Carsome menyerahkan sebanyak 15 buah kenderaan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh sokongan logistik dan operasi pasukan kebangsaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Carsome, Eric Cheng berkata, inisiatif ini merupakan komitmen jangka panjang syarikat dalam membantu pembangunan pemain kebangsaan di dalam dan luar padang.
“Kerjasama ini bukan hanya memberi kemudahan mobiliti kepada FAM, tetapi juga menyokong persiapan perlawanan dan masa depan pemain selepas bersara,” katanya ketika sidang media sempena majlis penyerahan yang berlangsung di Carsome Automall di sini pada Khamis.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!
Antara kenderaan yang disumbangkan terdiri daripada pelbagai model termasuk Proton X90, Proton X70, Mazda CX-5, Nissan Serena, BMW 3 Series, Volvo XC40, Mercedes-Benz GLC dan Toyota Alphard yang keseluruhannya bernilai lebih RM2 juta.
Jelas Cheng, Carsome turut menjalinkan kerjasama melalui Carsome Academy bagi menyediakan laluan kerjaya dalam industri automotif kepada pemain dan kakitangan FAM.
“Industri ini menyumbang RM82 bilion kepada KDNK dan mewujudkan lebih 700,000 peluang pekerjaan. Kami mahu pemain lelaki dan wanita mendapat akses kepada latihan serta peluang yang bermakna untuk masa depan mereka,” katanya,
Sementara itu, Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub turut hadir menerima secara simbolik penyerahan kenderaan tersebut mewakili FAM.
JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua
Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Jefri Ngadirin dan Exco FAM Datuk Zainal Abidin Hassan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penajaan dan Pemasaran FAM, Datuk Hisamudin Yahaya berkata, kolaborasi bersama Carsome memberi impak positif bukan hanya kepada pasukan kebangsaan, tetapi juga kepada usaha menarik lebih banyak penajaan korporat.
“Apabila Carsome menaja FAM, kita lihat kenderaan ini akan bergerak ke seluruh negara, digunakan oleh pemain, jurulatih, pengadil dan pegawai perubatan. Secara tidak langsung, ia memperkenalkan jenama Carsome kepada masyarakat.
“Kami berharap lebih ramai penaja tampil menyokong pembangunan bola sepak negara,” ujarnya. – Sinar Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
KOMEN TERKINI