ARKIB

KATEGORI

Buletin

C-CONCEPT : Sedan sporty citarasa Malaysia!

Views
C-concept Teaser 1

Inilah dia  C-CONCEPT : kereta sedan segmen-C rekaan sporty dengan citarasa Malaysia dan Asia yang dibangunkan dengan kolaborasi antara Pasukan Rekabentuk Industri MIMOS Berhad, Jabatan Rekabentuk Industri UPM, Jabatan Rekabentuk Industri UiTM dan Jabatan Rekabentuk Universiti Suan Sunandha Rajabhat, Thailand.

C-concept_Sketches_Rear - funtasticko

Objektif projek ini ialah untuk:

1. Berkongsi ilmu pengetahuan & kemahiran kepada generasi muda mengenai proses pembangunan Rekabentuk Automotif yang selama ini menjadi rahsia sulit pihak industri atas sebab-sebab tertentu.

2. Mewujudkan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan & sumbangan besar Pereka Industri dalam bidang Industri Automotif.

3. Mengumpul data penyelidikan mengenai citarasa rekabentuk automotif daripada pengguna di Malaysia & Asia.

4. Berdasarkan daripada pengumpulan data tersebut, maka terhasillah reka bentuk kereta baharu dengan citarasa rekabentuk Malaysia secara khusus dan Asia secara umum.

5. Orang awam dan pelanggan berpotensi boleh mengambil bahagian dalam proses merekabentuk melalui komen dan maklumbalas di media sosial, blog dan laman sesawang.

6. Pembangunan kereta biasanya mengambil masa 3 tahun daripada lakaran konsep awal sehingga ia dilancarkan. Oleh sebab itu pelanggan terpaksa menunggu rekaan itu siap sepenuhnya selepas 3 tahun.

Dengan konsep ini, ia bakal mengubah cara tradisi industri automotif dengan berkongsi rekaan konsep awal kepada umum supaya pelanggan boleh memberi maklumbalas dan komen sebagai penambahbaikan sebelum ianya diteruskan kepada proses kejuruteraan dan pembuatan kereta tersebut.

Terima kasih kepada saudara Saharudin Busri yang berkongsi maklumat dan foto mengenai projek ini. Beliau juga turut terlibat dalam projek tersebut. Rekaan akhir C-concept ini dipamerkankan pada pertengahan Januari 2016 di STEdex 2016 yang bertempat di Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina, UPM. Teruskan bersama funtasticko.net untuk perkembangan selanjutnya!

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO :

Wak_Digital_Sketches S - funtasticko C-concept_Sketches_Rear - funtasticko C-concept_Sketches_Side - funtasticko C-concept_Sketches_Front - funtasticko

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

6 Comments


  • Well I think this concept looks really good ,the only thing I don’t fancy is that irritating Lancer grill …….pppplllleeeaaassee Don’t tell me that is the only design they could do I mean a small Blade type grill like the one on the Prius and top it off with a large intake lower grill would have looked amazing …….any ways good effort !!!!!!


  • GUA TAK NAMPAK HONDA CITY GUA LEBIH NAMPAK PLATFORM TUAH ATAU PREEVE DIUBAH DEPAN BELAKANG MACAM PROTON PERDANA 2016.BELAKANG MACAM AURA GEN-2 PUN ADA.


  • Mmm… usaha yg baik. Cuma nak tau gak cara mana data penyelidikan tu diperolehi dan bagaimana ia dizahirkn. Melalui soal selidik? Alangkah bagusnya jika penyelidikan nie gak melibatkan pandangan n pengalaman luas daripada pereka bentuk industri dari dlm industri automatif sekali:P Dari keseluruhan design nie, sy berkenan pada rekaan belakang berbanding bahagian depan. Rekaan belakang mmg menepati ciri dan citarasa M’sia, bagi saya la. Hehe..

    Meh kita buat kajian x bertauliah sket ttg model C segment sedan di M’sia:) Pilihan yg ada ; Preve, Civic, Elantra, Cerato/forte dll. Hampir sumer model nie punyai bahagian C-pillar mengunjur ke bonet blakang yg pendek n tinggi. Memberikn ruang penumpang n bagasi yg luas. Lampu blakang design nie dh mcm rekaan civic baharu 2016 nanti. Sebijik!:) Even proton tuah pun guna konsep lampu cengini kn?:) Satu lagi, tempat plat number utk C segment kebanyakkannya bukan kat bumper blakang kn?

    Rekaan dpn model nie dh sama mcm konsep model ford fiesta hatchback. Agak tidak setuju jika ia mewakili citarasa M’sia. Model2 C segment sedan di M’sia sumernya ada ‘bibir’ berbanding ‘hidung terpotong’:) Rekaan ‘hidung terpotong’ nie banyak diaplikasikan kat model2 hatchback masakini, bukannya sedan.

    My 2 kupang:)

    Cheers!

Leave a Reply