bawak kereta kat jalan-jalan Malaysia ni, isu laju bukan isu sebenar punca kemalangan..korang tepuk dada tanya selera, berapa kali korang menghadapi isu yang lagi bahaya seperti pemandu tukar lorong tiba2, keluar simpang selamba mak bapak dia je, duduk lorong laju bawak slow gila, orang yang nak laju mula mencelah sana sini sebab pemandu lembab tak reti bahasa, isu nak masuk simpang takde signal toksah nak cakap..potong guna laluan kecemasan, parking tepi jalan kat yellow line sampai habis jam sbb jalan sempit, ni semua punca kemalangan but yet AES xde kemampuan nak tangkap pesalah-pesalah begini..kalau betul2 nak kurang kemalangan, diorang tak sepatutnya tumpu pada kelajuan je..sebab tu kadar kemalangan tak berubah..yang ditumpunya isu kelajuan sedangkan itu bukan punca utama..setakat speed limit 70, kau bawak 80, disaman…apedende laaa


    • Yg ni sy memang stuju sgt2…biasa sy kena yg tukr lorg kut suka ht dia je. Dah bagi signl tp mask x tgk kiri kanan pon..asal bg signal je terus tukar lorg..hampehh toll


  • naikkan la had laju dulu baru pasang benda alah ni.. igt orang naik ex5 ke ape speed limit 90? 90 tuh x rase ape dah bawak keta.. mengantuk ade la


  • Aku xstuju AES ni.
    Coz, kemalangan maut bukan boleh d elakan.
    Jika ajal kita dah sampai kat situ.
    Aku rasa kan lah. Jika d bndingkan mlysia dgn thailand. Jlan raya pun jauh negara thai lebih cantik dr malaysia.. Jln raya kat malaysia? Korang pikir lah sendiri. Tol kita org bayar hari2. Roadtax renew tiap2 taun. Jalan raya? Stil xsempurna..
    Thai mana ada roadtax? Tol? Jln raya diorg terbaik..
    Tambah plak dgn AES.. Xcukup lg ke nk cekik rakyat. Jalan raya kena kasi cantik lu..jlnrya mcm jalan masuk kampung..xstabil..


  • mmg berkesan kamera AES ni…selalu pergi keje lalu dpn kamera ni..bila dh dekat semua pemandu2 hipokrit ni bersusun je dilorong tgh & kiri,seolah2 ingin beratur menaiki bas sekolah..smpai aku yg naik sangkancil ni terpaksala dok line kanan sbb xde ruang utk ke line kiri..kesimpulanya rakyat malaysia mmg sopan bila bersua muka,tp agak kurang bila dijalanraya..(maaf ayat sy)..
    -RunnerTegar-


  • speed limit 30 km/j sgt tidak logik….sepatutnya the whole infrastructure jalan M’sia perlu dikaji kembali…mana yg bahaya dan bengkang bengkok sgt perlu diperelokkan….jadi tiada keperluan untuk memandu sgt perlahan kerana infrastructure tidak mengizinkan…
    btw…sebenarnya standard pembinaan jalan raya di negara M’sia sgt rendah…walaupun kelihatan cantik di permukaan tetapi yg penting adalah structural strength and interval resurfacing…mana yg saya tahu standard M;sia adalah 2.5 Metric Tonne per meter persegi – negara maju adalah apx 5.0 Metric tonne per meter persegi (sila betulkan saya kalo silap)..atas sebab inilah jalan kita cepat rosak…jgn dipersalahkan sgt kenderaan berat kerana dengan kenderaan yg sama dan trailer yang sama- di negara lain mereka boleh mengangkut lebih berat tanpa merosakkan jalan. inilah dilema jugak kepada transport operator negara kita kerana kurangnya hasil dari angkutan.
    Inilah masa untuk Gov untuk:
    1) Admit kesilapan dulu in term of setting the standard
    2) Melakukan corrective action – improve standard dan maintenance schedule.
    3) Tangguhkan dulu AES (untuk kelajuan) sehingga semua persoalan mengenai infrastructure telah diperhalusi…
    4) Memilik negarakan sistem – persepsi keatas penswastaan rule & enforcement nie sgt sensitive dan sememangnya akan menjadi profit driven. kalo penswastaan diteruskan, segalanya akan dirancang oleh pihak terlibat untuk maximize profit seperti syarikat2 lain. tiada syarikat yg nak berniaga untuk tanak untung besar…UMPAMA MENSWASTAKAN PENGLAKSANAAN UNDANG-UNDANG….tak tau la…lepas nie swastakan polis plak la yer..

    BTW, saya sgt menyokong perlaksanaan AES untuk traffic light kerana compliance untuk undang2 red light inilah adalah paling basic. Tindakan tegas jugak perlu dilaksanakan keatas pemandu tanpa lesen tanpa kompromi keranan mereka TIADA pengetahuan asas atas undang jalan raya.

    I foresee this AES issue will be one of the major issue and deciding factor in the next general election. Jadi Gov perlulah bijaksana untuk mengelakkan kehilangan undi


  • AES: Mengupas kebenaran
    ————————————-

    Oleh Muhammad Shaahidullah Shayaa

    Timbul pelbagai isu tentang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di dalam media sejak beberapa hari yang lepas, apabila ahli-ahli politik pembangkang memperbesarkan isu ini dan menjadikannya persis sebuah sarkas.

    Kenapa kita begitu kuat mempertahankan pesalah-pesalah trafik? Bukankah kita menggunakan jalanraya setiap hari dan menyedari betapa tingkahlaku sesetengah pengguna-pengguna jalanraya adalah sangat menjengkelkan dan merbahaya?

    Memandu melebihi had laju, melanggar lampu insyarat, memotong barisan, memotong di jalan garisan dua selari serta mereka yang memasuki jalan-jalan larangan pada waktu-waktu yang sibuk; ini semua adalah senario harian dalam pengalaman pemanduan kita semua.

    Adakah kita ini semata-mata sebuah negara yang dipenuhi pengguna-pengguna jalanraya yang tidak bertimbangrasa sehinggakan kita harus menyuarakan ketidakpuasan hati kita kepada sebuah sistem baru yang boleh memastikan keselamatan jalanraya untuk kita semua?

    Pertama sekali, AES telah pun dilaksanakan di seluruh dunia terutamanya di negara-negara membangun seperti Perancis, Jerman, Australia, Singapura dan Amerika Syarikat. Terdapat lebih daripada 90 negara-negara di seluruh dunia yang melaksanakan sistem elektronik yang serupa, dan hasilnya amat memberangsangkan.

    Kita ambil contoh Perancis di mana jumlah kematian akibat kemalangan jalanraya telah menurun sebanyak 27 peratus dalam tempoh hanya tiga tahun selepas dilaksanakan. Di Kuwait, kadar kemalangan trafik telah berkurangan sebanyak 48 peratus sementara di Jerman pula, 80 peratus daripada pengguna-pengguna jalanraya telah mula mematuhi peraturan-peraturan jalanraya di kawasan-kawasan yang diletakkan di bawah pengawasan AES.

    Sejak fasa pertama pelancarannya di negara kita pada 23 September tahun ini, 14 buah kamera yang telah dipasang di kawasan-kawasan “blackspot” di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dilaporkan dapat merakamkan sejumlah 63,558 kesalahan-kesalahan trafik dalam masa lapan hari yang pertama.

    Perangkaan ini seharusnya mengingatkan kita semua agar mematuhi undang-undang trafik, bukannya untuk kita menimbulkan satu bentuk perbalahan yang menuduh pihak kerajaan sedang cuba untuk merompak kita semua! Dan tahukah anda bahawa jumlah pemandu yang didapati melakukan kesalahan-kesalahan trafik telah berkurangan lebih daripada separuh sejak minggu lepas?

    Pengguna-pengguna jalanraya kini bertambah berwaspada dan lebih mematuhi undang-undang trafik kerana mereka tidak mahu ditangkap melakukan kesalahan oleh kamera berkuasa tinggi yang diletakkan di tepi jalanraya-jalanraya kita. Kenapa ini dianggap sebagai sesuatu yang membebankan rakyat Malaysia?

    Kelebihan-Kelebihan AES
    ————————————–

    Kita perlu diingatkan sekali lagi tentang tujuan dan kelebihan-kelebihan sistem ini.

    AES membawa banyak kelebihan-kelebihan, selain daripada objektif utamanya untuk memastikan keselamatan setiap pengguna-pengguna jalanraya. Eloklah kita diingatkan bahawa AES bukanlah sebuah sistem di mana kamera-kamera tersembunyi digunakan oleh pegawai-pegawai polis trafik yang terpaksa bersembunyi di celah semak samun sepanjang lebuhraya-lebuhraya kita. Papan-papan tanda amaran diletakkan berdekatan lokasi-lokasi AES untuk mengingatkan kita agar mematuhi undang-undang. Gambar-gambar kenderaan serta nombor plet pesalah-pesalah akan diproses di pusat kawalan AES dan akan diserahkan kepada JPJ untuk pengeluaran denda atau saman.

    Apa yang membingungkan lagi adalah sikap sesetengah anggota masyarakat yang menolak AES sedangkan ianya adalah sebuah sistem yang mengurangkan kebergantungan terhadap pihak polis dalam pengeluaran saman, ini bermakna kita dapat mengurangkan atau menghapuskan rasuah dalam kalangan anggota polis trafik. Bukankah ini apa yang kita aspirasikan bersama? Kita kerap menyelar pihak polis dan menuduh mereka mengamalkan rasuah, dan dengan tiba-tiba, kita menolak pula sebuah sistem yang mampu mengurangkan atau menghapuskan amalan rasuah. Kita menentang amalan rasuah namun pada masa yang sama kita tidak berasa bersalah apabila kita melanggar undang-undang jalanraya?

    Satu lagi aspek yang bagus tentang AES adalah ianya membantu mengurangkan jumlah kakitangan yang melaksanakan tugas-tugas ini secara manual sebelum ini, sebagai contoh pegawai-pegawai polis yang bersembunyi di celah semak-samun. Mereka boleh ditugaskan untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang lebih membawa nilai tambahan sebagai contoh membantu mengurangkan kesesakan lalulintas di sekitar bandaraya. Memang kita tidak suka diperhatikan sewaktu kita memandu, kita juga perlu tahu bahawa pegawai-pegawai polis itu pun tidak suka bersembunyi untuk menangkap anda. Mereka juga ada tugas-tugas lain.

    AES mempertingkatkan keberkesanan penguatkuasaan trafik melalui sebuah sistem yang berfungsi 24 jam, di bawah setiap jenis cuaca atau keadaan. Ia juga tidak mendiskriminasi, kerana tidak wujud sebarang interaksi peribadi di antara sistem ini dan pesalah-pesalah, dan ia juga tidak mendiskriminasi antara kenderaan-kenderaan persendirian, komersil mahukan awam.

    AES juga mensasar untuk meningkatkan tahap PERCEPTION OF BEING CAUGHT (POBC) dalam kalangan pengguna-pengguna jalanraya Malaysia demi mengurangkan kadar kemalangan jalanraya. Biasanya, kadar POBC dalam kalangan pengguna jalanraya tempatan adalah 25 peratus pada hari-hari biasa dan 50 peratus pada musim-musim perayaan apabila kempen-kempen keselamatan jalanraya seperti Ops Sikap dijalankan.

    Di negara-negara maju di mana pengguna-pengguna jalanraya lebih berdisiplin dan berpengetahuan, kadar POBC mereka adalah di antara 80-90 peratus. Kita masih lagi jauh di belakang, namun kita sedang berada di landasan yang betul. Kita tunggu dan lihat saja apa akan berlaku apabila lebih banyak kamera lagi dipasang di kesemua 817 kawasan-kawasan “blackspot” di seluruh negara.

    Kenapa perlu kecoh?
    ——————————-

    Sesetengah orang mula memanggil AES sebagai “rompakan lebuhraya” dan ada juga yang mahu nama sistem ini ditukar kepada “Saman 1-Malaysia.” Ketua Menteri Pulau Pinang menyifatkan AES sebagai satu alat untuk memeras rakyat demi keuntungan dan bukannya berfungsi sebagai satu usaha pencegahan kesalahan-kesalahan trafik.

    Setiap perniagaan perlu mendapatkan keuntungan, begitu juga dengan syarikat-syarikat yang telah mendapat kontrak pembekalan dan pengoperasian AES ini. Menurut Kementerian Pengangkutan, pihak kerajaan tidak mengeluarkan walau satu sen pun untuk AES dan syarikat-syarikat tersebut perlu menanggung segala kosnya.

    Sekiranya ini benar, maka pihak syarikat perlu mendapatkan pinjaman dari institusi-institusi kewangan untuk membeli kamera-kamera serta teknologi ini, dan sama seperti perniagaan lain, syarikat-syarikat ini perlu mendapatkan pulangan dari pelaburan mereka.

    Tiada siapa yang membuat kecoh apabila MyeG Berhad mengenakan sedikit bayaran pemprosesan untuk memproses permohonan-permohonan online seperti saman trafik dan pembaharuan lesen cukai jalan, jadi kenapa segelintir masyarakat menyuarakan kemarahan mereka terhadap kerajaan dan dua buah syarikat ini sedangkan mereka sedang menjalankan model perniagaan yang serupa?

    Tidak perlu ada sebarang perbalahan tentang AES sekiranya kita mahu menjadi sebuah masyarakat yang bertamadun, berbudaya dan matang. Kita berharap dengan penuh keyakinan agar dalam jangka panjang, AES akan berkesan dalam mengurangkan kadar kemalangan maut, seperti mana yang terbukti di banyak negara-negara lain di seluruh dunia.

    Kini ada kira-kira 20 juta kenderaan berdaftar di negara kita dan kadar kemalangan jalanraya dan kematian akibatnya semakin berkembang setiap tahun.

    Memang tidak dapat kita nafikan bahawa pengeluaran saman-saman ini tidak mungkin akan dapat membenteras pemandu-pemandu tidak bertanggungjawab dari mendatangkan bahaya kepada orang lain, namun sebarang usaha yang bertujuan untuk memastikan jalanraya kita selamat digunakan haruslah sentiasa kita sokong.

    –Muhammad Shaahidullah Shayaa pernah menjadi setiausaha sulit kepada CEO Pemandu Idris Jala. Beliau kini sedang bercuti sabatikal.

    p/s: dapat dari email..

Leave a Reply