ARKIB

KATEGORI

Buletin

Apa status projek P3-22A (Prevé hatchback) dan P2-30A(Global Small Car)?

Views


* Gambar sekadar hiasan

Sejak kebelakangan ini semakin kurang dan suram sahaja cerita serta info terbaru mengenai Proton. Ditambah pula dengan kemasukan pemilik barunya DRB-HICOM dan yang paling hangat perletakan jawatan, Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin dan beberapa orang eksekutif.

Melalui sumber yang terdekat status projek P3-22A (Prevé hatchback) dan P2-30A(Global Small Car) berstatus “on hold” kerana DRB-HICOM masih lagi melakukan audit dalaman. Sama ada kedua-dua projek ini akan diteruskan atau tidak, semuanya bergantung kepada keputusan DRB-HICOM. Kemungkinan jika diteruskan, ia pasti akan mengalami kelewatan dan pelancarannya juga akan tertangguh, ia pastinya merugikan Proton kerana mereka perlukan model baru untuk terus bersaing.

Dikhabarkan juga kilang di Shah Alam bakal disewakan  dan pemasangan semua model Proton akan dibuat di Tanjung Malim. Yang pastinya suasana di Proton kini telah berubah dan kita yang berada di luar masih menanti apakah perancangan sebenar DRB-HICOM untuk masa depan Proton. Jika ada sesiapa yang mempunyai info terkini silalah berkongsi dengan kami ye. 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

72 Comments


    • lebih kurang gitu la, kira sewa la tu, cuma tak pasti sama ada betul ke vw nak ambil kilang tu… persoalan r&d proton pun ada kat sana, kena pindah sekali atau stay sana jugak tu ntah la, hehehe


      • huhu..dari info yg saya tau skrang staff proton dah xbloh kluar masuk kawasan proton macam dulu even makan pon dalm proton xbleh mkn kt luar dah dan ramai engineer2 proton dah mula cari kerja kat tempat lain..huhu..kalau betul info yg saya dapat ni betul lah saya sampaikan klau salah harap maaf..macam kritikal ja keaadaan nya..utk lebih pasti kena tunggu internal proton la bagi komen..harap proton terus maju lah di masa depan..


      • tu lah bila lama sangat hidup bebas buat apa yg suka.. bila tindakan disiplin yg dah lama aku hadapi kat company lama… mula lah panas senior senior kat kilang tu…. biasalah melayu mmg susah nak terima perubahan.. perubahan yg aku nampak semua elok jer… makan pada waktu rehat sahaja.. tak leh merokok waktu keje.. tak leh kuar sesuka hati… kalu tu kata tak elok tak tahu lah aku.. aku senyum jer coz aku suka keadaan tu


      • Bagusla tu kalau dah control keluar masuk. kalau tak mesti ramai yang keluar masuk sesuka hati mcm macam kilang bapa dia. nak mengular je keje.


      • s1l3n7x,
        boleh makan kat luar..tp xleh kuar awal,xleh blk lewat…

        tapi sebenarnya ada kebaikannya rules baru ni…xde la org ska ati kuar gi hisap rokok,lepak2…ingat keje g0v ke..kena ik0t tagline terbaru…Committed to be better..


    • harap mcm tu la.
      Aper yg saya tengok, semua idea DSSZ seiring dengan aper syarikat besar buat. Saya nak tengok mc mana lak kepala DRB nak buat.


  • Harap projek p3-22a boleh launch cepat takde delay, tu mmg keta target saya dalam tempoh tahun depan. Preve best tapi saya nak cari keta yang jimat minyak macam savvy dalam bandar. Kalau yang model range extender harga kurang sket double harga p3-22a paling cikai pun saya sanggup beli. Lagi murah lagi bagus la.


    • nak jimat minyak jangan cari proton la..keta proton ni bab nak melenjan, ngan handling bab okay..bab jimat minyak selagi pakai campro usang tu aku rasa pakai gearbox apa2 pun tak jimat..


  • Kalau sy, biarlah GSC direalisasikan dulu. Sebabnya, segment compact adalah segment yg mendapat tempat di pasaran domestik dan pasaran terpilih pada peringkat global. Cuma kali nie kena benar2 dgn standard globalnya. Proton pun dah setanding dari segi ilmu n teknologi sekarang nie.

    Pada saya, model pertama hasil air tangan proton (Waja) sepatutnya dihasilkan bagi memenuhi segment replacement saga. Bukan segment ‘BMW Asia’. Ketika itu berapa ramai rakyat yg mampu beli dalam lingkungan harga segment dan bukan la target pasaran Asia pun bagi jenama yg agak baru ketika itu dan model saga ketika itu terus dibiar hanyut dgn tanpa ada replacement n peningkatan kualiti. Ini menyumbang kejatuhan proton ditambah lagi pesaing menawarkan kereta compact murah seperti kancil bagi memenuhi segment mampu milik. Gen2 adalah model yg baik rekabentuknya tapi bukanlah pasaran yg baik utk rakyat malaysia.

    So, kalaulah T Mahalel kembali ke proton balik, benda2 nie menjadi pengajaran. Jgn ulang lagi kesilapan lalu. Produk harus bersesuaian dgn kehendak pengguna. Bukan impian dan hasrat peribadi yg x selari dgn kemampuan dan teknologi.

    cheers!


    • Aku setuju pendapat hang..proton masih belum boleh keluarkan model2 mengikut citarasa sendiri seperti syarikat2 besar lain. Proton kena keluarkan model mengikut permintaan dan kehendak pengguna. rasanya belum tiba masanya proton boleh keluarkan model dan membiarkan pasaran yg menentukannya…kelak rugi, naya…


      • masa zaman tengku mahalel, bagi aku zaman tu proton ada identiti sendiri dari segi design..cuba tengok interior savvy..bagi aku cantik je..tengok gen2, lain dari yang lain..tapi of cos quality time tu teruk la compare ngan sekarang..


  • Mungkin juga preve masih hangat di pasaran dan masih memerlukan “perhatian” lebih dari proton. BTW, kenapa proton preve masih ada masalah2 yang menghantui pembeli sedangkan ia telah diuji samada di peringkat RnD, pembuatan serta di pelbagai lokasi, tapi masih juga ada masalah bila di peringkat mass production.

    kadang2 pembeli awal terpaksa berkorban masa utk ke SC…kalau kena SC yg cekap oklah, ni yg sparepart pun ambil masa berminggu2..Ada SC boleh rectify, ada juga yg tak leh buat apa2..


    • sbg owner preve dah sbulan lebih aku pkai…xda mslh berkenaan kejuruteraan,design n lain2..masalah hanya quality saja..itu yg memburukkan jenama proton n preve..papepon tempahan preve sgt tinggi skrg ni…brita kat atas tu berkenaan projek on hold tu sgt2la mengecewakan..nak tunggu lama mana lagi kan..cepat sket..makin lama makin basi design n teknologi..company2 lain makin bersaing..kurang2 pon preve hatcback boleh dipercepat kan coz byk recycle from preve..GSC pon patut cpt..dah lama since geneva dulu..spyshot pon xde..
      (cuma luahan perasaan..kita pon phm nak produce kete bukan petik jari je..tp klo leh cepatkan membuat keputusan..)
      sejak preve lancar,org makin xsenang duduk n mula bagi perhatian kt keta -proton..improvekan mslh2 yg ada kat preve..


      • kereta global, tp masalah kualiti ade lg… cmne nk yakinkan orang yang tak yakin dgn proton nie.. harap2 maslaah kualiti 2, tak terkene pada kebanyakan kereta yang dihasilkan.. sebahagian kecik, boleh terima lagi..


    • inilah masalah vendor kat M’sia ni…hantar test kat RND part cantik,elok,perfect…bila dah masuk mass pro,cut cost…tp still kena bayar hrga yg sama…


  • tunda lagi, model tersebut akan nampak ketinggalan zaman. adakah ia akan mempunyai pelepasan gas euro 5 atau 6. macam mana pula ncap? masih 2012 atau akan mengikut 2013 atau 2014?

    drb-hicom, tolong pastikan ia keluar pada 2013. kalau tak, ia betul-betul akan nampak model lama, teknologi lama….

    terima kasih…..


      • Aku bimbang sebab Proton hanya ada 1.6 IAFM+ and 1.6 CFE. Untuk global hanya ada dua enjin dengan 1.6 liter, memang tidak jadi. Enjin berkapasiti lebih besar seperti 1.8L – 2.2L mesti ada bertambahkan dengan turbo. V6 – V8 mungkin perlu untuk SUV, MPV masa depan mahunpun untuk model kereta yang lebih kepada prestasi lebih tinggi (untuk masa depan, apabila Proton mempunyai pasaran untuk model-model tersebut).

        Untuk model dalam segmen A, enjin seperti 1.2 dan 1.3/1.4L (mahupun dengan turbo).

        Hybrid dan elektrik pula ada tapi belum ada di pasaran. Bila pula ini? Semoga semuanya berjalan dengan lancar.


      • Sharon,
        bagi saya 1.8 mahupun 2.0 x perlu bagi masa sekarang. X silap kalau Y family engine ada lagi kita akan lihat 1.2 gdi. Tapi nak risau aper, Fiat guna 1.2, 1.4 boleh jer masuk global. Vwletak 1.4 dekat sharan. So banyak syarikat dah downsize engine tapi with big horsepower.


  • GSC proceed macam biasa, pembangunan nya masih diteruskan, dah sampai ke tahap powertrain selection and packaging.perubahan ini bersifat sementara, etika kerja, disiplin, time management. semua rules tu dah lama ada dalam proton. cuma pada kali ini diulangi dan di beri peringatan agar pekerja dapat memantapkan mutu etika kerja..


  • http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20120628200835/Article/index_html

    Multi-Code Electronics Industries (M) Bhd (MCE) has received letters of acceptance from Perusahaan Otomobil Nasional Sdn
    Bhd (Proton) to supply parts for a new car model.

    In a filing with Bursa Malaysia today, MCE said the five-year contract was for the supply of reverse sensor eyes and power window regulators.

    “The supply of these parts is expected to commence in the first quarter of the financial year ending July 31, 2014.

    so, there is activitiies and development of new model….


  • suv proton kt youngman tu mmg burok gila….
    kalau masuk malaysia, harap2 redesign balik n finishing tu bg yg berkualiti…
    org malaysia skrg bnyk duit, tk kisah nk beli kereta mahal walaupun kena cukai sebab rakyat malaysia juga mahukan kepuasan..

    kalau mindset proton ckp org malaysi hanya nk kereta murAh tapi tolak penelitian dan kejituan kejuruteraan yang tinggi, elok proton buat kereta surong jual apom balik


    • Pasal buruk tu tak kisah sangat, spec dia mcam pelik, enjin 1.6 nak guna, sedangkan pasaran SUV, enjin biasanya pling rendah 1.8L… ada ke nak guna campro… kemudian suv tu nak leuarkan 2wd dulu… tak patut langsung.. sebab SUV sekarang semua ada mod nak tukar antara 2wd, 4wd, dan 4×4… tak maju langsung


    • bro akupunya..klo bro xterlalu taksub dgn brand lain bro akan dapati keta proton lebih baik dr keta oversea tuh..cuma mslh skrg ni kualiti masa production..berkenaan suv proton tu..dah kira cantik dah klo compare dgn suv yg lain..itu adalah design yg china akan guna..jd aku pon mmg berharap proton redesign sikit apa yg patut..n kalo kita sedia maklum, design proton adalah lebih clean compare design2 mrapu dr china tu


    • siapa kata kereta tu nak bawak masuk malaysia.. kalu masuk pun kereta tu bkn proton punya.. proton hanya sediakan kepakaran… kelulusan design fully yougman… kalu tak tahu tanyalah… bangap


      • walopon kete bukan proton punya tp dibangunkan oleh proton dgn kos dr youngman..klo proton nak beli balik design tu xdak masalah laa..teknologi pon by proton..jd aku xkata suv tu akan masuk msia atau tak..aku rasa boleh masuk sbb youngman pon dah byk pakai model proton rebatch smpai la diorg jadikan L5 n model2 lain tu..klo proton leh kasi,aku xrasa diorg xkan kasi.,.sumenya pasal duit..u pay, u get..n klo masuk sini pon xkan bodoh2 sebijik gitu..atleast ada ubah jugak..klo xubah pon xpa…proton yg buatkan utk diorg kan…


  • Bila tengok top gear, yg biasa diorang kritik bukanlah dr segi design.. tp dari segi features yg tak banyak, kemudian, plastik murah…


    • slow2 proton naik..suma tu model2 lama…rasanya model2 baru akan ada perubahan…tp diorg still akan kutuk la..model paling bgs pon diorg kutuk..tp sejak mula dgn exora,rasanya proton nya model makin dpt perhatian jgk..even satria neo pon kena kutuk dlm top gear..tp tgk skrg neo berada dlm rally..naik podium lg


  • DRB beli Proton pinjam kat BANK, nak buat model baru nak kena pinjam lagi kat BANK……..bank mana nak bagi pinjam lagi, along pun reject.
    DRB kenalah cari duit, so cara paling ideal
    1. Tutup Shah Alam Plant & buat properties project
    2. Pindah kat Tg Malim Plant, so ramai akan resign & dapat reduce manpower cost
    3. Jual Lotus
    4. Cari new partner, jual majority share (51%……..)
    5. etc


  • harap DRB dapat bertegas dengan vendor2 parts proton yg mengeluarkan part tak berkualiti.. kalau ini diatasi maka secara tak langsung fit and finish dalam kereta proton akan bertambah baik dan setaraf dengan jenama kereta jepun and jerman.. barulah lebih ramai beli.


    • aku setuju…sbg 1st batch owner kitorg pon sedia maklum akan bakal terima kalo ada defect2 n nasib baik bende2 yg kecik sj..sbb kami semua yakin lepas dah bberapa thn diorg test..mslh skrg hnyalah kualiti..yg lain mmg terbaik..keep it up proton..moga apa yg DSZ plan dulu tu ttp berjalan atas pengurusan baru


  • assalamualaikum,

    Kalau ikut cite kawan pakcik yang keje kat salah satu syt TS Syed Bokhari,biasanya sebelum derang nak beli satu2 syt, derang akan reiki dulu. Hantau perisik, jadi tahu siapa yang buat kerja dan siapa yg tidak, sapa yg ngulo main golf ajek, sapa yang kaki bodek. Sapa yg keluau awal masuk lambat. Kekadang SB dia ni dia campakkan jadi cleaner jek. Tup tap, bila dah confirm beli, “aik..bukan dia ni cleaner yg kita employ dulu ker?”…

    Begitulah yang depa buat masa beli POS Malaysia, ikut citer dia boss akan tunggu di pintu pagar, tgk siapa staff dia yg masuk lambat . Siap ambik nama.

    Pendek citer, first step derang adalah reiki (kenalpasti siapa buat keja sapa tak) kemudian barulah “bersih”kan culprit ni (samada sack @ ubah rules).

    Barangkali inilah yg sedang mereka sedang lakukan di proton.

    Ada baiknya buat macam ni. Adillah utk mereka yg bersungguh-sungguh buat kerja. Dan adillah untuk gaji yang dibayar tuh. Cuma barangkali bila dah biasa dlm comfort zone, tetiba nak jadi self-regulating punya staff akan ada masalah skett…tapi bak kata org kampung belah mak tiri pakcik ‘alah bisa tegal biasa’.

    Nevertheless, kami org luar sentiasa mengharapkan yang terbaik dilakukan di proton oleh orang2 proton.

    p/s statement di atas tidaklah ingin mengatakan yg DSZ tak buat kerja. Tapi sekadar secara am. Pokcik yakin DSZ adalah org yg komited dlm kerjanya.Setakat yg pakcik dengarlah. Tp mungkin ada sebab2 lain dia resign. Wallahualam


  • Kalau kilang shah alam ditutup supaya dapat modal untuk enjin dan model baru disamping dapat tambah utilisation di Tg Malim, takda masalah kot. Cuma takut DRB guna hasil tu utk cover hutang bisnes dia yang lain dan masuk poket sendiri ( asset stripping ).


      • Memang tak salah bagi diorang sebagai owner, tapi dari segi kepentingan rakyat serta kepentingan kemajuan sektor r n d di Malaysia ni adalah sebaliknya. Takut untuk produk akan datang dari proton bergantung sepenuhnya dengan rebagde seperti perutdua supaya dapat untung senang.


      • yup, btol tu, mcm mne die nak utilize tuk bisnes is up to them. tp kita di sini doakan la setiap langkah di ambil adalah tepat. t.mahaleel pon, jgn la kita kutuk2, mungkin dia pernah buat silap, InsyaAllah pisang tak kan berbuah 2x. siapa tak pernah buat silap, hidup ni kan bagai kan roda, x semestinya kita di bawah sepanjang masa, mungkin kita akn di atas kelak. usaha tangga kejayaan, klu kite sebagai pemerhati asik nak condemn je, orang tua nyanyuk la, disaster la………..sampai bila pon xkan berjaya. pendapat aku la sebagai orang muda. korang mungkin dah byk pengalaman kan, pendapat lain la…..


      • Dan x salah juga DRB nak bubar terus PROTON sbb die ade hak..aset2 dlm proton bole diguna utk unit bisnes yg lain. Tinggalla proton dlm kenangan yg mana mmg ramai lg la suka. Soul dah x der hanya jasad yg tinggal.
        Bole jadi Preve last the best produk proton pernah buat.


  • Ada sesiapa yang pasti, apa yang terjadi kepada P3-22A? Dihentikan sementara atau diteruskan? Kalau dihentikan sementara, bila pula yang bersambung semula? Harap ia diteruskan secepat mungkin, sebab masa adalah kritikal. Semakin lambat dikeluarkan, bermakna model tersebut mungkin tidak dapat mengikut piawaian antarabangsa yang terbaru.

    Selain daripada itu, syarikat-syarikat yang lebih besar juga mempunyai model-model yang baru, menarik dan bagus di pasaran. SIAPA CEPAT KELUARKAN MODEL BARU DAN MENARIK LAGI BAGUS, AKAN MENDAPAT PASARAN DULU.


  • Saya sayang Proton.

    Walaupun dah bertahun-tahun memandu kereta Toyota dek kerana kualiti keretanya (kami ada wish 2.0, altis 1.8 & vios 1.5), akhirnya saya tetap beli sebuah Proton Saga FLX sebelum raya tahun 2011. Saya cuba menjadi optimistik dengan Proton. Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan handling Saga FLX mengikut harganya. Ruang boot yang luas, ABS & airbag memberi kelebihan berbanding model lain yang ada dipasaran.

    Tapi tidak lama. Pengalaman ulang-alik ke COE Proton KESAS dengan layanan yang diberikan amat mengecewakan. Bermula daripada susahnya staff Proton COE menjawab panggilan untuk membuat appointment, staff kaunter yang rata-rata kurang mesra, parts rosak yang tidak bertukar (manufacturing defects pada brek, cvt oil pump, lampu signal yang rosak….etc). Hatta servis biasa pun ambil masa satu hari.. Aduhai… Tapi saya masih cuba setia dengan Proton & ambilnya sebagai satu cabaran untuk setia positif.

    Tetapi, satu kejadian kecil mengubah persepsi saya pada Proton. Satu kemalangan kecil menyebabkan satu parts kecil pada kereta pecah. Saya membuat keputusan untuk menukar parts hanya di bengkel dealer rasmi Proton berdekatan dengan rumah. Alang-alang menukar parts, diservis sekali kereta kerana sudah sampai masa untuk servis.

    Terkejut betapa cepat kerja servis & tukar parts siap. Walaupun banyak kereta yang menunggu untuk di servis. Layanan staff nya juga jauh lebih baik & mesra. Baik dari staff kaunter hingga ke foremen nya. Mungkin dealer ini pendapatannya berdasarkan customer yang datang. Tapi lain pula pada COE. Tiap-tiap bulan dapat gaji tetap agaknya…lain jadi layanannya…Saya kurang pasti sebabnya..

    Melihat kepada baiknya servis dealer Proton ini membuat kan hati terus bersemangat untuk terus bersama Proton. InsyaAllah.

    Tapi satu kemalangan di highway beberapa bulan yang lepas membuatkan hati ini terus berkira-kira untuk bertukar pada jenama lain..

    Saga FLX rosak teruk yang membuatkan terpaksa claim total lost. Alhamdulillah, selamat tidak cedera. ABS Saga FLX menjalankan tugas dengan baik.

    Kemudian Preve muncul. Sudah berkira-kira untuk bertukar ke Preve. Tapi bila memikirkan layanan yang diterima di COE Kesas membuatkan hati rasa tidak senang.

    Centre of Excellence. Tapi layanan tidak se gah namanya.

    Proton ada potensi yang sangat baik.

    Tapi, baiki customer service.

    Tolonglah jawab panggilan telefon. Bukan sekali dua saya perhatikan ada walk-in customer yang akhirnya marah & kecewa apabila datang ke COE kerana sukar untuk buat appointment melalui telefon & akhirnya diberitahu untuk tinggalkan kereta hari ini & datang ambil besok!

    Signage kaunter pendaftaran servis tidak jelas kaunter mana untuk daftar servis.

    Sedikit senyuman diberikan oleh kaunter staff memberikan banyak perbezaan positif.

    Masa yang diperlukan untuk servis terlalu lama… Apa yang berlaku sebenarnya? Staff keluar minum atau Saga FLX agak kompleks untuk dibuat servis berkala? Dan bukan saya seorang saja disitu menghadapi perkara yang sama.

    Banyak lagi pengalaman negatif yang saya lalui tapi saya masih cuba untuk positif dengan Proton. Baiki customer service & kualiti dalaman parts Proton dan saya pasti ramai yang akan kembali pada Proton. Saya masih optimis. Preve satu produk yang sudah cukup baik. Ia membuktikan Proton boleh melakukannya. Tapi, semua bahagian Proton berperanan penting. Baik dari staff kaunter, foremen sehinggalah ke CEO.

    DRB, we count on you. Please do the right thing for us Malaysian. Proton has been going into the right direction with DSZ on board. We’re more or less sure DRB can do the same or perhaps better. The model after Preve, the electric car, optimisation of man power, improved customer service and of course, parts quality. It might takes some time, but at least do something about it.

    For the sake of amanah given. Godwilling. InsyaAllah.

    Saya masih, sayang Proton.


    • nak menghasilkan surat sepanjang ni makan masa yang lama, emosi dan keikhlasan..

      so, Proton dan DRB.. take action kat mana yang perlu..


    • 100% pendapat saudara sama dgn saya. After sales terutama coe memang teruk.. Telefon susah nak angkat. Dah angkat tanya pasal part dia hantar ke no lain plak. Tunggu lagi tak angkat2.. Pergi terus karang part takde plak. Langsung tak guide customer mcmana. Hanya sekadar amik booking semata.

      Servis biasa pon sampai sengah hari. Tak kisah tggu turn tp keta dah siap dah pon kena tggu dkt 2 jam nak kuar resit.


  • Org kita suka cakap luar topik kan?

    Rasanya Preve tu baru jer keluar, org dah tunggu hatchback. Tapi pendapat saya, hatch model akan jadi low volume dlm 300 biji sebulan aje. Sama dgn Neo masa keluar. Tak berbaloi rasanya kalau nak keluar sekarang. Biarler Neo S2000 keluar lama skit. Pastu hatch based pada Exora/Preve tak begitu menyakinkan. Kalau berat dia lebih dari 1200kg, dah tak kena dgn hatch. Tu pendapat saya.

    Tapi rakyat Malaysia secara umumnya mungkin tak ambik kesah pasal power to weight ratio ataupun weight distribution. Diaorg nak 4 pintu. Kononnya lebih praktikal. Kalau 4 pintu mungkin sales menjangkau lebih dari 300 sebulan. Tarikan sebenar adalah kebarangkalian keluar hatch CFE.

    Kalau keluar, paling sah benda pertama yg diganti strut bar tuh….


  • Maklumat saya dapt, drb akan jual proton dan kilangnya di tg malim ke vw Shah alam akan didevelop for commercial dan residential. Likely all this project cancel throw in dustbin.


  • Dengar berita hari ini, Proton tidak akan melancarkan apa-apa model sehinggalah mungkin akhir tahun 2013, Proton baru akan mengeluarkan model Proton Perdana baru.

    Adakah ini benar? Apa terjadi P3-22A (Preve Hatchback) dan Proton Emas P2-30A (GSC)?

    Ada sesiapa yang boleh beri berita yang lebih kukuh? Terima kasih.


  • Saya benar-benar harap preve hatchback dikeluarkan, sebab ramai jugak yang minat design hatchback. Ia lebih sporty dan menarik. Keluasan dalaman dan boot pun tidak begitu kecik yang disangkakan.( Gen2 saya muat jugak 4 beg besar). Nak kata orang Malaysia sekarang tak suka Hatchback atau kereta 5 pintu, Myvi ramai pulak orang pakai. Kereta sedan nampak macam ‘uncle car’.
    Sekarang kita takde banyak pilihan, proton neo kecik sangat pintu tiga je. nak beli Ford Focus yang baru tu , atau Peugeot 308 harga 120k manalah mampu. Berdoalah supaya nanti proton dapat mengeluarkan kereta yang lebih cantik dari Preve.


  • proton in a good hand. DRB Hicom is a well run company with it own way of business ethics.

    Future , is better for Proton under the leadership of DRB Hicom.

    yg sure nak terkencing, vendor vendor keparat…..pasal DRB Hicom terkenal sangat tegas tehadap end supplier…

    drmuz


    • Payah oo nk wat part tuj drb..especially tuk PHN..smpai level operator leh komen toolibg kt die maker..drb mmg betul2 jaga quality..


  • Status P3-22A part development sedang dibuat..maybe skarang dalam stage P1..untuk GSC P2-30A..vendor bg BIW mula giat edarkn RFQ pada vendor tier 2 & 3..insyaallah around bulan november 2012..tooling development tuk GSC akan bermula..jd..siap sedia pada vendor2 & die maker tuk kerja kuat…kemungkinatempoh developmnt tuk Gsc akan mengambil masa singkat sperti tmpoh development P3-21A..


      • P1 tu stage tuk sheet metal part development..tuk gsc mmg dh freeze design..sbbnya vendor dh dpt part2 data utk part development..part and tooling development start from T0 until several stage smpai buy off stage..setiap stage RnD proton akn mnta part tuk try assy smpaila accuracy sesuatu part tu dpt..bila dh achieve accuracy..baru boleh start tuk mass pro sesebuah model..

Leave a Reply