ARKIB

KATEGORI

Buletin

Changan tunjuk kehebatan di Frankfurt Motor Show!

Views

Changan-5[2]

Jangan main-main dengan syarikat dari negara tembok besar, China sekarang. Mereka semakin agresif untuk menerokai pasaran baharu terutama sekali di benua Eropah. Kali ini Changan, membuat kejutan di Frankfurt Motor Show dengan menampilkan beberapa model termasuklah hatchback kompak Eado XT, Eado Hybrid sedan, S95 SUV Concept dan Z5 crossover. Kebetulan pula booth mereka betul-betul bertentangan dengan booth Mitsubishi di Frankfurt Messe.

Bagi sesiapa yang tidak mengenali lelaki yang kelihatan dalam gambar di bawah, beliau adalah Andreas Zapatinas dan merupakan Pengurus “Advanced Design Department” di Changan yang baru-baru ini membuka Pusat Rekabentuk Eropah  di Itali. Warga Greece ini juga telah menghasilkan pelbagai rekaan kenderaan, termasuklah Fiat Barchetta, Alfa Romeo 145 dan 147, selain pernah berkhidmat bersama Subaru sebagai Ketua “Advanced Design” bermula pada 2002 sehingga 2006.

* Changan pun dah mula mengambil khidmat pereka terbaik di Eropah, baru-baru ni salah seorang komentar di sini ada bagitahu Donato Coco telah dilantik untuk mengawasi unit rekaan di Proton dan Lotus, betul ke tidak itu saya tak pasti. Kalau betul bagus la, Donato Coco pun bukan calang-calang orang, tengok hasil kerjanya pada 5 buah konsep Lotus yang dah “scrap” tu, hehehe. 🙂

sumber : www.carscoops.com

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply