ARKIB

KATEGORI

Buletin

Continental perkenal tayar EcoContact 6 dan EcoContact 6Q, pilihan saiz dari 15 hingga 21 inci

Berita Tempatan

Views

Pengeluar tayar terkemuka dari Jerman, Continental memperkenalkan dua model tayar inovatif ke pasaran Malaysia, iaitu EcoContact 6 dan EcoContact 6Q.

Kedua-dua tayar ini direka khas untuk memenuhi permintaan pemandu Malaysia yang mahukan perjalanan lebih selamat, jimat bahan api dan mesra alam, tanpa berkompromi dari segi prestasi dan ketahanan.

EcoContact 6 dicipta dengan teknologi silika berkecekapan tinggi yang membantu mengurangkan rintangan golekan.

Ini sekali gus mengurangkan penggunaan bahan api bagi kenderaan berpetrol dan hibrid, serta memanjangkan jarak pemanduan bagi kenderaan elektrik (EV).

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!

Rekaan tayarnya pula menampilkan rib asimetri dan geometri sipe unik yang menambah baik kestabilan dan cengkaman di atas jalan kering dan basah.

Sementara itu, EcoContact 6Q membawa elemen tambahan ke dalam pengalaman memandu, iaitu kesenyapan dan keselesaan maksimum.

Tayar ini menggunakan kompaun Advanced Green Chili 2.0 yang mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai permukaan jalan serta mengurangkan bunyi bising, menjadikan perjalanan lebih tenang tanpa mengorbankan prestasi.

Satu lagi ciri istimewa yang membezakan tayar ini ialah teknologi ContiSilent™ iaitu satu sistem penyerapan bunyi yang menggunakan busa poliuretana bagi mengurangkan bunyi tayar di dalam kabin sehingga 9 dB(A).

JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua

Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova berkata, tayar EcoContact 6 dan 6Q bukan sahaja direka untuk jimat bahan api dan selesa, tetapi juga memberikan ketenangan fikiran menerusi inovasi yang menyeluruh.

Ditawarkan dalam pelbagai saiz dari 15 hingga 21 inci, turut dihasilkan secara khas dan diluluskan oleh pengeluar kereta premium seperti BMW dan Mercedes-Benz dengan tanda OE.

EcoContact 6 direka untuk ketahanan jangka panjang, manakala EcoContact 6Q memberi tumpuan kepada keselesaan maksimum, menjadikan kedua-duanya sesuai untuk pelbagai jenis pemandu dan gaya pemanduan.

Continental EcoContact 6 dan 6Q kini boleh didapati sekarang di pengedar sah Continental di seluruh negara serta platform atas talian rasmi seperti Shopee, TNG eWallet dan Lazada.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply