Ford Ranger nama yang bukan lagi asing dalam segmen trak/pick-up di negara ini. Baru-baru ini generasi baharu Ford Ranger telah dilancarkan secara rasmi. Model ini ditwarkan dalam tiga variant, iaitu 2.2 XLT 4×4 AT, 2.2 XLT 4×4 MT dan 3.2 Wildtrak 4×4 AT. Dengan rekaan yang segar dan mengikut gaya rekaan trak di Amerika, pastinya model ini bakal mendapat sambutan hangat.
Ford Ranger serba baharu dijana dengan enjin diesel empat silinder sebaris dan lima silinder sebaris dengan teknologi Variable Geometry Turbocharger (VGT). Dipadankan dengan pilihan transmisi automatik enam kelajuan dengan Sportsmode dan transmisi manual enam kelajuan, pastinya ia memberikan pemanduan yang hebat dan mengujakan.
Harga (atas jalan termasuk insuran) bagi model ini di Semenanjung Malaysia ialah :
Ford Ranger 2.2 XLT 4×4 MT 6 kelajuan – RM89,888.00
Ford Ranger 2.2 XLT 4×4 AT 6 kelajuan – RM95,888.00
Ford Ranger 3.2 Wildtrak 4×4 AT 6 kelajuan – RM116,888.00
Sila muat turun brosur ini untuk maklumat lanjut :
rupa hensem dan macho.. spec pun ok
Full of Muscle!