ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga siling bahan api – Pengusaha stesen minyak kecil mungkin tutup kedai

Views

Bermula April depan, kerajaan akan memperkenalkan harga siling sebagai mekanisme baharu penetapan harga bahan api. Harga siling bahan api yang akan diumumkan setiap minggu bermula bulan hadapan. Menurut laporan Berita Harian langkah ini dikhuatiri bakal mengakibatkan lebih 1,000 pengusaha kecil stesen minyak tutup kedai dan hampir 8,000 pekerja tempatan bakal hilang mata pencarian.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz, berkata mekanisme yang memperkenalkan harga siling bahan api itu dijangka memberi kesan negatif kepada pengusaha stesen minyak dalam jangka masa panjang. Ia dijangka mewujudkan perang harga yang tidak sihat kerana pengusaha terpaksa meletakkan harga mengikut strategi persaingan pembekal minyak. Ini akan merugikan pengusaha kerana harga mungkin turun ketika stok tinggi atau naik ketika stok rendah. Kuantiti dan penghantaran stok adalah kuasa pembekal bahan api.

Beliau mengulas pengumuman oleh Menteri Dalam Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berhubung perkara tersebut walaupun Hamzah memberi jaminan pengusaha stesen minyak tidak akan terjejas ketika PDAM bertemu dengannya Selasa lalu. Khairul Annuar menambah, pihaknya tetap beranggapan langkah terbaik adalah untuk tidak melaksanakan sistem harga siling kerana di negara jiran, ramai pengusaha telah gulung tikar apabila mereka bertukar kepada sistem apungan harga.

KLIK UNTUK BESARKAN

Print

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply