ARKIB

KATEGORI

Buletin

BYD Cars Malaysia buka pendaftaran minat Atto 2, bakal dilancar tak lama lagi

Berita Tempatan

Views

Laman sesawang rasmi BYD Cars Malaysia mula menyiarkan satu iklan acah (teaser) model serba baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Serentak dengan itu juga, pendaftaran minat bagi model tersebut juga telah pun dibuka.

Iklan acah tersebut hanya memaparkan bayang-bayang bahagian cermin sisi dan fender depan model baharu itu, selain maskot ‘capybara’ dan juga gelanggang ‘pickleball’.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!

Dengan kapsyen “Something New Is Cooking“, bersama slogan “When Chill Meets Thrill“, tidak dapat dipastikan model apa yang akan dilancarkan nanti.

Namun, misteri tersebut akhirnya terungkai semasa penulis ingin menyimpan foto itu dan nama fail tersebut ada tertera perkataan “BYD_25_ATTO-2“.

JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua

Ini bermakna, model tersebut adalah BYD Atto 2 atau di negara asalnya China dikenali dengan nama Yuan Up. Model SUV elektrik kompak ini akan berada di antara dua lagi model BYD di pasaran, iaitu Dolphin dan Atto 3.

Sedikit info ringkas BYD Atto 2:

  • Ukuran dimensi – 4,310 mm panjang, 1,830 mm lebar, 1,675 mm tinggi dan 2,620 mm jarak tapak roda
  • Ditawarkan dengan dua pilihan motor elektrik – 94 kuasa kuda, 180 Nm daya kilas (0-100 km/j dalam masa 7.9 saat) dan 174 kuasa kuda, 290 Nm daya kilas.
  • Dikuasakan oleh dua pilihan kapasiti ‘bateri bilah’ litium besi fosfat (LFP)32 kWj (jarak pandu 301 km) dan 45.12 kWj (jarak pandu 401 km) kitaran CLTC.
  • Pengecasan – AC 11 kW (masa pengecasan penuh 5.5 jam) dan DC 45 kW atau 65 kW (takat bateri 10 hingga 80 peratus dalam masa 37 minit).
  • Jangkaan harga sekitar RM100,000

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply