ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chanatpon Kerdpiam ungguli Achilles Formula Drift Malaysia 2013!

Views

FD M'sia 2013 (01)

Chanatpon Kerdpiam dari Thailand yang mewakili pasukan Westlake telah berjaya menewaskan Tom Monkhouse  (Australia) dari pasukan Achilles Drift untuk muncul sebagai juara Achilles Formula Drift Malaysia 2013. Ken Gushi dari Amerika Syarikat yang mewakili pasukan Dunlop Binter Drift pula melengkapkan podium ditempat ketiga dalam saingan yang berlangsung di Speed City, Kuala Lumpur semalam.

Wakil tuan rumah Tengku Djan Ley turut menyerlah dengan berjaya melayakkan diri sehingga ke peringkat Separuh Akhir. Seramai 33 orang pelumba drift terkemuka dunia telah bersaing hebat sesama mereka untuk saingan kali ini. Antara nama-nama besar yang mengambil bahagian adalah Daigo Saito dari Jepun yang telah mengumpul mata terbanyak, Mai (Thailand), Masao Suenaga (Jepun) Tom Monkhouse (Australia), Tengku Djan Ley (Malaysia), Chanatpon Kerdpiam (Thailand) dan Ken Gushi (Amerika Syarikat).

Achilles Formula Drift Malaysia 2013 merupakan tahun yang keempat dan edisi kali ini lebih hebat dengan pertambahan penyertaan selain kejayaan penganjurannya. Acara ini telah membawa satu era baharu dalam sukan permotoran kerana telah berjaya menghimpunkan komuniti sukan drift dan mendekatkan diri mereka dengan acara tersebut. Melengkapkan kemeriahan aksi Achilles Formula Drift Malaysia adalah persembahan istimewa dari artis Indonesia, kumpulan KOTAK bersama dengan penyanyi wanita, Shae. Nantikan edisi berikutnya pada tahun hadapan!

Senarai Penuh Finalis

Sesi Kelayakan

KedudukanNamaNegaraMata

1

Daigo SaitoJapan86.5

2

MaiThailand83

3

Masao SuenagaJapan82.8

4

Tengku Djan LeyMalaysia82.1

5

Fredric AasboNorway81.2

6

Ken GushiUSA79

7

Robert WhyteAustralia74.7

8

Daynom TemplemanNew Zealand73

9

KeakThailand78.1

10

Josh BoettcherAustralia77

11

Saranon PornpatanarakThailand76.5

12

Rio Saputro BudiharjoIndonesia73.2

13

Ser Ming HuiMalaysia73

14

Kumpee ThamtaranaThailand73

15

Chanatpon KerdpiamThailand69.9

16

Tom MonkhouseAustralia68.7

Suku Akhir

KedudukanNamaNegara

1

Tom MonkhouseJapan

2

KeakThailand

3

Tengku Djan LeyMalaysia

4

Rio Saputro BudiharjoIndonesian

5

Chanatpon KerdpiamThailand

6

Josh BoettcherAustralia

7

Masao SuenagaJapan

8

Ken GushiUSA

Separuh Akhir

KedudukanNamaNegara

1

Tom MonkhouseAustralia

2

Tengku Djan LeyMalaysia

3

Chanatpon KerdpiamThailand

4

Ken GushiUSA

Akhir

KedudukanNamaNegara

1

Chanatpon KerdpiamThailand

2

Tom MonkhouseAustralia

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply