ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dany Bahar “joli katak”, memang patut pun kena gantung tugas

Views

Sejak digantung tugas oleh pemilik baru Proton & Lotus, DRB-HICOM, makin banyak terbongkar kegiatan salah lakunya ketika menjadi CEO Lotus. Nampaknya si Dany ni memang jenis berprofil tinggi, bayangkan gajinya sahaja 1.2 juta pound, itu belum lagi perbelanjaan melampau mengubahsuai rumah sewanya yang berjumlah 35,000 pound yang dibayar oleh Lotus, lebih dari 1 juta pound untuk penerbangan peribadi termasuk jet & helikopter untuk hantar dia ke perlumbaan Formula 1 dan acara-acara lain di serata dunia.

Dia juga merupakan rakan baik dengan penyanyi terkenal Alicia Keys dan suaminya penanyi rap New York Swizz Beatz. Beatz juga dilantik sebagai Naib Presiden Rekaan Kreatif dan Pemasaran Global, Lotus. Itu belum lagi dengan perancangan 5 tahunnya dengan pinjaman berjumlah 200 juta pound yang masih belum menampakkan hasil dan yang paling teruk Lotus kerugian lebih 1 juta pound pada tahun lepas, walapun pada masa yang sama dia bersenang-lenang dengan gaya hidup “joli katak”nya itu.

Apakah nasib mamat ni nanti semuanya bergantung pada siasatan yang sedang dijalankan oleh DRB-HICOM. Harap dia diambil tindakan sewajarnya jika didapati bersalah dan bayar balik apa yang dia dah guna tu. Nasib kau la labu, hahaha… 🙂

sumber : www.thisismoney.co.uk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

13 Comments

Leave a Reply