ARKIB

KATEGORI

Buletin

GO Auto lebarkan sayap ke Batam, Indonesia

Views

Dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab jenama Haval di rantau ASEAN, GO Auto terus mengorak langkah agresif dengan menembusi pasaran Batam, Indonesia dengan memperkenalkan tiga Haval yang terdiri daripada H1, H2 and H8. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Go Auto, Ahmad Azam Sulaiman bersama Pengarah Urusan PT. Makmur Andalan Indonesia (MAI), Sudry Aliyanto dan Pengarah Urusan PT. Nusa Jaya Mobilindo, Acun di Batam, Indonesia.

Batam merupakan pasaran ASEAN yang ketiga Go Auto selepas berjaya memasarkan produk Haval ke Kemboja dan Brunei. Usaha eksport itu juga seiring wawasan Go Auto untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pemasangan kenderaan utiliti sukan (SUV) Haval berstatus EEV (Kenderaan Cekap Tenaga) bagi seluruh pasaran ASEAN.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Go Auto, Ahmad Azam Sulaiman berkata, mereka sudah menerima tempahan hampir 100 unit kenderaan Haval untuk pasaran Batam dan optimis angka ini akan terus meningkat selepas dilancarkan secara rasmi. Sasaran untuk 2017 di Batam adalah sebanyak 400 unit. Go Auto dijangka memasuki pasaran Vietnam, Filipina dan Myanmar antara tahun ini dan tahun hadapan.

Selain itu, Singapura juga berminat dengan jenama Haval dan kemasukannya ke pasaran negara tersebut bakal menjadi penanda aras yang baik untuk jenama itu di ASEAN. HAVAL ialah singkatan daripada ‘Have All’ yang bermaksud ‘Semuanya Ada’. Bukan sekadar menawarkan kenderaan pada harga mampu milik, semua kenderaan HAVAL juga dipadankan dengan ciri dan teknologi terkini.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply