GWM Malaysia terus menunjukkan prestasi luar biasa apabila berjaya melepasi angka jualan sepanjang tahun 2024, hanya dalam tempoh enam bulan pertama 2025.
Ini mewakili peningkatan 20.3 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, sekali gus menandakan pertumbuhan kukuh dan berterusan menjelang separuh kedua tahun ini.
Prestasi memberangsangkan ini mengukuhkan lagi kedudukan GWM sebagai antara pemain utama industri automotif tempatan.
Jenama ini juga kekal berada dalam kelompok tiga teratas jenama automotif China di Malaysia, didorong oleh rangkaian produk tenaga baharu yang memenuhi kehendak pasaran serta peluasan strategik rangkaian pengedar di seluruh negara.
Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia, Roslan Abdullah berkata,
“Ini bukan sekadar angka jualan, ia tentang momentum dan makna. Rakyat Malaysia semakin menerima visi kami – kenderaan yang menggabungkan inovasi, nilai dan kesesuaian dengan kehidupan seharian”.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!
Antara penyumbang utama kejayaan GWM ialah HAVAL H6 HEV, yang kini menjadi antara pilihan utama dalam segmen SUV hibrid di Malaysia.
Daripada bersaing atas dasar harga, GWM memilih untuk menekankan aspek keselamatan, inovasi dan pengalaman pemanduan premium.
Keupayaan H6 HEV turut terbukti apabila dicatatkan dalam Buku Rekod ASEAN sebagai SUV Hibrid Pertama di ASEAN yang Mencapai Jarak Pemanduan Dunia Sebenar Terpanjang Secara Sah.
Model ini juga memenangi pertandingan kecekapan bahan api bebas baru-baru ini, sekali gus menonjolkan kecemerlangan kejuruteraan GWM.
Bagi menghargai pelanggan, GWM kini menawarkan promosi terhad untuk HAVAL H6 HEV, yang merangkumi:
- Penjimatan bernilai RM6,600
- Naik taraf waranti bateri HEV kepada 10 tahun, turut diberikan kepada pemilik sedia ada.
JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua
GWM Malaysia turut giat memperluas rangkaian jualannya. Daripada hanya 18 cawangan pada awal 2024, kini jenama ini telah membuka 26 cawangan setakat pertengahan 2025, dengan sasaran mencapai 35 cawangan menjelang hujung tahun.
Langkah ini bukan sahaja meningkatkan akses pengguna kepada produk dan servis, malah memperkukuh ekosistem selepas jualan GWM, faktor penting dalam kepuasan dan kesetiaan pelanggan.
Menjelang separuh kedua 2025, GWM bersedia memperluas portfolio produknya dengan pelancaran dua model baharu yang menyasarkan pasaran premium dan prestasi tinggi.
Antaranya termasuklah sebuah versi hatchback elektrik yang lebih sporty, direka khas untuk gaya hidup moden rakyat Malaysia.
Tambah Roslan, prestasi luar biasa separuh pertama ini mencerminkan kekuatan rangkaian produk syarikat serta pengiktirafan terhadap GWM sebagai jenama automotif serius di Malaysia.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
KOMEN TERKINI