SHAH ALAM, 14 Februari 2012 – Seramai 30 orang pelajar hari ini dianugerahkan biasiswa daripada syarikat pengeluar kereta nasional PROTON, bagi melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan, perakaunan, ekonomi dan komunikasi ke 14 institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang terpilih di seluruh negara.
Penyampaian biasiswa tersebut telah disempurnakan oleh Penasihat PROTON, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu majlis yang diadakan hari ini. Turut hadir di majlis penyampaian biasiswa tersebut ialah YBhg Dato’ Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh, Pengerusi PROTON, YBhg Dato’ Jaafar Indot selaku Pengerusi YAYASAN PROTON, dan Encik Suhaimi Sulong, Pengarah Kumpulan Sumber Manusia PROTON.
Sebanyak RM 2 juta telah diperuntukkan oleh YAYASAN PROTON, bagi membiayai kos pengajian kesemua 30 pelajar yang terpilih ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Jumlah peruntukan ini juga merangkumi yuran pengajian keseluruhan, elaun sara hidup, elaun buku dan tempat tinggal.
Biasiswa YAYASAN PROTON memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, anak-anak kakitangan PROTON dan pelajar yang mendapat keputusan akademik yang cemerlang. Bagi Tahun Kewangan 2011/2012, YAYASAN PROTON telah menerima sebanyak 404 permohonan, di mana seramai 236 pelajar telah disenarai pendek untuk ditemuduga bagi peringkat pertama dan seramai 99 pelajar dipanggil menghadiri temuduga bagi peringkat kedua.
Penerima-penerima biasiswa YAYASAN PROTON bagi penggal 2011/2012, kini menuntut di 14 IPTA dan IPTS iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP), University Malaysia (UM), Universiti Multimedia (MMU), Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Universiti Selangor (UNISEL), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknikal Malaysia (UTEM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).
“Penganugerahan biasiswa-biasiswa ini, bertujuan untuk memastikan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah tetapi mempunyai pencapaian akademik cemerlang, memperolehi peluang yang sewajarnya untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat ijazah,” kata Encik Suhaimi Sulong, Pengarah Kumpulan Sumber Manusia PROTON.
“Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberi keutamaan terhadap kebajikan serta menaik taraf dan membantu golongan berpendapatan rendah di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP). Ia juga menggariskan komitmen PROTON, terhadap usaha negara untuk membina modal insan yang lebih mantap dan berkaliber melalui program pendidikan.” Ujar beliau lagi.
YAYASAN PROTON telah dipertanggungjawabkan oleh PROTON, untuk mentadbir dana bagi tujuan pendidikan, sains dan amal, selain mendorong untuk memajukan pendidikan bagi semua aliran yang diluluskan di bawah undang-undang pendidikan.
YAYASAN PROTON juga turut menghulur bantuan kewangan ke sekolah-sekolah terpilih melalui program Sekolah Angkat YAYASAN PROTON. Program ini ditubuhkan bagi membantu dan memberikan peluang kepada anak-anak daripada golongan miskin, yatim piatu dan mereka yang memerlukan, untuk sama-sama memperolehi pendidikan yang berkualiti dan seterusnya dapat mengubah nasib keluarga melalui kejayaan cemerlang dalam pendidikan.
Sejak penubuhannya pada tahun 1994, sejumlah RM 12 juta telahpun diperuntukkan di mana seramai 140 pelajar telah menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah. YAYASAN PROTON juga telah menyampaikan hadiah saguhati berbentuk wang tunai dan sijil kepada 292 pelajar lulusan PMR dan 86 pelajar lulusan UPSR di bawah program Pencapaian Akademik Cemerlang semenjak tahun 2006.
Sementara itu, seramai 45 pelajar di peringkat diploma dan 36 pelajar di peringkat ijazah, telah menerima wang tunai saguhati berjumlah RM1,000 dan RM2,000 di bawah Skim Bantuan Pembelajaran YAYASAN PROTON sejak tahun 2006.
Saya dah tahun akhir…kalau x boleh jugak kan nak apply…kire nya mereka yang dapat biasiswa proton akan terikat untuk bekerja dengan proton ke nanti?
owh.. Dato’ Nadzmi Salleh ada lg..tp xde DSSZ..
bro campro,
ada info baru p3-21a
http://proton-sales.blogspot.com/2012/02/lagi-butiran-terkini-p3-21a-beserta.html
Syabas proton, dana biasiswa patut dikaji semula kerana 2juta sikit, bagi 20 juta lebih ramai lagi dapat manfaat.
Bukan apa teringat penang chief minister ulas kerugian ratusan juta proton agusta , ini nak tolong anak bangsa berkira kira.
Dalam ricuh2 global car , kenapa tiada universiti luar negara??
sbnarnya,ini la batch pling ramai y proton prnah ambk
biasa dlm 10-18org shj stp thun
tp y pling mnyedihkn, da y keja kejap je dgn proton
walhal diaorg da bond.da y snggup xhbis bond lg,quit proton
snggup byar mahal2
pd hal,dulu proton y tnggung diaorg blaja
mmg la dia leh byar blik hrga bonding 2 tp org x pkir ke kalo proton x tnggung dia dulu,adakah dia dpt keja dgn proton scra mudah ke x.
lg 1,baik bg kt org len y lebiy memerlukn
ini la bnda y brlaku pd x-scholar proton y quit afta hbis bonding/blum hbis bonding da quit….
tp respect kt certain x-scholars y kekal da dkt lebiy 10thn keja dgn proton sbb dulu proton da tnggung time blaja plus peluang keja,then hnya blas dgn memajukn proton.
walau da y quit 2 ckp,dia quit sbb gaji sket,hal nh mmg xleh nk elak la
hello, sir, may i have your email ? i have some question to ask.
hello alice, this is my email [email protected]