ARKIB

KATEGORI

Buletin

Freed baru diperkenalkan!

Views

freed 1

Honda Malaysia Sdn Bhd hari ini memperkenalkan Freed baru di Malaysia. Model ini menggunakan teknologi inovatif Honda yang menawarkan ruang yang luas, reka bentuk bergaya, ciri-ciri canggih dan kualiti. Freed baru meningkatkan keselesaan pemandu dan penumpang dengan lebih praktikal, reka bentuk dalaman dan luaran dengan ciri-ciri yang lebih baik . Perubahan ini membuatkan versi baru Freed lebih baik dan ideal untuk keluarga profesional muda di bandar, yang mengimpikan gaya hidup yang berkualiti.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Yoichiro Ueno berkata, “Kami gembira untuk memperkenalkan Freed baru, yang merupakan produk yang memaksimumkan kegembiraan memandu untuk pemandu Malaysia. Freed terbaru adalah unit (CBU) sepenuhnya dari Indonesia. Sehingga kini, lebih 2,500 unit Freed telah dijual oleh Honda Malaysia sejak pelancarannya.”

Freed baru dilengkapi dengan transmisi automatik 5-kelajuan yang dikuasakan oleh enjin 1.5L i-VTEC yang menjanjikan kecekapan bahan api dengan graviti yang lebih rendah dan stabil. Untuk memberi keselesaan premium untuk kedua-dua pemandu dan penumpang, Gred E Freed dilengkapi dengan kerusi kulit mewah manakala pengenalan tempat letak tangan di kedua-dua belah boleh didapati dalam kedua-dua Gred E dan Gred S.

Ciri-ciri yang luar biasa daripada Freed adalah reka bentuk lantai rata unik untuk penumpang bergerak dengan mudah di dalam kereta. Pemunggahan barangan juga boleh dibuat dengan lebih mudah dengan pembukaan bootnya yang rendah. Honda Freed juga tidak mengabaikan aspek keselamatannya dan model ini dilengkapi beg udara SRS berkembar hadapan, 6-Bintang  Program Penilaian Kereta Baru Jepun (JNCAP), Teknologi Kawalan G-Force (G-Con), EBD, ACE dan ABS.

Model ini didatangkan dengan dua varian iaitu Gred S dan Gred E. Gred S boleh didapati dengan pilihan warna Brilliant White Pearl, Polished Metal Metallic dan Crystal Black Pearl, manakala Gred E didatangkan dengan warna Pearl White Brilliant. Honda Malaysia menawarkan jaminan 5 tahun atau enam puluh (60) bulan dengan perbatuan tanpa had, dari tarikh pendaftaran. Jaminan ini hanya terpakai apabila penyelenggaraan biasa dilakukan mengikut selang masa yang ditetapkan.

Pelanggan juga berhak untuk Kupon Servis Percuma (FSC) untuk menikmati sehingga enam kali caj buruh percuma untuk servis. Kupon FSC adalah terpakai untuk servis perbatuan 1,000 km; 10,000 km 30,000 km 50,000 km; 70.000 km dan 90,000 km . Harga atas jalan model Freed S ialah RM 99.800 dan Freed E dijual pada harga RM 113500.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply