Peugeot bakal memperkenalkan model RCZ Coupe facelift 2013 di Paris Motor Show hujung bulan ini. Jika dilihat daripada gambar awal yang telah mereka keluarkan, Peugeot telah berjaya melakukan pembedahan kosmetik untuk memberikan rupa yang lebih menarik dan segar, walaupun ianya agak sukar kerana model sebelumnya memang telah terbukti rekaannya.
Perubahan yang telah dilakukan termasuk rekaan gril hadapan dengan bumper baharu, lampu siang LED dan lampu hadapan yang direka semula untuk melengkapi rupa keseluruhannya. Rim rekaan baharu yang lebih menarik dan sporty juga memberikan nilai tambah pada rekaan ini. Untuk perubahan dalaman pula, sedikit naik taraf dilakukan pada kemasannya dan belum lagi dipastikan enjin apakah yang bakal menjadi nadi kepada model ini. Informasi penuh akan menyusul pada hari pengenalannya.
sumber : carscoop.blogspot.com
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
KOMEN TERKINI