ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hanya enam bulan diperlukan Honda BR-V untuk lepasi sasaran jualan tahunan

Views

Honda Malaysia bikin rekod lagi! Kali ini jualan crossover tujuh-tempat duduk paling popularnya BR-V hampir mencecah angka 11,000 unit  dan telah berjaya melepasi sasaran tahunan 10,000 unit hanya dalam masa enam bulan. Dengan harga di bawah RM100,000, Honda Malaysia kini menetapkan sasaran jualan 15,000 unit, naik 50 peratus dari sasaran awal untuk 2017.

BR-V dilengkapi dengan enjin 1.5L i-VTEC yang digandingkan bersama transmisi CVT yang dibangunkan dari Teknologi Honda Earth Dreams. Model yang dibangunkan khusus oleh Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd. (HRAP) untuk pasaran ASEAN ini juga merupakan model pertama HRAP yang dipasarkan di Malaysia.

Varian paling popular mengikut peratusan jualan (%):

  • Varian V mencatatkan 80 peratus jualan.
  • Varian E melengkapkan baki 20 peratus jualan.

Warna paling popular mengikut peratusan jualan (%):

  • Taffeta White – 27 peratus jualan.
  • Modern Steel Metallic – 25 peratus jualan.
  • Dark Ruby Red Pearl, Golden Brown Metallic dan Lunar Silver Metallic – 16 hingga 17 peratus jualan.

Rekod jualan tertinggi mengikut kawasan (%) :

  • Lembah Klang – 44 peratus.
  • Selatan – 20 peratus.
  • Utara – 18 peratus.
  • Malaysia Timur – 10 peratus (berjaya mengatasi sasaran awal hanya 6 peratus).

Selain itu BR-V juga turut menyumbang 34 peratus daripada jualan keseluruhan Honda di  Malaysia Timur. Berdasarkan maklumat jualan, purata pembeli BR-V kebanyakannya mereka yang menaik taraf dari kenderaan nasional dan pembeli kenderaan bukan nasional yang mahukan kenderaan yang lebih besar untuk menampung pertambahan bilangan ahli keluarga. BR-V juga menjadi pilihan kepada 14 peratus pembeli kereta pertama kerana harganya yang berpatutan, penjimatan bahan api dan pemapilan luaran yang sporty.

Selain itu mereka juga terpikat dengan kelegaan ruang kaki dan kepala pada tempat duduk barisan ketiga yang amat selesa untuk perjalanan yang jauh. Dengan permintaan yang sangat di luar jangkaan ini, Honda Malaysia memberi jaminan tempoh penghantaran masih kekal antara satu hingga dua bulan tanpa berkompromi dengan aspek kawalan kualiti.

Anatar ciri-ciri menarik Honda BR-V adalah rekabentuk luaran yang bergaya dengan rel bumbung, lampu nyalaan sian LED (DRL) dan rim bersaiz 16 inci dua tona yang menyerlahkan lagi penampilannya. BR-V mempunyai ruang bagasi paling besar dalam kelasnya dengan 223L apabila semua tempat duduk dinaikkan dan ia bertambah kepada 539L setelah kerusi di barisan ketiga direbahkan. Pemilik varian V pula akan mendapat beberapa ciri premium tambahan seperti, paparan skrin sentuh bersaiz 6.1 inci, pendingin hawa automatik, butang penghidup enjin, kemasukan pintar, kemasan kulit dan stereng yang dilengkapi dengan suis kawalan audio serta dibaluti kulit.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply