ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA Rio hatchback 5 pintu diperkenalkan!

Views

Image9632

Akhirnya setelah lama ditangguhkan pengenalannya, KIA hari ini dengan rasminya melancarkan Rio generasi baharu. Model ini dijana oleh enjin 1.4 liter petrol dan dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan (fungsi Manumatic – Manual + Automatik). KIA Malaysia menawarkan dua varian untuk model Rio, versi asas EX yang dijual pada harga RM73,888 dan versi spesifikasi tinggi SX dijual pada harga RM79,888.

Saya berkesempatan mengunjungi bilik pameran KIA petang tadi dan melihat dengan lebih dekat model hatchback keluaran Korea ini. Sekali pandang memang begitu memikat rekaan luarannya yang telah menerima sentuhan otai rekabentuk Peter Schreyer yang telah mengubah hala tuju rekabentuk kenderaan KIA sehingga menjadi fenomena diseluruh dunia. Rekaannya tidak terlalu radikal dan lebih ke arah model kereta keluaran Eropah pastinya menambat hati peminat model hatchback ini. Tidak hairanlah model ini menerima beberapa pengiktirafan antarabangsa kerana rekabentuknya, termasuklah anugerah reddot Design Award, Good Design Award dan ABC Design Award Winner (Exterior).

Rekaan lampu hadapan yang seakan-akan topeng ahli gusti “Ultimate Warrior” dengan dilengkapi lampu LED DRL, bersambung dengan gril “Tiger Nose” membuatkan rupa hadapannya cukup garang walaupun model ini dalam segmen B. Sekali imbas kedua-dua varian ini seolah-olah sama sahaja, yang membezakannya cuma versi EX menggunakan rim aloi 16 inci manakala versi SX menggunakan rim aloi 17 inci dengan tambahan sunroof.

Bahagian dalamannya cukup ringkas dan mesra pengguna tanpa banyak butang-butang yang berlebihan sekaligus membuatkan bahagian tersebut tidak berserabut dan kemas. Pemilihan warna hitam menaikkan nilai rekaan dalamannya yang nampak lebih ekslusif walaupun menggunakan material plastik yang keras. Sistem audionya dilengkapi dengan 6 pembesar suara menggunakan teknologi Arkamys Audio System (untuk model SX sahaja), fungsi Bluetooth, pemain MP3, RDS (Radio Data System), pemain CD dan sambungan AUX/USB/iPod.

Butang penghidup yang telah menjadi ciri standard kereta generasi baru KIA juga terdapat untuk model ini. Untuk model SX kerusi belakangnya boleh dilipat 60:40 untuk tambahan ruang bagasi. Ciri-ciri keselamatan turut dititikberatkan untuk model Rio ini dengan 6 beg udara, VSM (Vehicle Stability Management), ABS, ESC, Rear Parking Sensor, isofix, cermin keselamatan untuk bahagian pemandu dan sunroof serta Hill-start Assist Control (HAC).

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Kalau ada rakan-rakan blog yang berada di Kuantan yang berminat dengan model Rio ni boleh la menghubungi saudara Azmir Nizam – 019 959 6993 (bilik pameran Starlite Otomobil berdekatan Celcom) atau kalau nak saya tolong kenalkan kepada dia pun boleh je, bagitau je la ye… 😉

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

17 Comments


  • ermm…dr segi price bracket nmpak mcm competition kpd Preve HB…..kalu Preve HB tawarkan spec mcm Rio ni mmng gempak laa

    im hope so….


  • Emm..harga tu menariknya…so Proton, pandai2 la korang fikir harga untuk Prevé hatchback nanti…sbb tak guna cerita kat orang malaysia ni pasal handling power spec bagai..harga ngan brand tu top priority diorang..harga lebih kurang je ngan prevé nih…


  • Dengan tidak mengambil kira segment, Naza Kia telah berjaya meletakkan harga yg kompetetif kpd kereta ini hampir sama dgn kereta proton preve dan ditambah dgn spesifikasi yg lengkap.


  • Akhirnya pesaing Preve HB telah membuat penampilannya. Proton tak boleh tggu lama utk launch new model HBnya…so, sediakan checklist…make sure all better than this one…gud luck Proton!


  • terus-terang saya katakan walaupun kia rio ni bersaing dlm segmen B tapi dari segi harga dan spesifikasi boleh menerjah gawang segmen C.. apa-apa pun yg penting kita sebagai pengguna mendapat manfaat drpd persaingan yg sihat..


  • wah..nice car from Kia..harga pun berpatutan..but aq masih menuggu Preve HB..hope murah cikit dri RIo and lg best..hope design pun mantap..proton perlu hati2..kalau x mesty malaysian ambil Rio…


  • Saya fikir KIA sangat mementingkan reka bentuk lampu nyer. Maybe pakai philosophy kecantikan muka tuh banyak dipengaruhi oleh kecantikan matanyer (front light). Compare ngan proton. design lampu rasanyer masih jauh ketinggalan kot. Tapi dengar ceriter ader changes kat lampu Preve HB eh. tak berubah total lampu pon. ubah retina pon jadilah. Selamat Berjaya.


    • Kereta identitinya adalah pada bahagian depan…kalau kita ikuti perkembangan kereta2 keluaran eropah, jelas kesinambungan pada rekabentuk model2 mereka…itulah yg dibawa oleh Peter Schyer (AUDI/VW Group) pd KIA. Concept `Tiger Nose` pada grill hadapan serta rekabentuk `headlamp`nya merupakan identiti KIA skrg. Katanya nmpk imej harimau…(kalau tak nmpk pun…sbb Peter Schyer yg ckp…org pun nmpk la…heheh).


  • Actually preve hb kalau mahal pun xpe,utk auto maybe 7-6speed,turbo lagi.. Kawan aku aku yg kerje proton preve hb myb akan dikluarkan dgn warns biru subaru.. Smlm da tnjuk pada engineer diorg
    .. X nyesal tgu


  • Kt malaysia ni rakyat biasa x berminat nk tau pasal segmen kereta,yg dikategori kan hanye lah harge.jd proton please la upgrade kereta plg murah anda supaya lg comel dan mantap.sbb kereta plg murah tu la yg di judge oleh rakyat.preve plg murah dlm segment tp ade org peduli?ade tp sikit org saje..ramai anggap mhl sbb org kite ramai x nk ambik tau psl segmen2.so proton selamat berfikir dan maju jaya..kia yg dulu persepsi org anggap mcm kereta china sekarang dh sebaris kereta jepun.slps proton pun boleh sebaris jepun,xde org akan komplen harga lg.


  • hopefully tak jadi mcm Persona-Gen2…tiada beza melainkan bontot blkg shj…interior HB kali ni harap2 takde dah tone2 yg berbeza dgn texture yg berbeza …hilang terus niat nak beli Preve sedan sblm ni…mintak2 la ada refinement kt interior finishing…

Leave a Reply