ARKIB

KATEGORI

Buletin

Datsun bakal bertapak di Indonesia, Malaysia semakin ketinggalan

Views

Indonesia telah menjadi pilihan Nissan Motor Co. untuk mengembangkan sayapnya & menghidupkan semula jenama Datsun sebagai jenama kos rendah. Datsun menjadi jenama global ketiga Nissan Motor Co. selain Infinity & Nissan. Dengan kemunculan semula Datsun & pembinaan pusat R&D Daihatsu di Indonesia, kini mereka bukan lagi sebagai pembekal bibik/pembantu rumah, tetapi ia bakal menjadi hub untuk automotif serantau.

Kini Malaysia semakin ketinggalan di belakang Thailand & Indonesia yang semakin aggresif membuka peluang kepada pemain automotif global untuk bertapak di negara mereka. Ia secara tidak langsung membawa kemasukan pelaburan asing, menjana ekonomi, pemindahan teknologi & memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Apa sudah jadi kepada Dasar Automotif Negara (NAP)? Adakah perlaksanaannya salah & gagal? Adakah pembuat dasar & menteri tidak menyedari semua ini?

Walaupun Thailand & Indonesia tidak mempunyai jenama & produk sendiri yang boleh dibanggakan seperti Proton, tetapi mereka banyak mendapat manfaat dari keperihatinan kerajaan mereka untuk membangunkan sektor automotif sebagai sumber pendapatan negara. Sampai bila kita akan bertahan dengan polisi NAP ini? Sepatutnya kita mengambil peluang untuk menjadi hub untuk R&D, pusat rekabentuk global, pusat pengeluaran kenderaan jenama Eropah, selain pusat pengeluaran kenderaan hybrid & elektrik. Dengan cara ini ia secara tidak langsung menjadikan sektor automotif negara lebih kompetitif selain memperkasakan modal insan yang ada dengan teknologi tinggi.

Sebenarnya kita adalah perintis sektor automotif di rantau ini, jadi kita perlu bangkit dengan formula baru untuk menaikkan semula sektor ini. Jika perlu dihapuskan perlindungan kepada Proton & Perodua, ia perlu dibuat secara teliti agar syarikat lain boleh bersaing secara kompetitif tanpa menyebabkan jenama sendiri terjejas. Proton & Perodua pula perlu keluar dari kepompong comfort zone (zon selesa) yang selama ini dinikmati oleh mereka . Inilah masanya untuk lebih aggresif ke peringkat global & meningkatkan kualiti produk mereka.

Apa pendapat anda, jom kita bincangkan. Harap tajuk ini TIDAK DIJADIKAN SEBAGAI PENTAS BERPOLITIK. Harap maklum. 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

47 Comments


  • menteri indonesia menjalankan tugas? LOL. aku x salah kan 100% pada NAP. lihat pada pasaran jugak. prospek pertumbuhan pasaran automotif indonesia dan thailand tinggi selain pasaran mereka yang sememangnya lebih besar dari kita. bukan tu je, kos buruh/kos lain-lain jaauh lebih murah kat indo dgn thaiand. tau tak berapa honda bayar gaji kat pekerja buruh depa kat thailand? hehe.. tu salah satu sebab.

    tentang R&D tu aku x percaya sgt kalau betul ada “transfer teknologi” kepada org thai/indo. istilah “transfer tech” bunyi sedap kat berita jer. syarikat mana yang baik hati sangat yang nak kongsi resepi perniagaan depa pada org lain, pastu jadi pesaing pada syarikat depa pulak. lagipun kalau ada “transfer tech” tu org indo nak kerja kat mana lagi kalau bukan syarikat jepun jugak kalau diorg letak jawatan? diorg tau yang kat thailand/indo mmg tak akan ada syarikat automotif lokal melainkan syarikat vendor yang bukan dalam liga bisnes yang sama macam honda/nissan etc. lain kat sini sebab kita ada proton.


    • Ye la, salah satu faktor utama kos buruh yg lebih murah dan lebih ramai. Indonesia saja ada ratusan juta rakyat dan ramai yg tak bekerja. Kita takleh nak beat negara2 ni dr sudut ni..


    • satu lg contoh putrajaya…

      dulu ada yg kata kalo perintah Malaysia dia nak jual putrajaya…la ni masing2 nak berebut dok kat sana…..

      mynmar hampir siap putrajaya depa….indonesia coming soon nak buat…….

      kita kene akui….sesetengah orang dilahirkan mempunyai pemikiran yang jauh kehadapan yg belum dpat difahami orang biasa…….

      sesetengah orang berpemikiran kritik…….ia diperlukan utk baiki kelemahan tp bukannya utk menjahanamkan……..


  • Orang Indonesia (yang berada di Indonesia) kerja rajin bersemangat mencari sesuap nasi sebab hidup susah dan juga tidak melawan sangat sbb kalau kene buang susah nak dapat kerja lain…..

    Jangan salahkan kerajaan dan salahkan orang lain, renung diri kita sendiri…

    Tingkatkan produktiviti hapuskan korupsi, jangan malas-malas…eceh, semangat la pulak


  • pada aku dsbbkn politik n geopolitik… klu bdasarkn kajian n menurut prof dr aizuddin faktor tech main peranan 20%, politik 40% dan geopolitik 40%…

    technologi ialah apa yg kita ada… klu nk bandingkn apa yg kt ada dah cukup baik compare ngan indon n thai… ambik cnth kilang proton kat tg malim cukup lah… manakala politik pula ialah isu dalaman kt… nap semua 2 tlibat ngan politik… nak atau tdak mmg x leh dtolak… manakala geopolitik pula involvement malaysia n negara lain…

    so pd aku disini yg ptama miti gagal dlm hal geo politik dantara m’sia ngan daihatsu di jepun… yg keduanya politik dalaman kt yg gagal… may b dasar kerajaan yg ketat atau tdk myediakn kemudahan yg mjamin daihatsu btapak d m’sia n bkembang… dr pandngn mata daihatsu pula dia tak nampak mengapa perlunya dia buka kilang d m’sia…

    penyelesaiannya kerajaan/parti memerintah perlu peka dlm hal2 begini… tanpa ilmu yg cukup dr parti memerintah maka perkara ini akn danggap remeh temeh n x mdtgkn hasil…. kerajaan/parti memerintah juga perlu pandai dlm menarik pelabur dlm bidang2 ttentu… contohnya automotif… mungkin kerajaan boleh mbeli perlepasan cukai selama 2-3 bln …. menyediakn prasarana bg daihatsu dtg n hire pekerja dr warga tempatn… memberi bantuan guaman… n mberi peluang beberapa staff dr jepun dtg selama max 1 thn utk xfer technology.. fokuskn pd staff yg dpanggil subject matter expert… dll lg…

    hanya pandngn peribadi


  • em, bg akulah, susah jugak nak slhkan nap n etc. Bkn aper,klu baca nap framework, bleh download kat mana2 laman web yg sah, mmg byk incentif dibagi, antaranya pengecualian cukai pendapatan.
    Tp kena ingat, bkn kite jek bg insentif, indo n thailand jugak bg menda yg sama. Akhirnya tgk kpd cost logistic yg antara terlibat mcm labour n overhead. Itu xkira part2 yg lg murah, tgk tyr jelah, high performance tyre dr gt radial, banding rega high performance tyr cam goodyear. Ini yg malaysia masih xmampu nak beat..

    Mcm bibik akak ipar aku ckp, gaji 500 kat sini, mcm gaji 2-3 ribu duit malaysia kat sana. Idup selesa.

    Kcuali ada anak tempatan yg sanggup keje gaji serendah camtuh n ramai. Nanti kang, bukak kilang kat sini,tp pekerja nye abg la, abg do n abg siam. Baikla depa bukak kak sana jek sonang.

    Ssh nk dengar ada pati(org malaysia),lari ke indo@thai nak kerja kat sana coz ssh keje kat sini, jadi pembantu rumah kat sana,jd buroh n etc. Xtaula klu ada. Bkn menghina, cume realiti knp ramai bukak bisness kat sana.

    Klu aku nak bukak kilangpun, mesti cr tempat yg paling kos minimum n sng nak eksport ke luar. Vw masih xbukak kat sana sbb geng2 nazi nih xbrp percaya,tkt nk kejo menda murah,tkt quality jatuh,katenye, sbb tuh nk jdikan malaysia hub coz kite ada industri automotive kat sini, so, konon2nye pekerja lebih berkemahiran. Tp ada betul gak, mcm pekerja indo kat sini,yg ramainya hanya blajo dr pengalaman kat sini, mmg dtg zero skill n knowledge. Tp sbb kegigihan, akhirnya jd pekerja separa mahir.

    Tetapi, blajo dr pengalaman nih,kekadang ada gak silap dia coz klu tuk guru slh ajo,slhlah sampai bila2.

    Mcm org buat reno umah aku, 10thn keje di k.l, 5 thn reno kat sana, skang kat ktn, 5 thn reno umah kat sini. Dia ckp dia mmg buat ikut standard. Ramai kwn2 aku puji. Aku tgkpun bgs gak keje dia, yela,kita xtau aper2. Tp bile bertemu buku n ruas, bapak aku yg belajo ngan omputih buat umah, lebih 40 thn monitor property development termasuk housing, brlah nampak byk kelemahan. Last2,org indo tuh ngaku byk menda dia xtau coz masa dtg sini, dia ikut org camtuh cara org buat,dia ikut jek. Xpenah blajo.

    Cume satu aku puji,coz biasa idup ssh,diaorg wat keje sungguh2, walupun xbtl. Tp semangat tuh aku puji. Tp org kite terbalik,ada skill,tp malas,wat keje asal makan gaji.

    Maaf tetiba off topic. Tp ada kaitan ngan topic asal, tp skdr pendapat peribadi. Dr sudut pandang mata aku.


    • jangan hanya pandang pada kos…intel pernah invest kat china dan plan utk tutup plant mereka kat penang..tp tak lama diaorng operate, diaorg shift balik major process mereka kat penang…mmg kos china murah…tp skill dn counterfeit/espionage kat sana way to much… law kat sana langsung tak protect foreign investor…. cheap cost may come with high risk… terpulang pada dasar kerajaan at the end utk promote FDI…

      MITI bawah DS Rafidah sgt disegani.. she truly a leader.. bila ada meeting dgn foreigner, she had done her homework prior to the meeting… current minister not so sure…


  • sebelum kite pikir pasal NAP
    pikir pasal isu gaji/kos buruh dulu
    rakyat Malaysia tamak

    tapi 20 tahun lg
    Indonesia & Thailand akan hadapi isu yg same
    isu gaji/kos buruh
    sbb rakyatnya semakin tamak
    sbb rakyat adalah manusia
    sbb manusia sentiasa tamak

    adakah anda bersyukur???


    • kos sara hidup dah makin tinggi, keperluan dah semakin bertambah, maka sesuai la gaji akan bertambah..semua ni memang tak dapat lari sebab ni dah jadi lumrah kehidupan..bab tamak tu satu hal lain… cuma cara kita nak tackle investor masuk kita kena la bagi insentif yg sesuai & pada masa yg sama kita kena yakinkan diorg yg tenaga kerja di sini terlatih & boleh handle benda yang hi-tech.. zaman serba moden ni teknologi dh gantikan manusia sebagai pekerja, so kita kena ada org yg mahir utk handle benda2 ni..


  • tak perlu ghairah2 sangat tarik pelabur..semua kena dilakukan berhati2..indonesia ngan thailand kos buruh lebih murah compared ngan malaysia..lagipun kebanyakkan orang kita lebih suka sembang dari buat kerja..hehehehe..


  • mmg biasa la mcm tu, kilang cari tmpt murah, pindah2 dari satu negara ke satu ngara lain, agak2 untung dh tak bagus sbb kos naik, pindah la tempat yg lagi murah sbb nk ubtg lg bayk. terpulang la kat negara tu nak ambil peluang blaja, klu balaja sampai habis, bole la kuar produk sendiri, mana tak smepat blaja, peluang pun tak bagus, harapkn faedah ms tu je la. kilang tutup, hilang keja, dpt la pampasan kot..bole la berthn smntara nk carik keja atau kilang lain lak.

    blaka pun satu hal jugak, tak sudah sehari nak jadi pandai, balaja ambik masa, nak pandai / mahir pun ambik masa jugak. bukan mcm org tu komen mcm dah pandai sehari, mcm bayi baru lahir lps sehari dah bole berjalan. baru 2 hari dah pandai berlari, hebat , manusia ke tu ? agaknya dia hebat mcm tu la kot hehe

    balik topik , klu tgk negara2 lain, bkn 5 -10 thn pun satu industri ambik masa nk bole kuar satu kenderaan 100% buatan sendiri., bertahun2 ,nak cepat pasang je dulu pastu baru belaja sikit2, nak cepat beli je sykt tu mcm volvo ke china dan jaguar ke india, kena beli, pastu kuar sendiri kenderaan tu. persoalannya siapa sebenarnya yg kuarkan. masih kena blaja jugak , sementara nk pandai, bola la negara dpt nama, tp yg buatnya siapa?


    • tapi tak heran pun china dan india klu kuar keta canggih2 sikit ms lagi, sbb diorg pun bkn new players , cuma kdg2 org komen negara cam korea lbh krg sama masa kuar keta dgn malaysia, pdhal dh lama dh dlm industri tu huhu


  • Pada pandangan saya, geopolitik tidak boleh dijadikan alasan semata-mata. Kalau nak tubuhkan pusat R&D, geopolitik tak relevan. Malah, Malaysia banyak engineer-engineer yg grad overseas dan local yg berbakat besar. Lihat saja kualiti teknologi kereta Proton setakat ini. Tapi spt yg kita tahu, pelaburan dlm industri automotif bukannye murah dan pulangannye jarang sekali memadai. Tengok saja prestasi kewangan Subaru, Mitsubishi, Suzuki dll. yg pada zahirnye adalah jenama-jenama yg lagi bagus dari Proton. Prestasi kewangan tidak jauh dari Proton (kalau kita tak ambil kira kerugian Lotus).

    Thailand bukan setakat pasang kereta je (ie screwdriver industry), R&D pun ada juga. Begitu juga dengan Indonesia dan Singapore. Mahu tak mahu, kita kene terima yang NAP, walaupun telah banyak membawa manfaat, NAP juga telah menyebabkan banyak peluang keemasan terlepas.

    NAP banyak bergantung kepada daya saing Proton dan, spt yg kita telah lihat, Proton telah lambat utk tingkatkan usaha. Pandangan peribadi saya, Proton paling pesat di bawah DSZ berbanding dengan tahun-tahun sblm. Itupun jika berbincang dgn pihak urusan, Proton masih lagi berhadapan dgn masalah vendor-vendor sub-par yg payah nak lucutkan. Alasan yg sering saya dapat adalah kerana unsur-unsur politik.

    Mcm mana? NAP tak salah dan saya yakin kalau DSZ ada lagi byk ‘freedom’ Proton boleh lagi maju dari apa yg kita lihat skrg. Berbaloi ke nak membanggakan jenama tempatan kalau ramai bakat anak tempatan yg terbantut? Kita juga kene terima yg pasaran Malaysia tidak memadai utk Proton terus maju.

    Negara mana yang ada jenama tempatan yg masih dipunyai sykt tempatan dgn populasi negara sebesar atau lebih kecil dari populasi Malaysia? Renungkanlah.


  • sebabnya, kalau gaji org indo kat malaysia, satu tugas rm700, kalau kat indo tu gaji org ada degree, pastu yg xblh tahan nak mntak satu kerja je, aduhai…. mangkuk jg mangkuk, cawan jg cawan, sudu jg sudu… blh bayangkan kalau buat kreta macam mana??? sbb tu diorg xmau bukak kat malaysia, bukak kat indon lg senang, byr murah kerja banyak pun xpa, indon yg kat malaysia mahal berapi, rm700 satu kerja, almaklumlah kerja kat oversea mesti demand gaji n kerja…. bila balik kg org kg tnya kerja apa? blh jwb..kerja kat oversea, buat kerja specialist, satu kerja je…. huahuahua


  • ooops….bukan kerana NAP ke atau upah yg murah semua telah ditetapkan rezeki ditempat masing-masing….
    Tak perlu kemukakan dalil atau hujah…sebenarnya ada hikmat disebaliknya….
    Pada aku yg masih mentah ini..tak rugipun kalu Jepun mau kasi kilang kat indonesia sekurangnya rakyat indonesia bisa bekerja dan tak selalu berdemo sana sini….Rezeki Allah itu luas…Bagi malaysia ini masanya mengukuhkan industri autombil negara ke peringkat lebih tinggi…makluman jepun pilih indonesia semata-mata sifat dunia yakni mengaut keutungan tp bagi proton itu adalah satu farhdhu kifayah..walaupun diakui wujud gejala korupsi dalam sistem proton tetapi sekurang2nya ..Malaysia mempunyai satu industri yg dinamik yg masih didalam proses penambahbaikan….Kepada Datsun yg ingin bertapak di Indonesia tidak sedikitpun menggugat negara sebenarnya kerana Malaysia ada keistimewaan sendiri…..


  • Faktor utama yang menyebabkan automotif jepun berminat untuk melabur di Indon atau Thai adalah kos buruh yg lebih rendah berbanding Msia. mmg tak boleh nak cabar. sebuah kenderaan mempunyai banyak part. so, kos pengeluaran yang boleh direndahkan seperti kos buruh amat penting bagi mereka.


  • Antara syarat yang patut dihapuskan dalam NAP tu adalah pengeluaran kereta import berenjin bawah 1.8 liter dihadkan. Ini idea bodoh dalam dunia automotif sekarang. Enjin kereta moden sekarang sudah makin kecil + turbo.

    Lagi satu, bila orang ingat pengeluaran kereta di Thailand, orang ingat Rayong. Maknanya, hampir semua pengeluaran kenderaan di Thailand ditumpukan di satu tempat. Ini membantu dari segi ekonomi terutama kos pengangkutan dan perjalanan. Tapi di Malaysia, menteri sibuk promote DUN sendiri untuk pengeluaran kenderaan. Kedah, Pahang, Perak, Selangor, Melaka… Tidak ekonomik langsung.


    • Quote: “Lagi satu, bila orang ingat pengeluaran kereta di Thailand, orang ingat Rayong. Maknanya, hampir semua pengeluaran kenderaan di Thailand ditumpukan di satu tempat. Ini membantu dari segi ekonomi terutama kos pengangkutan dan perjalanan. Tapi di Malaysia, menteri sibuk promote DUN sendiri untuk pengeluaran kenderaan. Kedah, Pahang, Perak, Selangor, Melaka… Tidak ekonomik langsung.”

      haha..yang ni gua mmg setuju. sekarang ni semua nk sumbat kat Pekan. ahli politik kita gila nama. tak cerdik rupanya..patut la thn 2020 pun Malaysia tak maju2 lagi..confirm!


      • – kalau ditimpa musibah banjir tempat tu..habis semua kilang bro…
        – ada pro dan con bro…
        – tak salah nak makmurkan tempat lain juga


  • datsun? korang nak pakai brand ni?
    hahahaha…. mmg nama old style sungguh..

    aku nasihat kepada pelabur2 antarabangsa…
    marilah melabur dalam Malaysia.
    ekonomi stabil, politik ok, bencana alam tak teruk.
    malaysia bencana alam palign teruk pun banjir besar dan tanah runtuh sebab iklim khatulistiwa. gempa bumi, insyaallah tak dashyat.

    mungkin pendekatan negotiation wakil kerajaan dgn pelabur luar agak strict.
    mugnkin di thailand dan indonesia, mana2 pebaur yg nak datang, nak buat apa pun buatlah, asalkan masuk pelaburan.
    di Malaysia ni, walaupun korupsi ada, malaysia tetap bersyarat.

    Malaysia kita ni unik. kalau tgk kawasan, ada yg setaraf sgpore dan ada setaraf pontianak di Indon. kontra yg tinggi. cuma sedikit kelemahan ialah manipulasi harga buruh dan taraf hidup yg kadang2 tak kena tempat.

    kalau ikut, Datsun boleh melabur di Gurun kerana kos hidupnya tidaklah tinggi seperti di rawang.
    kenapa Datsun tak datang?
    adakah kerana wakil Datsun atau nissan tidak terus datang berbincang dgn wakil Malaysia?
    atau adalah sudah ada perbincangan, tapi dari segi penawaran kerajaan tidak begitu menarik berbanding Indon?

    tahap korupsi di Indon sgt tinggi.
    kenapa syarikat automotif masih tertarik kepada indonesia?
    sudah tentu kerana pasaran.

    untuk hasilkan low cost car, buka kilang di indon sgt tepat kerana kos pengangkutan produk dpt dikurangkan dan spare part dapat dihasilkan secara domestik.
    target datsun semata mata low cost car. lagipun, undang2 pengangkutan indon tak tinggi seperti Malaysia.

    masih ingat lagi cerita pelaburan.

    pelabur jepun datang malaysia untuk melabur dan tanya “bila saya boleh melabur?”
    wakil kerajaan cakap,”nanti kita bincang”. Pelabur jepun pergi thailand, “bila saya boleh melabur?”. wakil kerajaan thai cakap, “yesterday u can start”. betul atau tidak, itu adalah perumpamaan cara bisnes malaysia dan thailand.

    apapun2, Malaysialah negara paling makmur dalam dunia ni. bukan makmur ekonomi dan keamanan semata mata, tapi makmur kerana ada Islam yg subur.


  • memang tak boleh lawan thailand dgn indonesia. kalau malaysia nak lawan diorang, kita semua kena balik awal kerja, malam-malam buat baby. setahun sorang, lagi bagus kalau kembar. so nanti 2040 population malaysia boleh potong indonesia dan thailand. baru lah investor tertarik nak labur kat malaysia utk mass production barang-barang.

    disebabkan population malaysia sikit (jika nak dibandingkan dgn negara negara jiran), so malaysia kena focus pada niche products and technology. malaysia should be position as service and technology producer, not mass product producer.

    so, utk auto industri, gov kena jaga niche market segment, macam premium segment. then malaysia should focus on next technology in auto industry macam hybrid car, electric car, flying car, speed train, etc. bukan sebagai producer, tapi lebih pada r&d. malaysia kena position as education hub and r&d hub. utk produce- produce ni, biar indo, thai and viet yg buat.


    • hmm cuba tgk dekat taiwan, populasi hmpir sama dgn malaysia tapi sektor r&d power. disini lahirnya asus, htc, apacer. kilang buat kt luar taiwan tapi expertise dari taiwan. last2 duit masuk poket sapa? taiwan juga.

      p/s : ramai engineer malaysia lari taiwan dan invent mcm2 kt sana. fyi, flash usb adalah dicipta oleh engineer malaysia : pua khein seng. proposal flash usb (pendrive) ini ditolak oleh malaysia. walaubagaimanapun taiwan snggup menaja proposal ini dan di patenkan atas nama ‘taiwan technology’. beliau kini mmpunyai syarikat sendiri, phison tech di taiwan.


  • cuba compare malaysia dgn singapore pulak… kat mane silap? negara yg jauh lebih kecil dgn cost hidup yg tinggi, tetapi tetap di hujani dgn pelabur? renung-renungkan..


  • Off Topic

    dari dulu tpkir..nper Proton Savvy enjin dier x port or tukar ke campro 1.3 mcm Saga blm pkai kira mcm standardize?? CC sama kan? n enjin saiz lbih krang sama kan?? n Naper gear Auto dier x pkai normal cam s.blm auto dari guna yg AMT.. ader saper leh bagi konklusi??

    ps-jgn mrah or nk bash aku sbb tnya soalan plek2 ni. . . .xnk jd cam blog yg satu tu…lain soalan…lain jwapan ntah ape mlelat ke racist la..politik la.. yg aku dpt…='(


    • sbb engine bay die kecik bro, sbb tu x masuk campro 1.3, engine campro tu besar sangat, lg satu gearbox amt tu didatankn sekali dgn engin renault tu, dia dh test sekali…..


      • ooo…thanks bro…kira Savvy ni mati terus la version savvy. . .aku minat nk beli savvy jadi 2nd car kira k-car proton la..nk tunned msok tkar enjin..kalu msok L5 ker…L6..bleh jadi x? hehehe imaginasi terlampau..XD


  • Daihatsu kan dah invest buat center kat Nilai nun.. buat enjin kan?..Meaning utk benda2 simple mcm pasang kete depa akan buat kat negara kos rendah…. jgn la compare malaysia dgn siam becoz siam tu ramai ayam… Org jepun invest kat siam pun sebab tu…


  • Mmm… daihatsu dah xyah nak invest apa2 kat M’sia. Sebab diorg dah ada ‘subsidary company’ kat sini. Pandaikan? Kalau sapa2 ada terbaca annual report daihatsu terang2 diorg panggil perodua dgn istilah itu.

    Pesaing mmg berhati2 nk invest di M’sia sebab M’sia ada pengeluar kereta berbanding negara2 jiran yg ‘aman’ n bleh makan la dgn kerajaan diorg nie:)

    cheers!


  • Salah satu sebab yg membantutkan meraka kerana dasar 30% bumi, ini lah peluang politikus melayu buat kekayaan dan mengklaim Bumiputera “Hak Istimewa Orang Melayu”.
    Padahal rakyat marhean nak buat loan saga pun sesak nafas nak lepas….

    Entahlah 50 tahun penuh dengan pembaziran dan ketirisan. Kata Ust Azhar Idrus kita kena tolong meraka dengan tak sokong lagi dah.


    • melayu tak maju bukan sebab poltik atau dasar tetapi melayu gagal disebabkan oleh kurangnya ilmu dalam perniagaan .. malas belajar tp mau kaya cepat…suka buat fitnah caci sesama agama…
      Yg paling teruk kaki terima duit rasuah…org kafir bg diorang ambik…
      Ada AP jual kereta jual kat bangsa asing..so paham2 bukan sistem yg gagal umat melayu itu yg gagal menguasai ilmu yg benar dalam menjalankan bisnes automotive…takkan kaum yg buat dosa ALLAH bg kaum itu berjaya…

      Tak payah pecaya bulat2 kata ustaz hang tu amik yg baik je kawan yg ajak syak wasangkan ko tinggalkan ….baik hang tanya ALLAH sebab apa manusia tu gagal….dalam Al-quran/hadis dah bagi tau mcm2 tu pun ko nak salahkan org ni org tu…..sikit2 politikus sapa tu org politik ???ko tu mengundi tu dah masuk jd org politikus ….ni lah akibat terlalu mendokong demokrasi kuffar…..So JOM BOIKOT DEMOKRASI kita ada keja menegakan sistem KHALIFAH di Malaysia…jgn mengundi nanti ko tergolong dalam org poltik sedara…yakni pelaku iaitu politikus
      Pada aku jika berteraskan politik membenci nescaya tak akan maju jadi bersyak wasangka yg baiklah nescaya aman dunia akhirat…


      • sedap hati je cakap demokrasi kuffar hanya kerana demokrasi tu asalnya dari orang Yunani..
        habeh tu komputer hang pun kuffar la jugak sebab ciptaan org kaper..
        kete hang kuffar sebab karl Benz yang cipta.. handphone kuffar sebab made in China, komunis takdak agama..

        Mengundi merupakan salah satu cara untuk menegakkan Islam. pilihla pemimpin yang jujur, ikhlas dan berani tegakkan Islam.. kalau nak tunggu sistem khalifah, sampai bila?

        at least ada usahalah untuk lantik pemimpin2 pro Islam yang boleh merubah sistem pendidikan kita yang kurang penekanan pada agama.


      • tudia..dah mula dah…sebut politik tambah garam Islam, mula nak bertekak.
        haha…lex lex…hampa gaduh pun sama2 Islam. ngan tak Islam, tak berani pulak.

        nak mengundi ni senang saja.
        kalau rasa yakin org or parti yg nk dipangkah tu boleh buat kerja dan mmg buat kerja, pangkah.

        kalau tak puas hati, pangkah yg lawan.
        tak payah bising, gadoh, demo, bom ka tumbuk ka.
        simple kan.

        dari hampa dok bertekak, baik hampa pi tesco, jumpa manager tesco pasaipa suruh orang Islam tolak n angkut arak kat floor. pastu, hampa berani starlite dahi staf tesco yg bodo bangang tu pi angkut arak n susun elok2. cashier2 yg tlg buat transaction tu, hampa pi sepak. ada bran?

        orang kita ni kalau sebut Islam sikit, emo mcm babi hutan.
        padahal kat depan mata, Islam dicabuli tak berani nak bersuara.
        kat 7E, kenapa tak suruh cashier yg kerja tu berhenti keja sebab kena susun arak dalam peti ais dan jual arak.

        kalau hampa rasa negara ni tak Islamik, cuba tanya, apa sumbangan hampa sebagai seorang Islam untuk negara? kalau akat bertekak, tapi anak bini tak pakai tudung, solat tak cukup 5, nampak amoi skirt pendek jenguk sampai nk keluaq biji mata, saudara mara ada yg main nombor ekor, hampa nak salah siapa?

        apa kata kita semua kurangkan bergaduh, dan sepakat suruh tesco ka, 7E ka haramkan jual arak. tak pun surh kurangkan kedai nombor ekor yg bercambah mcm kedai reload prepaid. mungkin jugak salaah kerajaan sebab pandang sebelah mata akan perkara ini. kalau rasa kerajaan sengaja biar, PRu nanti pangkahlah pembangkang, walaupun pembangkang dpt kita tgk mereka pun 2×5. tapi sekurang kurangnya kita dah membuat sesuatu dari tak buat apa. maklumlah pakat dapat BR1M sorang rm500. hahahaha…(ni contoh ja, bukan nk politik).

        terpulang, semua ada hak.gunalah hak.


      • Bro akupunya, bukan nak bertekak kat sini.. cuma tak puas hatila sikit2 nak label benda kuffar hanya kerana asalnya dari org bukan Islam.

        Betul cakap bro, semua usaha tu penting.. tapi bagi aku yang paling penting ialah didikan, baik ibu bapa atau guru2.. memang ktia semua belajar pendidikan Islam, siap dapat 1A atau A+ lagi.. tapi masalahnya penghayatan itu kurang.. sebab tu ada yang sampai tergamak kerja kat tempat2 yang jual arak..

        Kita dah nampak 54 tahun macam mana, apa kata kita bagi peluang kepada org lain..


    • Ops baru tahu ke sedara…bila tuduh org tu korup senang je terima…tapi bila benda betul yakni benar ko hujah sebaliknya harap p baca banyak2 sikit bukan dengar je…Tanyalah Allah ko tahu jawapannya sedara…
      Sekrang yg dicari adalah Panji-panji Islam bukan PArti Islam…
      So sedara jgn marah sebab hujah aku berkaitan ISU DATSUN di Indonesia ini hanyalah mahu menunjukkan kepada rakan2 sekalian bahawa rezeki bukan ditentukan oleh pelaburan dari Jepun yakni DATSUB AS dll dan Malaysia masih dirahmati lagi olehnya…Gagalnya produk agama disekolah bukan disebabkan sistem sebaliknya adalah disebabkan oleh tuan-tuan sendiri yg gagal mendidik anak mengikut acuan sebenarnya….Pengahayatn kurang sebab ibu bapa itu sendiri tak faham ..IBU BAPA lah yg harus dipertanggungjawabkan dahulu jika anak2 tiada penghaytan Islam …Pahit untuk menerima kebenaran…bg tuan kami gunakan sistem mereka dajal bagi memusnahkan mereka dr dlm….KAN dah panjang isu berkaitan DATSUN….

      Jadi kesimpulannya TAK RUGI PUN TIADA PELABURAN DATSUN DI MALAYSIA….


      • 1. apa yg ko ckp tu ada benarnya. rezeki itu di tangan Allah azza wa jalla.

        2..tp aku xfaham lah maksud “tanya Allah”.
        boleh terangkan?

        3. di MY, pilihanraya ialah cara yg sah utk memilih kerajaan.
        tegakkan “khalifah” apa yg bro maksudkn? xmo GE, nk memberontak? jgn jd sengal bro. betul ke “khalifah” ni betul2 “khalifah” ataupn hanya sandiwara negara musuh Islam. fikir kritis sedikit..takut2 jd “revolusi rakyat” pulak.

        4. fyi, kita tidak mencari “panji2 islam @ parti islam”. kita mencari Islam.
        kita jumpa Islam, kita boleh bersatu di bawah rahmat Allah. sekiranya kita boleh faham, org yg mengamalkn Islam tidak akan bergaduh pasal panji ke xpanji, parti ke xparti.

        5. agak2 kalu nk tegak khalifah ni, sapa yg ko nk lantik sbg ketua? sapa timbalan ketua? apa misi kekhalifahan ni? pastikah ia benar2 Islam?

        maaf bro campro sbb offtopic. aku mmg xboleh tgk org pos cmni.


  • masalah paling besar pada nap ialah larangan utuk membuka kilang untuk kereta bawah 1800cc…yang mana pada waktu ini adalah cc paling glamer..malah kereta berpotensi tinggi pun bukan dah kira cc dah…tapi cc kecil tapi prestasi tinggi

    d tambah pula dengan kenaikan harga minyak yang membuatkan pembuat kereta nampak menghala kepada cc yang rendah tapi berprestasti tinggi…aku suka ayat tidak berpolitik dalam penerangan tajuk d atas…

    pembuat kereta kalau nak buka kilang takkan nak hadkan kereta cc sekian2 untuk kilang a dan cc sekian sekian untuk kilang b…kalau boleh semua kilang untuk semua cc lagi bagus dan produktif…

    dengan dasar nap yang mengarut tahap gaban dan juga pemikiran pembuat dasar yang tidak berbincang dengan pemain industri, inilah yang jadinya…secara logik akalnya, sekiranya kita d beri pilihan melabur, d malaysia hanya boleh kuarkan beras pada tahap 50kg sahaja dan paking bawah daripada itu yang boleh tahan besar juga kuasa pasarannya tidak boleh d buat d kilang malaysia, adakah kita akan membuka kilang beras d Malaysia…

    tak salah mempertahankan industri kereta kita termasuklah proton,,,perodua lindung macam tak lindng juga kaklau setakat kuar kereta tukar bamper…tapi berpada2 dan jangan sampai tahap mengarut…

    kilang kereta 1800cc ke atas dan dirikan kilang, rakyat malaysia ramai mana je yang beli kereta besar2 ni…ada memang ada tapi tak sebesar kereta menjimatkan minyak….tak kata juga kereta besar tak jimat minyak tapi relatifnya harga d Malaysia kereta cc besar mahal dan besdaynya memerlukan ongkos besar! fikir dulu sebelum gubal


    • Tuan farghmee,
      Tnya Allah tindakan dan amalan melalui sembahyang sama ada wajib dan sunat khusus zikir2 dan amalan yg telah diterangkan oleh alim ulama(muktabar) jika tuan berasa pendapat gol.ustaz atau terdapat pencanggahan maka tanyalah Allah.
      Tidak perlu pemberontakkan jika nak tukar kerajaan jika kerajaan yg ada skrg tidak terpesong dan menyatakan sokongan maksiat dan bersangka baiklah terhadap mereka pemerintah .
      Tegakkan khalifah menegakkan sistem pemerintahan Islam sepenuhnya.Siapa pemimpin itu adalah rahsia Allah pastinya org itu lebih baik dr saya dan tuan yg memegang maksud khalifah sepenuhnya…Khalifah yg bleh menundukkan bukan setakat manusia tetapi alam juga tunduk ke atas arahannya…Lantikan pemimpin bukan dari kami itu kuasa Allah…mungkin tuan atau org lain…
      Panji di sini adalah merujuk umat Islam iaitu Panji di bawah naungan Allah SWT…dan sama spt apa yg tuan niatkan iaitu ISLAM.

      Tiada halangan kpd tuan mnjalankan tgjawab sebagai pengundi selagi tidak membahaya Islam . kami hnya bertindak mendamaikan umat Islam di Malaysia…

      kerana yg baik itu adalah dr Allah yg buruk adalah dari kita sendiri…

      Sekian…

Leave a Reply