ARKIB

KATEGORI

Buletin

Denza Malaysia lanjutkan tempoh servis pertama kepada 20,000km bermula Julai 2025

Berita Tempatan

Views

Denza Malaysia hari ini mengumumkan satu langkah penting dalam usaha menambah baik pengalaman pemilikan pelanggan dengan melanjutkan tempoh servis pertama kenderaan mereka.

Bermula 1 Julai 2025, penyelenggaraan berjadual pertama bagi semua kenderaan Denza kini ditetapkan pada 20,000km atau satu tahun, mana-mana yang terdahulu.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!

Langkah ini merupakan peningkatan ketara berbanding jadual sebelumnya yang menetapkan servis pertama pada 5,000km atau tiga bulan.

Keputusan ini mencerminkan keyakinan tinggi Denza terhadap keupayaan kejuruteraan dan ketahanan kenderaan keluarannya.

Menurut Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn. Bhd., Eagle Zhao, lanjutan tempoh penyelenggaraan ini adalah bukti kepada mutu kejuruteraan dan kebolehpercayaan tinggi dalam setiap kenderaan Denza.

JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua

Ia juga menunjukkan komitmen syarikat dalam menawarkan pengalaman pemilikan bertaraf premium serta memastikan pelanggan menikmati perjalanan dengan penuh ketenangan.

Dengan pengurangan kekerapan lawatan servis awal, pemilik Denza kini dapat meluangkan lebih banyak masa menikmati pemanduan tanpa perlu berkunjung ke pusat servis terlalu kerap.

Inisiatif ini bukan sahaja menjimatkan masa dan kos pemilik, malah turut memperkukuh imej Denza sebagai jenama yang menekankan kemudahan, keandalan, dan inovasi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply