ARKIB

KATEGORI

Buletin

Carro lancar iklan ‘No Drama’ kedua

Berita Tempatan

Views
Jalan Ke Kebenaran / Where Trust Lies / 信途 — Sebuah filem Carro

Carro telah melancarkan iklan ‘No Drama‘ terbaharunya, yang merupakan siri kempen kreatif yang menegaskan pengalaman membeli dan menjual kereta secara mudah, telus dan bebas tekanan.

Iklan terbaharu ini menampilkan suasana penuh suspens di atas bumbung di Hong Kong, menimbulkan persoalan: adakah ini adegan penyamaran polis, atau satu plot tragik yang akan berlaku?

Kempen ‘No Drama’ pertama yang dilancarkan pada Mei lalu berlatarbelakangkan Dinasti Joseon dan telah meraih lebih 27.4 juta tontonan.

Dihasilkan sepenuhnya oleh pasukan dalaman Carro, siri ini meneruskan legasi filem pendek kreatif mereka sejak 2023, yang memanfaatkan elemen klise drama bagi menyerlahkan betapa lancarnya proses pembelian kereta Carro Certified.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!

Siri No Drama terdahulu mencetuskan fenomena dengan lebih 38 juta tontonan dan merangkul enam anugerah di YouTube Works Awards Southeast Asia, termasuk kategori utama “The Big Bang Southeast Asia“.

Ketua Pegawai Pemasaran Carro, Katherine Teo berkata, industri kereta terpakai sering kali dikaitkan dengan urus niaga yang meragukan dan kereta yang tidak meyakinkan. Oleh yang demikian, pihaknya mahu mengubah persepsi ini.

Sebagai pasaran dalam talian No.1 di Asia Pasifik, Carro menawarkan bukan sahaja kereta berkualiti, tetapi pengalaman pemilikan yang lengkap, daripada pembiayaan, insurans hingga servis selepas jualan.

Setiap kereta Carro Certified melalui pemeriksaan 160 titik, dilindungi jaminan 12 bulan untuk enjin dan kotak gear, polisi pemulangan wang dalam 5 hari, serta jaminan tiada manipulasi meter perbatuan atau kerosakan serius akibat kemalangan, banjir atau kebakaran.

JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua

Carro juga menggunakan teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan (AI) untuk memastikan proses pemeriksaan dan pemilihan kereta dijalankan dengan penuh ketelitian dan integriti.

Ditubuhkan pada 2015 di Singapura, Carro kini beroperasi di tujuh pasaran termasuk Malaysia, Jepun dan Hong Kong.

Perniagaan mereka kini turut berkembang ke pasaran kereta baharu, dengan pelancaran produk baharu dijangka di beberapa negara terpilih tidak lama lagi.

Iklan ‘No Drama’ kini ditayangkan di seluruh Singapura, Malaysia, Jepun dan Hong Kong. Selain itu, pengguna juga boleh menantikan promosi eksklusif sempena kempen ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply