ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penjualan kereta diesel dan petrol di Perancis akan tamat menjelang 2040

Views

Berita ini bakal menjadi satu lagi tamparan hebat kepada industri minyak dan gas. Menteri Alam Sekitar Perancis yang baharu, Nicolas Hulot telah mengumumkan pelan untuk menghentikan jualan kereta berenjin diesel dan petrol menjelang 2040. Pelan tersebut juga sebahagian daripada hasrat Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang mahukan Perancis menjadi negara bebas karbon menjelang 2050.

Walaubagaimanapun, Hulot gagal untuk memberikan maklumat lebih spesifik sama ada perancangan ini bermaksud melarang penjualan kereta berenjin diesel dan petrol dan bagaimana ia akan dilaksanakan. Menteri tersebut juga dilihat gagal untuk memberi penjelasan sama ada ia melibatkan kenderaan hibrid.

Berita ini muncul sehari selepas pengeluar kereta dari Sweden, Volvo mengumumkan untuk hanya mengeluarkan kereta dengan penjana kuasa hibrid dan elektrik bermula 2019. Ini juga bakal membuatkan pengeluar kereta dari Perancis, Renault, Peugeot dan Citroen memberi lebih penekanan kepada pembangunan model hibrid dan elektrik pada masa depan. Di UK, pendaftaran kenderaan elektrik dan plug-in yang layak untuk mendapatkan geran telah melepasi angka 100,000 unit.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply