Bintang Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah atau Pescao55 bakal menguji kemahiran tunggangan superbikenya pada hujung minggu ini dengan menyahut cabaran Pasukan Project X Racing untuk berasing dalam kejohanan penutup musim, Pirelli Malaysia Superbike Championship (MSBK) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Penunggang dari Pasukan Petronas Raceline Malaysia yang berusia 22 tahun dari Ampang, Selangor telah menamatkan saingan di tempat ke sembilan keseluruhan dalam kategori 600cc Moto2 tahun ini, bakal beraksi dalam kelas terbuka Superbike 1000cc bersama jentera Yamaha R1.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Project X Racing kerana memberi peluang ini. Saya akan bersedia dari segi fizikal dan memandangkan musim MotoGP telah berakhir ia merupakan peluang yang baik untuk saya menyerasikan diri dengan litar Sepang.” kata Hafiz. Walaupun mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai litar Sepang, pelumbaan di Malaysia bukanlah pencapaian terbaiknya walaupun berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keempat di Qatar, Catalunya dan British.
Hafiz juga tidak mahu dilabel sebagai pilihan utama untuk perlumbaan ini kerana tahap saingan di MSBK adalah tinggi, terutama sekali dengan kehadiran penunggang yang bertaraf dunia. Baginya Cameron Donald yng merupakan bekas juara superbike Australia adalah peserta pilihan dari segi pengalaman dan pernah memenangi perlumbaan Isle of Mann TT. Selain itu penunggang tempatan seperti Ahmad Fuad Baharuddin, yang beraksi dalam Malaysian Super Series, Malaysian Cub Prix dan Asia Road Racing Championship akan turut memberi saingan hebat.
Tidak seperti pusingan sebelumnya, perlumbaan hujung minggu ini akan menamatkan Pusingan 4 dan 5 dalam masa yang sama. Sesi latihan bebas dan kelayakan untuk kesemua kategori – Superbike, Superstock, Supersport dan Production 250 akan diadakan pada hari Jumaat. Pada hari Sabtu akan diadakan dua perlumbaan untuk Pusingan 4 dan Ahad pula dua lagi perlumbaan terakhir untuk Pusingan 5 akan berlangsung.
Hujung minggu di Sepang akan turut dihangatkan dengan pusingan akhir Malaysia Championship Series (MCS) untuk kereta. Pelumba yang akan mengendalikan jentera dalam kategori Touring Production and Malaysian Touring Car akan beraksi dalam pelumbaan ketahanan 300km untuk menutuptirai musim 2016. Peminat boleh meilhat aksi tersebut secara percuma di Pentas Utama. Untuk melihat dengan lebih dekat lagi mereka boleh membeli pas Paddock di pintu masuk paddock semasa hari perlumbaan.
KLIK UNTUK BESARKAN
Teruskan usaha anda Hafizh Syahrin Abdullah..