ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelumba Proton R3 bakal menjadi gandingan yang perlu ditewaskan di MSS

Views

Pasukan PROTON R3 kembali beraksi untuk pusingan kedua Malaysian Super Series (MSS) di Litar Antarabangsa  Sepang International Circuit minggu ini sebagai pasukan pilihan dalam Malaysian Touring Car Championship. Bertanding untuk Class 2 kereta produksi sehingga 1600cc, pelumba muda Syafiq Ali dan James Veerappan yang memandu kereta Satria Neo R3 1600cc pastinya bakal menjadi gandingan yang perlu ditewaskan untuk perlumbaan hujung minggu ini.

Mereka masing-masing telah menjuarai 1 perlumbaan semasa perlumbaan 9 pusingan pada Mac lalu yang diadakan sempena perlumbaan Grand Prix Formula Satu Petronas Malaysia .

“Mereka berdua merupakan pemandu yang berbakat, pantas, komited dan fokus. Pusingan pertama jelas membuktikan mereka mempunyai keazaman yang kuat untuk menang dan sebagai satu pasukan, mereka bekerjasama untuk mencapai matlamat tersebut,” menurut Prinsipal Pasukan Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel.

Semoga Berjaya!!!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply