ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bezza dan Axia dijangka bantu Perodua capai sasaran jualan 216,000 unit kenderaan pada 2016

Views

Perodua kekal dengan sasaran jualan 216,000 unit kenderaan keluarannya bagi tahun 2016. Untuk enam bulan pertama tahun ini sahaja jualannya mencecah 118,600 unit, melebihi sekali ganda dari jualan  separuh pertama tahun lalu, 97,400. Ia menunjukkan momentum peningkatan walaupun Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengurangkan unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) dari 650,000 unit kepada 580,000 akibat krisis ekonomi global dan sentimen pengguna

Perodua Bezza kini mencatat jumlah tempahan sebanyak 10,115 unit setakat pagi semalam dengan purata 1,000 unit sehari sejak tempahan dibuka secara rasmi pada 16 Julai yang lalu. Sebanyak 500 unit Bezza telah diserahkan kepada pelanggan setelah pengenalan rasminya pada 21 Julai.

“Pengeluaran massa Perodua Bezza telah bermula sejak Jun dan kami mempunyai 7,000 unit stok tersedia pada 21 Julai. Menjelang 31 Julai, kami jangka dapat menyiapkan 9,000 unit yang sedia untuk diserahkan ke seluruh negara,” kata Presiden & CEO Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

AMIN0943

Untuk model yang lain pula, Perodua telah menjual sebanyak 28,100 unit Myvi, 51,100 Axia dan 18,150 Alza. Untuk bahagian selepas jualan pula, Perodua mencatatkan sejuta kenderaan yang telah menggunakan perkhidmatan 186 pusat servis seluruh negara, peningkatan 5 peratus dari 965,000 unit kenderaan pada tempoh yang sama tahun lalu.

Hasil perolehan meningkat kepada RM 330 juta untuk enam bulan pertama 2016, naik 13 peratus dari RM 293 juta untuk tempoh yang sama. Jualan alat ganti (termasuk aksesori) untuk enam bulan pertama 2016 juga menunjukkan kenaikan 5 peratus kepada RM 126 juta dari RM 120 juta. Walaubagaimanapun, pengeluaran mencatat penurunan 14 peratus kepada 100,300 unit dari 116,400 unit berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Kami berharap orang ramai mengunjungi mana mana dari 181 bilik pameran seluruh negara untuk memandu uji dan mengalami sendiri model Perodua Bezza selain model model yang lain. “Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan andaa dan akan terus mempertingkatkan keupaayaan kami untuk memastikan anda mengalami pengalaman permotoran yang menarik bersama kami, kerana di Perodua “Anda Adalah Keutamaan Kami”, tambah Aminar lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

PERODUA 1H 2016 MEDIA REVIEW 4 PERODUA 1H 2016 MEDIA REVIEW 2 PERODUA 1H 2016 MEDIA REVIEW 1

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

13 Comments


  • saya pun berharap perodua capai sasaran jualan. Kemungkinan perodua boleh bangunkan sedan sagmen-b dari plaform myvi atau sedan c-segmen dari platform alza. memandangkan Bezza mendapat sambutang yang menggalakkan. selain itu juga perodua boleh menghidupkan semula kembara ‘awd’ berasaskan platform alza ataupun myvi.

    teruskan usaha


  • Kali ni tiada pula komentar berbunyi seperti ini:

    “Apalah marketing Perodua ni, mengelirukan. Kenapa tak je tulis Axia Sedan, tapi nak juga letak nama Bezza. Confuse hakak/abang!!!” ***

    The point is, naming convention tu barangkali tak jejaskan prospek pasaran pun. Dan adakalanya, in reverse, it works in favour of the manufacturer. Lebih senang nak segmenkan pasaran, buat kelab kereta pun tak confuse, dsb.

    Nota:
    ***adaptasi daripada komentar ‘iriz sedan’*


    • Bro..bezza tu dah tentu bentuknya lain..dari fender, sideview pintu, rekaan depan yg totally different, enjin, dashboard…Hanya guna platform axia saja. kalau letak side by side, org dah tentu cakap tu 2 model yang takde kena mengena.

      Manakala persona baru dan suprima S memang terang2 dari model iriz dan preve.


      • Mmm… persona menggunakan platform iriz sama gak implimentasi bezza guna platform axia. Cuma berapa % part jer yg di bawa ke persona nie kita x tau. Even wajahnya pun baharu cuma family design terkini prootn jer yg lebih kurang sama. No hal. Suprima S sekadar transform drp sedan preve ke model hatchback. Itu utk jimatkan kos RnD, selain itu crash test ancap 5 star preve yg sama diterima pakai utk suprima S mengikut kaedah ini. Jimat lagi Rm kos crash test tu yg menjangkau RM 8 digit itu. Pernah tengok Mazda6, mazda3 dan mazda2 terbaharu? Apa beza ketiga2 model nie in term of design?… Sama cuma saiz segment jer berbeza… xde sapa bising2 kn?:P

        Cheers!


        • La..memanglah orang tak bising..dah tentu nama sama..mazda 6 sedan dengan mazda 6 wagon, nama tetap mazda 6..ford focus hatchback dgn sedan, tetap nama ford focus..

          last2 kau yg keliru…

          orang pertikaikan kenapa proton bagi nama suprima s hatta kau sendiri bgtau suprima s memang dari preve..:P.

          btw, persona tu 80% guna iriz part…powertrain, dashboard, A pillar design,cermin sisi,…. 20% yg berbeza untuk design belakang dan depan, C pillar dan pintu belakang..tapi memandangkan proton nak ganti persona sedia ada, tak mengapa lah…at least legasi persona diteruskan.


          • Mmm… xdenya sy keliru. Semua nie atas strategi pasaran masing2 la. Mazda dgn caranya, Ford dgn caranya. Even VW pun ada caranya. Even model polo hatchback pun ada polo sedan kn? Tapi kini depa tukar strategi polo sedan bertukar nama baru VW vento. Apsal bila prootn yg buat cengitu dipertikai plak? ok la tu… even rupa model2 VW lagi la sumer sepesen so call design language la kn?:P

            Cheers!


        • Bro, orang bukan pertikaikan rekabentuk seperti mazda atau mercedes, bmw, audi, hatta porsche yg hampir sama..tu design language…

          yang orang pertikaikan untuk proton adalah dari segi nama je. suprima s untuk preve hatchback…persona untuk Iriz sedan, walhal tengok sekali imbas dah tahu ia dari Iriz. tu je yg orang pertikaikan.

          Tapi mungkin lepas ni proton dah tak buat macam tu lagi. saga, persona dan perdana akan menjadi nama legasi proton..sayang sekali wira/waja/putra/satria/arena tidak lagi menjadi nama kereta proton generasi baru.


          • Mmm… sy kongsi info jer. model persona dll. tu guna platform iriz jer. Even pihak prootn pun xde cakap persona tu iriz sedan. suprima s tu preve hatchback. Kita2 jer memandai2 gelarkannya:) Walau rupa suprima s n preve lebih kurang sama. kn sy dah explain antara sebab-musababnya?

            Proton tentu saja akan susun semula model2 barunya di pasaran. Ada yg terus relevan n patut dikekalkan dan ada yg terus digugurkan. Mana2 company pun buat begitu; toyota celica, mitsu orion dll. pun dah jadi sejarah seperti mana wira, waja, putra, satria dll. Cuma mana tau ada strategi n planning baik nanti model2 berhibernasi ini akan membuat comeback dan diberi nafas baru… mana tau kn?:)

            Cheers!


  • Tahniah kepada management Perodua! Ini satu berita yang mengerunkan kepada mangement Proton, kalau pihak atasan Proton tu sedar lah. Proton tak boleh nak ego dah, belajar lah business model Perodua. Kalau boleh di masa hadapan, gabung lah Proton & Perodua, macam Kia-Hyundai. Mungkin Proton boleh belajar dari Kia-Hyundai dan jadikan sebagai rakan strategik global, sebab dulu pun Kia-Hyundai nyawa-nyawa ikan jugak macam Proton, tapi sekarang pembuat kereta dari Korea ni dah jadi brand global, siap boleh sponsor lagi kejohanan sukan antarabngsa seperti Euro 2016


    • Tahniah Perodua! Untuk pengetahuan Tuan Wira, Kia merupakan salah satu anak syarikat Hyundai Dan bukannya KIA-Hyundai bergabung

      Hyundai memiliki pegangan saham di dalam KIA melebihi 33% Dan sebagai stake holder terbesar di dalam KIA. Kuasa pentadbiran KIA ditentukan oleh Hyundai

      Penggabungan antara Proton Dan Lotus telah dicadangkan beberapa tahun lalu oleh PM, tetapi Khazanah nasianal ketika Itu enggan berbuat demikian sebaliknya membuat tawaran menjual semua pegangan sahamnya kepada beberapa konglemerat tempatan Dan DRB adalah yang terpilih

      KIA di bawah Hyundai sememangnya lebih berjaya berbanding sebelumnya. Lebih kurang 10 tahun lalu Hyundai melantik bekas Ketua rekabentuk Mercedes menjadi Ketua reka bentuk Hyundai. Manakala KIA melantik bekas Ketua rekabentuk BWM menjadi Ketua rekabentuk KIA

      Syarikat automaker yang berjaya sebahagiannya adalah anak syarikat automaker yang lain. Sebagaimana Audi, Lamborghini, Bugatti, Bentley, Porsche, Seat, Skoda, adalah anak syarikat VW

      Begitu juga Chevrolet, Buick, Cadillac, Holden, Opel, Vauxhall adalah anak syarikat GM.


      • Pada 2006 Kia melantik Peter Schereyer dari Audi bukannya BMW sebagai ‘chief design officer’

        Pada 2006 Hyundai melantik Thomas Burkle dari BMW bukannya Mercedes sebagai ‘head of company’s design center’

        Saudara boleh check laman rasmi KIA dan Hyundai dulu sebelum pos komen sebagai semakan.

        hmmmm….


  • Tiba-tiba rasa tak sabar bilakah perodua akan bangkitkan semula kembara awd yang telah berkubur sekian lama. Berdasarkan sambutan yang menggalakkan mungkinkan model kembara akan bangkit dari kubur atau kekal berkubur?

    Crossover/SUV kecil sememangnya mendapat tempat dihati pengguna sejak beberapa tahun lalu. Kembaraawd pasti mendapat sambutan hangat jika dibangkitkan semula, sangat yakin!!!!!

Leave a Reply