Pakar dalam logistik automotif, DRB-HICOM Auto Solutions Sdn Bhd (DHAS), anak syarikat DRB-HICOM Berhad, telah menerima tujuh (7) unit prime mover MAN TGS 18.360 4×2 spesifikasi Euro V, baru-baru ini.
Langkah ini bagi membina armada miliknya sendiri dan mengurangkan kebergantungan terhadap pengangkut pihak ketiga. Sebelum ini, DHAS hanya menyewa tiga unit trak jenama Jepun bagi tujuan pengangkutan.
Namun, dengan perkembangan pesat industri automotif, khususnya peningkatan pengeluaran dan import kenderaan elektrik (EV), keperluan terhadap sistem logistik yang lebih mantap menjadi semakin mendesak.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!
Ketua Pegawai Operasi DHAS, Fawzi Ahmad, berkata, pihaknya kini membekalkan perkhidmatan logistik kepada lebih 20 jenama automotif di Malaysia.
Tambah beliau, bagi menyokong pertumbuhan ini, mereka memerlukan armada yang berdaya tahan, efisien dan lestari. MAN TGS memenuhi kesemua keperluan ini.
Beliau turut menyatakan bahawa pilihan terhadap MAN TGS dibuat selepas penilaian menyeluruh yang mempertimbangkan aspek spesifikasi teknikal, ciri keselamatan, harga, kemudahan sokongan selepas jualan, serta kesesuaian terhadap operasi tempatan.
Lebih penting, model ini dilengkapi sistem telematik bersepadu yang membolehkan pemantauan prestasi kenderaan secara langsung, sekali gus mempertingkatkan kecekapan operasi armada. Reka bentuk kabin yang ergonomik dan selesa juga mendapat pujian daripada para pemandu.
JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua
Sementara itu, Pengarah Urusan MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd, Andrew O’Brooks, menyifatkan kejayaan ini sebagai bukti keupayaan MAN untuk menyokong keperluan logistik pelanggan dalam masa singkat.
Ujarnya, sebagai pengeluar trak berat pertama di Malaysia dengan enjin Euro V standard, mereka berpengalaman luas dalam membantu pengendali menjimatkan bahan api, mengurangkan pelepasan, dan menurunkan kos pemilikan keseluruhan (TCO).
Trak MAN Euro V telah terbukti berdaya tahan dan boleh dipercayai sejak mula beroperasi dalam keadaan sebenar di Malaysia pada tahun 2021.
DHAS turut menyatakan minat terhadap trak elektrik MAN eTGX yang menawarkan jarak perjalanan sehingga 800 kilometer sebagai sebahagian daripada pelan elektrifikasi untuk mengurangkan kos operasi.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
KOMEN TERKINI