ARKIB

KATEGORI

Buletin

DRB-Hicom pemilik baru Proton??

Views

Terlewat nak update blog mengenai isu baru ni, sibuk pasal kerja. Nampaknya Proton dah ada pemilik baru, DRB-Hicom. DRB-Hicom dikatakan telah menang bidaan 42.7% pegangan saham Khazanah Nasional dalam Proton. Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kerana telah menjadi pemilik baru Proton. Harap lepas ni dapatlah suntikan dana untuk bangunkan model-model baru & teknologi masa depan. Kalau boleh jangan la jual Lotus Engineering kat orang lain, tu la lubuk emas Proton sebab banyak syarikat luar mintak diorang sebagai consultant.

* harap kalau dah dapat Proton kena la bagi untung, kalau rugi jangan mintak kerajaan beli balik dah ler, nampak sangat la tu… 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

103 Comments


  • adekah kete proton akan dipasang di pekan…cam dulu…proton satria…harapan pada DRB..moga2 dpt suntik dana & teknologi baru pada Proton….


  • lama btul nak dapat exora bold, dah booking 18.12.2011 lagi tadi call sa pun tak tahu bila lagi dapat, harap2 dapat la sbelum raya cina ni..


    • kalau elegant brown mmg lambat. tmpt sy pn xde dpat lg. huhu.. ptutnye Proton fokuskan stok pd warna ni sbb warna baru. so demand lbh tggi.


      • rilek bro… robot nak cat kereta tak leh cat satu warna jer sepanjang hari… ada teknik nak cat kereta supaya kualiti cat elok….

        nanti tadke lah org complaint.. sabar tu separuh dari iman…. lg lmbt dapat.. lagi lambat tanggung hutang.. hehehehe


    • yeay!! dh pn test drive exora bold semalam..kuasa enjin dia mmg aku kagum..walupun start tekan pedal tu dar pegun agak lembab, x mcm neo cps aku tu..tp bila dh jln je kete terus meluncur laju..kalu trafik lite sure menang punya..haha

      try jugak amik lap L dgn kelajuan 70kmh, mmg x de buang, rasa mcm bawak kete sedan..

      noise dlm kabin pn ok, xde dgr bising2 kat luar..certain time tu mcm tak dengar langsung bunyi di luar ( maybe kete baru ) cuma bunyi enjin leh improve lg sbb stil dgr bunyi enjin ( seperti bunyi pulley yg sedang berpusing )

      1 yg ketara yg aku perasan, sepanjang aku drive tu, rpm enjin ssh betul nk lebih dr 4ribu rpm..even dh cecah 80kmh pn jarum rpm still static tepat2 atas no.2 so aku rasa tak hairan kalu kata exora bold cfe ni jimat minyak.

      overall, aku bagi 4/5 bintang..kalu bg 5/5 nampak mcm xde kecacatan langsung plak, tetap ada something yg masih boleh di improvekan di masa akan datang.


  • salam, bru baca blog pt tadi…dikatakan pemilik baru tak kn menjual apa2 subsidary dlm masa 2 taun dari tarikh pemilikan…ertinya…lotus akn berada dlm proton group dlm 2 taun lagi…smpai 2014…anybody to clarify…betul ke sangkaan aku ni..thx


    • dalam proton bkn ada Lotus jer bro… byk lagi syarikat yang bro tak tahu dalam proton.. cuma lotus jer yang slalu sebut… syarikat2 yang buat panel2 kereta pun under proton…..

      so tnggu dan lihat jer.. spekulasi nie tak elok pun sangat.. buat org hidup dalam ketakutan…


  • harap2 apa yg telah dirancang oleh pengurusan sebelum ini dapat diteruskan. Dan adakah berlaku rombakan dalam pengurusan proton??adakah dato nadzmi akan kekal sbg pengerusi proton?


    • Smlm (Selasa 17hb) aku pi event ‘My Proton Journey’, at the same day rupanya ada meeting GLC apa ntah kat COE, nak masuk je guard tanya aku dr GLC mana, aku pun blur la aku ckp sy dpt jemputan dr proton ‘my proton journey’ pastu dia check2 dlm list katanya nama aku takde, tp last dia bagi masuk gak. Camna nak ada depa check nama dlm list GLC yg aku tgk byk senarai syarikat.
      Anyway, event My Proton Journey tu mmg best juga. Yg paling best pembeli diberi peluang masuk R&D Proton dan aku dapat pegang dan belek P321A secara live, tp masih berkoyok la. Ada satu bawah selimut aku mintak depa selak depa kata tunggu je bro tgh tahun ni.
      Headlight aku tgk, mmg cun, nmpk jelas RDLnya. Overall nmpk besar, tp x trlalu besar, lebih kurang Waja, cuma dia lebih botox/gemuk. Dashboard agak simple, mcm yg spyhots tu, tp clean n nice juga. Overall walopun masih berkoyok, fizikalnya nmpk macho. Harap dah keluar nnti dapat beri wow factor.


  • Harap kekalkan DSZ and Dato Nadzmi. Dua orang memang mempunyai jiwa proton dan tahu arah mana yang proton patut pergi. Jangan dibuang orang2 yang bagus. Dan jangan abaikan quality.


    • yep.. Itu la pasal. Biler dah banyak duit, korek3, bagi org, lepas nak bangkrap, suruh Gov bailout. Mcm bodoh jer proses perniagaan DRB hicom nh.


      • tau xpe…gua penah keje dgn DRB…itu pasal gua tau ape yg berada dimate mereka…quality is nothing compare to sales…jadah hape…gua nak mencarut sbnrnye…tp kene band nnti…sedih beb…


      • rasenye kalo stay status quo lg bgs. maknenye biar je shareholder kt khazanah dulu. sbb dh bole nampak dh sbnrnye hala tuju proton skg ni. insyaAllah with those models in the pipeline right now proton could get profit decently within the next 2 years….

        tp skg dh dtg drb ni, ntahla. malas nk cite panjang2. spt yg forumers lain ckp la, diorg bkn kesah ape pn slain profit. even diorg punye employee (especially engineers) pn diorg treat cm hamba je…


  • tadi pg salesman call, soh dtg utk bg info utk loan. ptg tadi da antar da. esok, akn tentukan bank mana nak amek. hopefully dpt selom jumaat. elegent brown jugak, exora bold jadi pilihan…


  • Lotus Group lubuk emas Proton?

    Walaupun banyak client tapi langsung tak pernah untung, tiap-tiap tahun rugi besar. Proton adalah sebuah business dan Lotus Group menjadi liabiliti kepada Proton setiap tahun.Tiap tiap tahun rugi, dulu kini dan selamanya, lebih baik unload saja Lotus ke manufacturer lain. Tunggu sahaja plan model-model baru Lotus, kalau masih gagal jual sahaja.

    Group Lotus terlalu ambitious, nak survive pun terpaksa buat pinjaman dari bank-bank Malaysia untuk tampung R&D. Dah dapat pinjaman, sponsor Genii Capital masuk F1 jadi nama Lotus Renault GP. Genii Capital pun bergantung pada pay driver. Mustahil Lotus akan untung semula. Persaingan bahagian supercar sangat-sangat sukar.


    • kan ada mention kat situ lotus engineering, dalam group lotus terbahagi kepada 2, lotus cars & lotus engineering, lotus cars la yang tak pernah untung, lotus engineering ada je untung sepanjang tahun…


    • Mmm… masa proton beli pun mmg lotus tu dah nak bankrup. What do u expect? lotus car n lotus engineering. Lotus engineering bnyak beri manfaat dan teknologi kepada proton utk blajar n buat business. Disebabkan dulu lotus mmg dah rugi la proton sediakan plan pemulihan 5 tahunnya dan berkembang menjadi pesaing baru kereta2 sport generasi baharu. Sekurang2nya proton ada usaha utk memulihkannya disamping manfaat lain yg proton perolehi.

      Cuma setujulah, jika plan pemulihannya itu gagal. Dan akhirnya proton perlu memikirkan utk menjualnya. Sebab masa tu dah jadi liabiliti. Kalau sekarang nie jual, satu tindakan yg tidak bijak, baik la tak yah beli lotus sejak awal2 lagi kalau mcm tu kn?:)

      cheers!


  • nak x nak aku trima je… sbb dah jualpn… klu khazanah beli balik rugi rakyat semua… so nie ada skit aku wat research pasal plan drb hicom utk proton…

    Introduction of DRB-Hicom + Proton Holding
    – Shareholders Sales and Purchase Agreement (SSPA)
    – further expand and add value to the Group’s automotive portfolio and businesses.
    – reiterated that since 2009, DRB-HICOM has put in many thoughts to study and analyse the position of Proton which subsequently resulted in the generation of a practical and executable Business Plan transcending the entire automotive value chain.

    Plan by DRB-Hiicom
    – practical and executable Business Plan transcending the entire automotive value chain
    – functional and technical know-how coupled with its multi-brand experiences working with global partners to provide inputs on how to enhance Proton’s systems and procedures.
    – steer Proton further forward
    – strengthen Proton’s operations in terms of localisation and vendor development
    – manufacturing system
    – distribution network
    – presence in the regional market as an ASEAN car

    DRB-HICOM’s immediate plans for Proton
    – enhances the entire automotive eco system.
    – utmost priority – put into action and realise the workable business model for Proton
    – product renewal and enhancement is one of the major agenda lined up
    – hybrid and electric vehicles are one of the main focuses
    – continue to strive to cater to its consumers’ needs, taste,
    lifestyle requirements as well as in line with global automotive market trends

    ada lg further plan by drb hicom… tp x siap lg… lg separuh rasanya… klu dah siap insyallah aku pos lg…


  • dont worry… dulu drb hicom own air asia, tak laku, stewardess tak cun… diorang jual kat tony, jadi gempak ape, stewardess pun ramai cun cun dah.

    this time kalau proton rugi jugak, nanti diorang jual je kat tony balik. diorang memang kamcing. nanti everybody can drive. basic price start at 0.99 cent. lepas tu tambah tayar harga lain, rim harga lain, nut rim harga lain, kalau diorang isi angin tayar harga lain (nak jimat mase collect kete, bawak tayar sendiri)……


      • Dulu AirAsia masa dengan DRB konon nak fight direct dengan MAS dalam Asia, hence the name AirAsia. Time tu MAS sangatlah power (tak macam sekarang). Sebab itu melingkup. Kalau tak salah warna aircraft dia biru gelap.

        Tony beli murah (termasuk dengan segala hutangnya) dan tukar jadi no frill low cost airlines ala Ryanair di Eropah dan sekarang jadi terbesar di Asia. Itu pun sebab susah nak masuk pasaran India dan China. Kalau tak rasanya mungkin boleh jadi terbesar di dunia.


  • Further Plan by DRB-Hicom
    – Enhancing the development of Proton’s current human capital and talents
    – look to the competent workforce of Proton to put their best foot forward
    – commitment to continuous learning will provide opportunities for the staff of Proton to
    enhance their competencies
    – hand-in-hand to promote performance and diversify its products offerings
    – presence of International College of Automotive (ICAM) established by DRB-HICOM
    – golden key to Proton’s core competence to unlock the future for Proton
    – local and international parties be it learning institutes for twinning programmes
    – generate well-trained and competent knowledge-based professionals as talent
    supply to Proton
    – maintain its intention and interest to safeguard the national car company
    – at the same time encourage, facilitate, grow and enhance Malaysia’s national
    automotive industry
    – making Malaysia a preferred automotive hub capable of rivalling its neighbours
    – mushrooming of local automotive manufacturing entrepreneurs venture

    ada skit lg nie yg x siap… semua nie base on plan by drb hicom….


  • erk…kenapa aku masih terbayang yg drb-hicom ni masih ada bau2 bacang dgn kerajaan??mcm ala2 GLC gak dorg ni..

    dan psl P3 tu, kalau btul utk pasaran tempatan hanya offer 4 airbags, ia sudah tentu sedikit sbyk akan mngecewakan pembeli.


      • erk..ape maksud 4 set airbags..saya ingat 4 airbags tu adalah untuk pemandu dan penumpang depan serta 2 side airbags juga untuk pemandu dan penumpang depan..so kalau 6 airbags tambah lagi 2 curtain airbags.

        Maksudnya kemungkinan besar curtain airbags takde utk pasaran tempatan. BTW, kenapa proton takde nak buat sneak preview kepada org ramai bagi model ni sedangkan ia salah satu kaedah promo kpd pembeli yg berpotensi.


      • standard lah org malaysia.. dari zaman nenek2 aku dulu.. akan bercerita tentang benda yang tak tahu… menokok tambah mmg terrer org malaysia nie… bila kata 4set air bag.. mungkin dekat kereta ada 4 airbag.. mungkin juga ada 8 airbag… mungkin kurang dari 8 airbag… tapi tak kurang dari 4….

        tengok mcmana manufacturer define 4 sets tu…


      • Bro, kalau ada 6 airbag pon, bukan nye orang msia ni pakai seat belt kat blakang. Rata2 bile nampak polis baru terkial2 nk pakai seatbelt kat depan. Kalau tak pakai seat belt, mane boleh function airbag tu.

        Tapi, bagi aku, airbag ni mmg satu tool marketing yang berguna.

        Bro campromania, cube buat survey brape ramai yang paksa passenger diorang kat blakang pakai seatbelt.

        Secara jujur, aku x igt bile last kali aku nampak orang pakai seatbelt kat blakang. Polis yg duduk kat blakang pon aku tgk slalu je x pakai seatbelt blakang.


    • Airbag banyak2 pun pemandu kita tetap tak pakai seatbelt.

      Saya saja2 duduk tepi jalan kira pemandu kereta yg pakai seatbelt. Pemerhatian saya di sebuah jalan di Sek. 9, Shah Alam mendapati 13 org daripada 20 buah kereta tak pakai seatbelt.

      Agaknya masa saya kira tu ramai yg tak pakai seatbelt kot. baik sangka. haha.


      • Sebab tu kereta kat Msia ni jgn tawarkan airbag byk2..cukup setakat dua je kerana org msia mmg tak suka pakai seatbelt. Model P3 ni pun cukup dua airbag je. tak perlu banyak2. Lagipun tu je minimum requirement kerajaan utk kereta baru.

        Kalau nak letak airbag byk2, letak untuk model eksport je.


  • Kita kena ingat dulu DRB-HICOM ni pegang franchise Chevrolet kan? Apa jadi dengan Chevrolet? Banyak beza dengan keadaan sekarang Chevrolet bawah NAZA.

    * Lepas ni pemilik proton boleh beli part R3 kat post office sebab bawah satu payung DRB-HICOM. 🙂


  • DRB-HICOM Bhd. hari ini muncul sebagai pemilik baharu Proton Holdings Bhd. (Proton) setelah memeterai perjanjian pembelian dan penjualan 42.74 peratus kesemua saham yang dipegang Khazanah Holdings Bhd. (Khazanah) pada harga RM1.291 bilion atau RM5.50 sesaham.

    Pembelian itu menamatkan spekulasi penjualan syarikat nasional itu di dalam pasaran sejak lebih sebulan lalu.

    Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, DRB-HICOM telah dikenal pasti sebagai pihak paling sesuai dan layak untuk menguasai Proton.

    Katanya, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dan penilaian terperinci melibatkan pelbagai cadangan bagi memastikan prosesnya teliti.

    Urus niaga yang masih tertakluk kepada kelulusan para pemegang saham DRB-HICOM tidak membabitkan sebarang liabiliti dan jaminan kerana ia akan diselesaikan melalui proses perniagaan seperti biasa.

    Azman berkata, cadangan DRB-HICOM turut memperlihatkan penglibatan menyeluruh Proton dalam sektor automatif dan rangkaian kerjasama strategik di dalam dan luar negara.

    Katanya, cadangan strategi dan pelan perniagaan konglomerat automotif itu menyediakan platform yang berkesan bagi memenuhi kemapanan Proton dan memenuhi keperluan pertumbuhan jangka panjang.

    Azman menambah, DRB-HICOM juga mengemukakan harga tawaran yang boleh diterima kepada Khazanah.

    Sementara itu, DRB-HICOM dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata, harga yang ditawarkan mewakili 6.2 peratus premium pada harga tutup saham proton sebanyak RM5.18 pada hari Jumaat.

    Katanya, harga yang ditawarkan itu mengambil kira premium masing-masing sebanyak 2.80 peratus, 12.70 peratus dan 26.73 peratus selama lima hari, sebulan dan tiga bulan kenaikan harga pasaran saham Proton termasuk harga saham pada Jumaat lalu sebanyak RM5.35, RM4.88 dan RM4.34 sesaham.

    Ia juga berdasarkan nisbah harga kepada tempahan 0.56 kali berasaskan aset bersih yang diaudit Kumpulan Proton sehingga 31 Mac 2011 kira-kira RM5.406 bilion.

    Saham Proton dan DRB-HICOM digantung hari ini sebagai memenuhi keperluan untuk membuat pengumuman tersebut.

    Berikutan jumlah penguasaan yang melebihi 33 peratus, DRB-HICOM akan membuat tawaran am mandatori (MGO) untuk memiliki baki saham Proton yang belum dipegangnya.

    Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil dalam kenyataan berasingan melahirkan penghargaan kepada Khazanah di atas kepercayaan yang diberikan untuk mengemudikan Proton ke peringkat lebih tinggi.

    Beliau berkata, DRB-HICOM telah meletakkan Proton dalam radarnya sejak 2009 dengan melaksanakan pelbagai kajian dan analisis kedudukan syarikat itu yang membawa kepada pembentukan Pelan Perniagaan Bersepadu bagi mewujudkan rantaian nilai automotif.

    Mohd. Khamil berkata, MGO bakal menyediakan peluang kepada DRB-HICOM untuk meningkatkan pegangan ke atas syarikat pengeluar kereta nasional sekali gus menjadikannya anak syarikat.

    Beliau menambah, pembelian Proton yang akan dibiayai melalui dana dalaman dan pinjaman, dijangka selesai pada suku kedua 2012.


  • Perlu diingat..DRB-HICOM dulu lain ownernya dengan DRB-HICOM sekarang..
    jadi direction untuk Proton mungkin tak sama.Cuma harap yang terbaik sahaja.
    Btw,lebih suka baca komen disini berbanding di PT,kebanyakkan komen di sinung dipenuhi sampah sarap oleh tukang2 ramal..


  • DRB Hicom owner dia MMC x silap or Syed Mokhtar…dia suka beli company guna loan pastu dumpkan loan tu dalam company tu balik..ataupun aku beli ko guna loan pastu ko kene bayarkan loan aku tu..tp xtau la arrangement beli proton ni camne..hopefully x..

    mintak2 makin naik lah proton biler da ader owner baru..aftersales and marketing boleh improve lg..technical da nampak bibit2 kemajuan..xtest lg CFE ni..hmmmm..


    • dia cagarkan/pledge shaham syarikat yg dia beli tu kpd bank.. kalau dia x bayar, bank jadi owner baru dia ler…. mcm Glazer beli MU,… cagar saham MU kat bank… 🙂

      p/s: practise ni mmg org kaya selalu buat…


  • secara teknikal mmg nampak drb-hicom x kn sia2kn proton…nampak yg dia ada plan yg betul2… dia nak expand lg proton…. dia nk guna kilang tg malim…utilizekn… may b utk vmnya produk ke… n akn ada rombakan dlm proton… dia akn letak org2 dia… yg dia percaya … yg leh trima arahan direct dr dia utk laksanakan perubahan n penambahbaikan dalam proton… eon akn take over skit2… dia akn market local n internationally…

    malaysia jd hub pembuatan kereta… dia nak utilize tg malim nie… keta hybrid n electric dia kan komersialkan dgn cepat may b awal thn dpn kuar hybrid… bcita2 n jd supplier or vendor utk global part…

    dia nk pekerja yg productive n comnpetence dia bnyk tekankan pd ICAM…


  • baru book saga se..xlama lg jg owner produk proton..
    xpasti la berita ini gembira atau sebalik nya..
    takut2 hanya mainan bisnes atau politik sahaja..


  • Syed Mokhtar ni ada 3 parent company besar iaitu DRB-HICOM, MMC, Tradewind (berniaga angin?).

    DRB-HICOM
    —————
    1. PROTON
    2. EON
    3. HONDA MALAYSIA
    4. ISUZU MALAYSIA
    5. MODENAS
    6. BANK MUAMALAT
    7. UNI-ASIA INSURANS
    8. ALAM FLORA
    9. KL AIRPORT SERVICE
    10. POS MALAYSIA
    11. PUSPAKOM

    MMC
    ——
    1. PORT TG. PELEPAS
    2. JOHOR PORT
    3. SMART TUNNEL
    4. MALAKOFF
    5. GAS MALAYSIA
    6. MMC-GAMUDA

    TRADEWINDS
    ——————-
    1. TRADEWIND PLANTATION (Sawit)
    2. CSR (Gula)
    3. GTP (Gula)
    4. BERNAS
    5. GARDENIA (Roti)

    Kesimpulannya, kehidupan seharian kita semuanya akan melalui konglomerat Syed Mokhtar.

    Situasi:-

    Pagi-pagi kita bangun sarapan minum teh-o dengan gula CSR/GTP. Makan roti GARDENIA bakar sapu mentega TRADEWIND PLANTATION. Lepas tu pergi kerja naik kereta PROTON/HONDA/ISUZU. Naik kereta lalu SMART tunnel. Dah cukup bulan gaji masuk BANK MUAMALAT. Kena bayar bil elektrik kena pergi PEJABAT POS. Baru perasan kereta nak kena servis dah, jadi pergi EON. Lagi 2 bulan road tax mati kena insured kat UNI-ASIA. Kereta lebih 20 tahun, kena hantar check PUSPAKOM pulak. Lepas bayar api, lapar la pulak. Pergi makan nasi menu 1 Mlaysia beras BERNAS. Beras ni import masuk ikut PORT TG.PELEPAS/JOHOR PORT. Nak masak nasi kena pakai GAS MALAYSIA. Lepas makan samapah-sampah ALAM FLORA yang angkut. Ingat nak cuti panjang kena pula guna KL AIRPORT SERVICE.

    * Kalau setiap aktiviti kita Syed Mokhtar ni dapat 10sen pun dah cukup dengan rakyat Malaysia 27juta orang termasuk berjuta-juta pekerja asing dan pelancong. Mana la tak kaya.


  • harap2 nazmi tu kena buang sbb perancangan dia dah tak selari dengan syed zainal yang merasakan lotus sebagai aset n nazmi merasakan satu beban…beban bila banyak benda yang tak berjalan dengan baik…cakap2 macam2 tapi nape tak usaha dari sekarang…
    bagusla drb hicom abik dari orang lain abik…n syed mokhtar pun baik dengan arwah tan sri yahya..cuma ramai atau tak je yang tau..sbb tu syed mokhtar berkeras beli drb hicom..kalau baca ekonomi akan tau pasal ni…datuk khamil pernah bagitau syed beli drb hicom sbb ada perancangan yang lagi besar…

    n kalau nak kutuk syed mokhtar terutamanya proton lovers, dia pun pemilik kereta proton n sebuah mercedes lama..dia kata cukuplah dengan kereta proton sbb bangga naik kereta proton..orang yang boleh memiliki jet kapal terbang n semuanya menolak beli kereta lain sbb sayang kat kereta malaysia…nak kutuk syed pun kutuklah tapi sayangnya dia kat kereta Malaysia wp banyak duit tetap beli kereta Malaysia…kalau kita camne agaknya…ramai yang buat macam tu bukan syed sorang tapi aku bangga dia beli Proton..sesuatu yang beliau sayang n bangga memilikinya…


    • Mmm… Pembida teratas; DRB-HICOM, NAZA n D Nadzmi sendiri. Bagi saya, kehadiran D Nadzmi sebagai pembida sebagai polimik jer. Dia tau proton tak akan terima dia sebagai pemegang saham proton tu, Tapi still bid, hanya sebagai dummy 3 company/individu yg tersenarai. Agak pelik kn statementnya ingin melupuskan lotus kalau dia yg pegang share proton. Sedangkan dia dah bleh buat begitu tika nie sebab dia kn pengerusi proton?:) Lebih tinggi pangkatnya drp DDSZ sebagai pengarah urusan. Lagi pun pernah terbaca artikel wawancaranya berkenaan lotus antara lain katanya lotus bukan utk dijual, Lotus adalah aset berharga proton. So, amat tidak sama nadanya…

      Mgkin dia sengaja buat statement lotus itu supaya dia tidak terpilih. Just melengkapkan kuota pemilihan, menaikkan repo n saham proton jer. Cuma disaat2 akhir 2 company lain berminat membida tapi itu pun tak bersungguh2 (GM n GINII apa tah…hehe).

      Pasal syed mokhtar… dia ok. Seorg businesman yg ok, cuma yg risaunya DRB-HICOM tu je dibawah teraju dato Khamil. Amat berbeza sebenarnya sewaktu proton di bawah Khazanah yg tak de apa2 kaitan busines automobil secara teknikalnya. Meletakkan sepenuh kepercayaan kpd proton dgn perancangannya. Asalkn prootn buat untung sudah ler… Tapi di bawah DRB-HICOM sy rasa tidak lagi begitu kerana mereka juga terlibat dlm sektor yg sama:)

      Statement Dato Khamil baru2 nie seperti tidak selari dgn perancgn proton dibawah teraju DDSZ. Proton dilihat sedang mengukuh/merombak segment2 baru dgn penampilan model yg di revise/upgrade semula cth wira/waja lupus ganti dgn inspira dm C-D segment. P3-21A dlm prospek segment global car dan bukan pengganti persona. Savvy lupus diganti dgn GSC dan replace perdana dgn model rebadge yg lebih berdaya saing dlm D segment nanti.

      Antara lain dato khamil plak lebih suka model2 seperti wira, waja dan perdana dikekalkan dan model2 nie dikembangkan; kos lebih rendah berbanding create model baru segment baru dgn pelaburan n rnd yg lebih besar; dgn merujuk seperti model2 merc E-class, Civic, Camry yg still namanya digunakan hingga kini… Bagi saya model2 nie dah berjaya mmg patut pun company tu kekalkan;)

      Apa2 pun all the best proton. Cuma jgn plak VW amik kesempatan nie sudah ler… mmm.. dah melalut panjang plak nie…sorry.:)

      My 2 cents.

      cheers!


      • harap maksud statement Dato Jamil tu tak bermaksud mengekalkan kereta berteknologi lama sehingga berpuluh-puluh tahun untuk raih untung gila2, saya harap plan Proton untuk menggantikan model lama kepada model serba baharu setiap 5 tahun dikekalkan, saya agak musykil dengan statement drb untuk mengurangkan kos, nak kurangkan kos tak jadi masalah, tapi janganlah sampai kualiti diketepikan, Proton sepatutnya ke global bermula tahun ini, janganlah ditangguhkan, kereta zaman sekarang makin lama makin maju, harap pelancaran P3-21A tidak ditangguhkan kerana model inilah yang akan menentukan masa depan sebenar Proton di Malaysia dan di seluruh dunia.


      • Tahu…

        Tapi DRB Hicom kan Pasang Suzuki!….

        Kalu Proton Pasang pastu localization tinggi…….. dapat excise rendah mcm Proton……boleh la Jual Alto Harga Viva…. kasi itu Perodua ada competition skit.


      • nanti gsc akn compete ngan myvi plus drb kata dia akn ikut pipeline proton lu… dia x interfere bnyk dr segi kereta sbb protonnya plan dari segi kereta mmg ok… next to come p321a dah 2 inspira phase 2 dan 2 gsc dah 2 may b reev n ev (nie yg drb nak, green car)


      • GSC tu utk global

        Rakyat Malaysia mentaliti kelas ketiga…..beli keta sebab ada halfkat Jepun

        Orang beli myvi, viva adalah jepun wannabe….. takkan beli barang tak ada bau jepun ni…..

        bila bagi swift ke alto ke harga murah pening la puak2 ni….


      • tak silap aku zaman Hicom bawah arwah Tan Sri Yahya mereka ada beli saham/pegangan dalam suzuki, arwah beliau pernah memiliki beberapa kereta konsep show car dan tailor-made suzuki cars dahulu yang di berikan dari suzuki. namun maybe saham itu hanya untuk heavy industry company di bawah suzuki..wallahualam.


  • DRB-HICOM dah pun membelanjakan sejumlah RM220 juta untuk membeli 7.7% saham Proton di pasaran terbuka bursa saham pada harga antara RM4.40 hingga RM4.47. Patutla saham Proton aktif semacam je semalam. Campur dengan 42.7% dah jadik 50.4%. So pengaruh DRB-HICOM lepas ni memang kuat.

    Rasanya Dato Nadzmi boleh berundur sebab bagila muka org baru macam DSZ. Konsortium Transnasional akhir-akhir ni rugi makin banyak. Elok dia tumpukan kat situ.

    Transaksi dari Khazanah ke DRB-HICOM sebenarnya pindah dari tangan kiri ke tangan kanan je. Pos Malaysia dan Proton dijual ke DRB-HICOM atas agenda menjaga kepentingan Bumiputera.

    Tapi yang hairannya kenapa bila orang melayu diberi peluang untuk beli syarikat GLC, ada yang melenting sedangkan orang bukan melayu seperti Ananda Krishnan diberi peluang sama rata oleh Mahathir dulu untuk berniaga. Cuba anda baca dan teliti artikel yang ditulis oleh penulis sememangnya bukan melayu. Ala baru no 7, itupun sorang Melayu dah bising. =)
    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/syed-mokhtars-proton-win-raises-concerns-over-wealth-concentration/.
    http://bigdogdotcom.files.wordpress.com/2008/01/malaysian_billionaires.jpg

    Cuma mungkin Syed Mokhtar kena kurangkan hutang. MMC dibebani hutang oleh Malakoff(14.2 billion). DRB-HICOM akan dibebani hutang oleh pembelian Proton (sekitar 3.0 billion). Orang yang berhutang rohnya akan tergantung sehinggalah hutang tu dijelaskan.


    • Hutang DRB ni dekat2 RM20billion juga..so ada duit tak nak pump modal kat proton nanti..tu belum pump modal kat lotus lagi yg sentiasa dahagakan wang.


  • amat membimbangkan laporan bernama bhw operasi sijangkang akan ditutup utk kurangkan kos. Klu pindahkan ke tnjg malim,ok gak coz yg aku dipahamkan, utk hub penyimpanan n pdi, tp drb ckp,kita guna internet ajek, camne pdi guna internet ajek.

    Mcm jugak komen psl lotus,klu lotus itu psk jualan kete ok gak, kena pikir lotus engineering coz itu bwh lotus group jugak. Lainlah diaorg dpt asingkan lotus engineering n lotus cars, amik lotus engineering ajek, jual lotus cars.

    Entahlah, nampak gayanye mcm2 laporan nak utilize vendor2 tempatan, klu yg perform,oklah,xperform gunalah oem,lg bgs. Jgn2,dsz pun kena tukar. Adoi, mintak2 jgnlah.


    • Kenape PDI perlu ke Sijangkang? nak bagi kroni mahadey kaya?

      PDI boleh buat sebelah kilang aje la…….. DRB Hicom ada DHAS yang buat PDI Suzuki, Isuzu, Mitsubishi dah success dah. bUang Duit aje hantar ke sijangkang tu….


      • aku baca kat bernama ckp nak tutup.klu pindahkan ke hub lain oklah. Bacalah betul2 aper aku tulis. Aku bukan ckp pasal xleh pindah hub@kroni moni nih. Klu psg kat hub lain, xda kroni ke? Kat malaysia nih payah. Cume aku nak diaorg buat yg terbaik utk kualiti kete coz last2 org malaysia gak pkai.

        Cume nak buat mcm style lama, pdi ikut suka dealer, xsyoklah, byk prob akan timbul cam sblumnye.

        Cume doakan yg terbaik,jgn kembali smula ke zaman lame,udah ler. Terkenang zaman servis kete prtn kat eon dulu, entah aper2 diaorg buat. Asyik bukak hood,pastu tinggal,tup tup,tutup hood,g bay lain, alih2,siap. Aku tgk dpn mata. Yg buat hanya tukar minyak itam. Inspection lain hanya dummy ajek, bukak hood jek. Pastuh terus blacklist eon centre.


  • pada pandangan personal, syed mokhtar mmg seorg tycoon yg disegani n baik, mcm yayasan albukhari n byk terlibat dgn maintenance n pembinaan masjid.

    Yg aku bimbang, org2 yg planning utk prtn dlm drb. Hrp2,planning dia ok n jgn kira nak cut cost ajek,tgk yg mana yg membazir,kita cut,tp yg beneficial, teruskan ajek.

    Klu ikut plan, prtn sepatutnya,akan g global start tahun nih, tp ikut laporan bernama, drb nak prtn g global dlm 4-5 tahun lg. Klu ikutkan,dah terlambat klu br bak g global. Bg aku, just let them, those in prtn under dsz run the show first utk 5 thn plan transformasi prtn. Support diaorg dr segi financial n moral. Bg kebebasan pilih vendor n etc.
    Jgn campur tgn kcuali klu bg kat vendor2 hampeh.
    Itu ajek. Eon jg sales, prtn jg servis n part. Gabungkan, buat 3s centre stiap ibu negeri stiap negeri.


  • Dengar berita tadi katanya Lotus kemungkinan akan dijual oleh DRB HICOM?? Kalu betul macam tu dieorg akan ulang kesilapan yg sama seperti MV Agusta..
    Perlu sedar disebalik kejayaan jenama PROTON sekarang ada jugak sumbangan drpd Lotus..Tolong la DRB…kekalkan DSZ dan Jangan nak lingkupkan PROTON lagi…jangan nak untung cepat dalam longterm tergadai sana sini.. Tan Sri Syed AlBukhary..tolong dengar ye!!


    • Jual jgn tak jual..proton pun dah boleh buat kereta sendiri..kalau nak harapkan lotus ni bagi untung kat DRB, mmg jenuhlah nak menunggu. Ni DRB pun pening kepala mana nak cari pembiayaan utk beli saham2 proton.
      Jgn syg sgt kat lotus ni..better syg kt proton.


      • suruh gov beli lotus, jadi glc…lepas tu proton ngan perodua boleh guna khidmat teknologi lotus…. gov kan byk duit, syarikat yang nak bankrap gov boleh tanggung, contohnya MAS hahahahaha


  • Kerjasama diantara proton dan lotus byk memberikan manfaat kepada proton dalam menghasilkan model2 baru… setiap model keluaran proton banyak dipengaruhi teknology lotus terutama dalam suspensi , handling dan chasis, Kerjasama perlu diteruskan .. walaupun pada peringkat awal ini terdapat kerugiaan yg ditanggung proton tetapi utk jangka panjang proton banyak mendapat manfaat dan strategy dalam menghasilkan model2 yg berteknology tinggi,hari ini secara sah DRB telah memegang saham proton diharapkan perancangan pembangunan proton berjalan seperti yg dirancang …

Leave a Reply