ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Group Malaysia membawakan BMW Shorties yang ketujuh!

Views

Pizza by Dick Chua | Official Trailer | A BMW Shorties Production

BMW 02

Peminat pertandingan filem pendek paling berprestij dan paling lama di Malaysia sangat teruja apabila mengetahui tentang kemunculan semula BMW Shorties, sebuah pertandingan filem pendek oleh BMW Group Malaysia yang kini memasuki tahun ketujuhnya. Pengumuman tersebut dibuat sempena tayangan perdana “Pizza”, filem pendek terbaru daripada minda kreatif pemenang BMW Shorties 2012 dan penghasil thriller terkemuka, Dick Chua.

Di tayangan perdana tersebut, Dick Chua pembuat filem berbakat berumur 30 tahun yang berasal dari Kelantan berkata, “Memenangi BMW Shorties tahun lepas merupakan impian saya. Semenjak itu, pasukan saya telah bekerja keras untuk menghasilkan thriller terbaru kami, ‘Pizza’ yang kami harap dapat dinikmati oleh penonton sama seperti filem kami yang sebelumnya iaitu ‘Murdered’. Sebuah thriller yang mendebarkan, keunikan gaya pembuatan filem Dick Chua, ‘Pizza’ merupakan adaptasi kisah sebenar tentang sebuah kes culik yang berlaku beberapa tahun yang lalu.

“Apabila menerima geran produksi bernilai RM 75,000 daripada BMW Group Malaysia, pasukan saya merasa begitu teruja menghasilkan sebuah filem yang bukan sahaja hebat ditonton malah menuruti gaya asal kami yang tertumpu pada thriller yang seram dan menarik dan kami telah berjaya menghasilkannya dengan filem ‘Pizza’. Selain daripada itu, ‘Pizza’ bukan sekadar sebuah kisah yang ingin kami ceritakan. Sebaliknya, ia mempunyai tujuan yang lebih besar dalam genre filem pendek.

“Dalam filem ‘Murdered’, Dick telah menggunakan kejadian sebenar dengan plot yang unik, yang menarik perhatian penonton dan membuat mereka terus ingin menonton lagi. Kepakarannya semestinya merupakan genre thriller, dan kami di BMW Group Malaysia begitu gembira dengan pencapaiannya, dan kami amat teruja untuk melihat hasil beliau yang lain pada masa yang akan datang,” kata Dr. Gerhard Pils, Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia.

Pertandingan filem pendek BMW Shorties yang kembali buat tahun ketujuhnya, sekali lagi menawarkan peluang kepada bakat baru dunia perfileman untuk memenangi geran produksi bernilai RM 75,000 serta pengiktirafan bagi bakat perfileman dalam beberapa anugerah termasuklah Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Suntingan Terbaik dan Kejuruteraan Bunyi Terbaik serta Anugerah Pilihan Ramai yang begitu popular.

Dengan tema ‘Inspirasi’, BMW Shorties tahun ini mencabar rakyat Malaysia untuk mencapai kreativiti dalam penceritaan serta menghasilkan filem pendek yang dapat menjadi inspirasi bagi golongan yang menonton. “Kami di BMW Group melihat inspirasi sebagai prinsip utama dalam inovasi dan rekaan. Inspirasi membolehkan kita untuk menghidupkan imaginasi kita dan ia menerajui kejayaan kami dalam menjadi penghasil kereta terkemuka di dunia.

Inspirasi membolehkan kami membawakan aspirasi masa hadapan kepada orangramai, sebagaimana yang telah kami lakukan dengan kereta BMW i baru kami,yang kini merupakan peneraju revolusi urban,” kata Dr. Pils. Para hakim untuk tahun ini terdiri daripada beberapa orang pakar dalam industri pembuatan filem Malaysia, iaitu Lina Tan, hakim bagi BMW Shorties sebanyak tiga kali serta pembuat iklan terkemuka; Nandita Solomon, penerbit filem cetera, Sharifah Amani, pelakon dan pembuat filem popular, Wong Hui Lynn, penyunting filem yang telah memenangi anugerah, serta pengarah dan produser filem yang telah memenangi anugerah, Sharad Sharan.

BMW Shorties 2013 kini dibuka bagi penyertaan dan bakat baru dalam pembuatan filem mempunyai tempoh masa sehingga 31 Oktober 2013 untuk menghantar penyertaan filem pendek mereka. Bagi maklumat lanjut tentang BMW Shorties dan cara penyertaan, sila layari laman Facebook rasmi BMW Shorties di www.facebook.com/bmwshorties atau laman web rasmi BMW Shorties di www.bmwshorties.com.my

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply