Baru-baru ini GIVI Asia telah melancarkan kotak motorsikal B27 Clack Box dan topi keledar M50.0 Malaysia Boleh Edisi Terhad di Ibu Pejabat GIVI Asia di Bukit Beruntung.
Kotak motorsikal B27 Clack Box mempunyai rekaan bergaya dan aerodinamik serta merupakan edisi tambahan bagi keluarga kotak GIVI. Dibina daripada bahan PP yang lasak, tahan lama dan menggabungkan teknologi terkini yang dipatenkan daripada GIVI Itali. Mekanisme “satu klik pembukaan / mengunci” telah direka dengan penutup kecil untuk membuka kotak dengan lebih mudah. Kotak terbaru ini lebih selesa serta boleh memuatkan satu topi keledar dan membawa beban maksimum 3kg.
Topi keledar M50.0 Malaysia Boleh Edisi Terhad merupakan topi keledar full face yang dibina menggunakan teknologi polimer shell dengan pelekat khas yang memaparkan imej grafik dan warna bendera Malaysia dan perkataan ‘Malaysia Boleh’ menjadikannya amat sesuai untuk menaikkan semangat patriotik rakyat Malaysia .
Keselesaan amat dititikberatkan dengan sistem pengudaraan udara dwi hadapan yang menjamin aliran udara yang berterusan di dalam topi keledar. Selai intu lapisan dalamnya diperbuat daripada bahan anti-alergi yang boleh ditanggal dan dibasuh selain penutup hidung yang membantu penyingkiran kabut disebabkan oleh pernafasan. Visornya boleh ditanggalkan dan diperbuat daripada bahan anti-calar. Kotak motorsikal B27 Clack Box dijual pada harga RM135.00 manakala harga untuk topi keledar Edisi Terhad M50.0 Malaysia Boleh adalah RM280.00.
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
KOMEN TERKINI