Daihatsu sekali lagi mencuri tumpuan di Indonesian International Motor Show 13. Laman web paultan.org telah memuat naik foto 2 model konsep Daihatsu NC-Y Concept dan Daihatsu NC-Z Concept yang dikatakan model yang sama tetapi dengan gaya rekaan yang berbeza. Kedua-duanya dikatakan memberi bayangan untuk kereta kompak mampu milik pada masa akan datang. Nama NC adalah singkatan daripada perkataan New Car manakala Y dan Z adalah pilihan rekaan.
Jika diperhatikan model konsep ini nampak telah siap sedia untuk memasuki fasa produksi dan saiznya lebih kecil daripada , namun Daihatsu Sirion (Perodua Myvi rebadged), tetapi lebih besar daripada Ayla. Tidak dapat dipastikan bilakah model ini bakal dlancarkan. Saya lebih berminat dengan rekaan NC-Y Concept yang nampak lebih mantap berbanding NC-Z yang nampak lebih feminin. Selai imbas profil sisi NC-Y Concept seakan-akan model Volkswagen up!
Adakah ini juga memberi gambaran kepada model pengganti Viva? Sama-sama kita nantikan apa yang bakal dipertontonkan oleh Perodua di KLIMS13 nanti! 🙂
Daihatsu NC-Y Concept
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
Daihatsu NC-Z Concept
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
styling cues Daihatsu NC-Y Concept mcm VW Go.Daihatsu NC-Z Concept ambil side profile Kia Rio. tkde pon org nk bising. sebab apa? Sebab bkan Proton. cbe klau proton buat mcm ni…copycat la, ape la….bla2…typical. i hate bashers! design proton ori la!!
aik…ribut xde..petir takde…apsal tiba2 hangin ni bro?
lek lu…sapkok lu bro..
xdehal la tu… skang ni kita pun dah nampak proton dah improve..bnyk benda dah improve..
tgk suprima-s dah xde issue engine macam preve dulu dah….steady…slow2 la..
esok mana tau satria Neo pakai engine honda civic type R b16b pulak ke… hehehe..
takpun pakai b16a pun xpe dah.. tukar design rocker cover tu je…lain biar menten mcam tu je baru stim!