East Coast Car Show 2013 sudah bermula! Mulai hari ini, 20hb September sehingga 22hb September (Ahad) pameran kereta terbesar di Pantai Timur ini akan berlangsung selama 3 hari di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre (SASICC), Kuantan, Pahang. East Coast Car Show 2013 adalah buat julung kalinya diadakan di Kuantan dan anda berpeluang untuk menyaksikan pelbagai model kereta terbaru dari Mercedes-Benz, Volkswagen, Chevrolet, Toyota, Nissan, Proton, ke kereta berprestasi tinggi seperti Porsche, Audi dan motosikal berkuasa tinggi seperti Yamaha, Ducati dan Aprilia yang bakal menjadi daya tarikan utama pameran ini.
Sesiapa yang tinggal di sekitar Kuantan, Pekan, Kemaman dan sebagainya jangan lepaskan peluang ini. Jom ramai-ramai kita ke sana! Berikut adalah aturcara program East Coast Car Show 2013 :
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
no supercars,
nothing…
nak pamer keta ke nak pamer ‘betina’??? foolish advert!