ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chevrolet Trailblazer SUV buat penampilan sulung di Bangkok International Motor Show 2012

Views

Inilah dia versi produksi Chevrolet Trailblazer SUV yang telah membuat penampilan yang pertamanya di Bangkok International Motor Show 2012 semalam. Ia merupakan versi SUV yang dibangunkan daripada platform model pick up Colorado. Jualan untuk model ini dijangka akan bermula di Thailand pada bulan Jun terlebih dahulu sebelum ke pasaran yang lain.

Model ini mempunyai versi pacuan 2 roda & 4 roda sebagai pilihan. Untuk pasaran Asia ia dijana oleh enjin terkini yang dibangunkan GM, iaitu Duramax turbo-diesel empat silinder yang berkapasiti 2.5 liter dan 2.8 liter. Untuk enjin 2.5 liter, ia boleh menjana sehingga 148hp (150PS) dan 350Nm tork maksimum, manakala enjin 2.8 liter yang pula boleh menjana sehingga 177hp (180PS) dan 470Nm tork maksimum dengan dipadankan dengan pilihan kotak gear 6 kelajuan automatik atau 5 kelajuan manual.

Bilakah model ini akan memasuki pasaran Malaysia? Yang pasti ia akan berentap dengan Toyota Fortuner yang juga sebuah SUV yang dibangunkan dari platform sebuah pick up ( Toyota Hilux). Kita nantikan kemunculannya nanti. 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Nice…teringat ngn TF2 Decepticon SUV kaler hitam…XD

    Off Topic.

    Hermm…tapi bila lagi Proton nk Out SUV a.k.a Youngsman SUVni…dulu bnyk cerita n spyshot…p skrang dh diam…or tnggelam sbb hot news P3-21A??

    anyone ader Clue??

Leave a Reply